"Assalamualaikum."
Aku memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Tapi Han tidak menjawab. Dia sedang merenung bukunya. Tapi dia tak membaca. Hanya merenung kosong. Melamun ke tu?
"Biy..?", aku memanggil.
Masih tiada jawapan. Eh? Peliknya?
Beg tangan dan beg kerja aku letakkan diatas meja sebelum membuka tudung. Mata aku melekat ke arah Han. Memerhatikan dia yang masih melamun. Ada sesuatu yang terjadi ke?
Aku duduk didepan Han. Tangannya aku tepuk lembut.
"Biy?"
Kali ini mata Han kembali fokus. Matanya terkerdip-kerdip laju sebelum kembali normal.
"Sayang dah balik.", ujarnya.
Aku angguk sebelum tersenyum nipis, "Biy fikir apa ni melamun jauh? Banyak kali sayang panggil."
"Oh ye ke?"
Jawapan Han pendek. Aku tak pernah lagi lihat Han macam ni. Tak banyak cakap. Tapi bukan itu sahaja yang pelik. Dia tidak memandang ke mata aku. Dia pandang ke semua tempat kecuali mata aku. Kenapa pula ni?
"Biy? Are you okay?"
Tangan aku yang baru yang baru sentuh tangannya terhenti di udara. Sebab Han sudah bangun. Dia nampak serba tidak kena sebelum dia meraup wajahnya. Ada keluhan yang keluar dari bibirnya.
"Biy?"
"Sayang.. sayang pergi lah makan dulu. Mama tunggu sayang nak makan sekali tadi."
Sekali lagi Han bercakap tanpa memandang mata aku. Kenapa dengan dia ni?
"Biy tak nak makan sekali?"
"Dah makan dah tadi. Sorry."
Aku berkerut tapi tetap sahaja aku menjawab. "Tak apa."
Merasakan aku perlu berikan Han ruang, aku turun ke dapur tidak lama selepas aku mandi. Mummy sudah ada didapur dan dengan meriahnya meja dipenuhi makanan.
"Jom makan, Helena.", mummy menggamit aku sebelum memandang ke belakang aku, "Eh? Mana Han?"
Hati aku terus rasa tak sedap.
"Dia cakap dia dah makan, mummy."
Mummy berkerut, "Pelik. Tapi takpelah. Jom kita makan sama-sama. Mama teringin asam pedas hari ni."
Aku cekap mencedokkan nasi ke dalam pinggan mummy. Sambil makan, kami berbual bersama. Seperti biasa, mummy banyak berceloteh tentang harinya. Tapi fikiran aku melayang ke tingkat atas. Di mana suami aku berada.
Selepas makan dan membersihkan dapur, aku masuk semula ke dalam bilik.
Eh? Dah gelap. Hanya ada lampu tidur yang terpasang. Melangkah ke katil, aku lihat Han yang membelakangkan aku.
Han sudah tidur nampaknya. Mungkin dia penat sangat hari ni. Muka dia pun nampak pucat je tadi. Jadi aku biarkan sahaja dan kucup pipinya sebelum aku pun tidur sekali.
Keesokan harinya, Han keluar kerja lebih awal dari kebiasaannya. Ada mesyuarat awal pagi katanya. Tak sempat aku nak bersalaman, dia dah pergi. Mummy berkerut-kerut memandang kereta Han yang sudah lama pergi.
Tapi bila mummy pandang aku, dia mengawal semua air wajahnya. Hati aku semakin tak sedap. Ada apa sebenarnya ni?
"Helena tak sihat ke? Muka nampak pucat sikit ni?", soal mummy sebelum dia menyentuh pipi aku.
"Helena okay je, mummy. Mungkin sebab awal pagi lagi kut.", aku berbohong.
Sejujurnya aku tak rasa begitu sihat. Tidur tak berapa lena. Makan pun tak berselera. Mungkin period aku dah hampir. Period aku jarang datang tepat waktu jadi aku pun dah malas nak jangka bila dia akan datang.

ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...