Bab 01

86.8K 3.5K 663
                                    

"Parent aku nak kahwinkan aku dengan anak kawan diorang memandangkan aku ni masih belum berpunya," adu Raisya sambil mengerluh perlahan. Mata sempat mengerling Umi disebelah yang sedang sibuk membaca buku.

"Baguslah! Ke kau nak jadi anak dara tua?" soal Umi. Buku diletak diatas meja kaca. Kening diangkat sambil menatap wajah jelita milik Raisya.

"Apa yang bagusnya? Aku pun tak kenal dia. Mana tahu dia kaki pukul ke?" bentak Raisya.

"Raisya... Mama kau yang cari. Takkan dia nak kahwinkan anak dara kesayangan dia dengan kaki pukul? Cuba fikir logik dek akal sikit. Aku tahulah otak kau tu sempit tapi sempit tu kau buang sikit untuk keturunan kau jangan simpan dekat kau sorang je," balas Umi seraya tergelak terbahak-bahak.

Haish Raisya Maleeka nama sudah cantik macam tuan badan tapi otaknya tidak boleh berfungsi dengan sebetulnya. Sikit-sikit overthinking.

Flashback

Kaki panjang melangkah menuju ruang makan. Kerusi ditarik untuk melabuhkan punggung. Mata memandang belakang tubuh milik mamanya, Puan Sri Mariam.

"Mama, masak apa tu?" soal Raisya ingin tahu. Aroma rempah ratus menusuk ke hidung.

"Raisya, meh sini tolong masak." Raisya bangun lalu berjalan mendekati Mariam.

"Raisya nanti teman mama pergi majlis kahwin anak kawan mama boleh?" soal Mariam. Raisya mengganguk tanda setuju. Apalah sangat permintaan mama.

Raisya terdengar deruman kereta daddynya di ruang parking. Teruja kerana banyak yang mahu diceritakan kepada daddynya, Tan Sri Ibrahim.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikummussalam.... dah balik pun abang," sahut Mariam. Raisya masih didapur menyiapkan hidangan tengah hari. Dia cuma meletakkan lauk yang sudah siap dimasak kedalam mangkuk untuk dihidangkan.

"Meh duduk dulu abang, Mar ada benda nak bincang dengan abang dan Raisya," panggil Mariam tatkala melihat figura suaminya mahu naik keatas. Bag yang dijinjing oleh Ibrahim diambil lalu diletakkan ditepi.

"Mama nak bincang apa?" soal Raisya kebingungan. Senyuman manis menghiasi bibir gadis itu.

"Ada kawan mama nak masuk minang Raisya," terus terang Mariam. Raisya terkaku. Dia salah dengar ke? Ada orang nak masuk minang dia?

"Mama, Raisya tak ready lagi untuk jadi milik orang. Kalau boleh Raisya nak bahagiakan mama dengan daddy dulu," luah Raisya.

"Daddy setuju kalau kawan mama nak masuk minang Raisya. Lagipun daddy craving cucu," sokong Tan Sri Ibrahim seraya menuang teh kedalam cawan bersama piring.

"Abang Rayden dengan Abang Raden kan ada," sambung Raisya.

"Abang-abang kamu takpe diorang boleh jaga diri sendiri kamu tu? Macam mana nanti kalau mama dengan daddy takde, Sya nak duduk dengan siapa?" soal mamanya.

"Mama, Sya tak sukalah kalau mama cakap macam ni," adu Raisya mahu sahaja dia menangis.

"Sya ajal, maut, jodoh semua kehendak Allah, faham?" sambung Puan Sri Mariam sambil memeluk anak kesayanganya.

"Okey, mama dengan daddy bagi Sya fikir dulu," jawab Raisya.

"Okey, daddy tunggu tapi jom makan dulu. Daddy dah kelaparan ni," ajak Tan Sri Ibrahim. Ruang makan itu dihiasi dengan gelak tawa mereka bertiga.

 Ruang makan itu dihiasi dengan gelak tawa mereka bertiga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Faris's Where stories live. Discover now