Bab 52

27.1K 2K 196
                                    

Beberapa hari kemudian...

"Mama... Mana Raisya?" Soal Faris perlahan tatkala melihat figura Puan Sri Mariam didapur.

"Macam biasa. Terperuk dalam bilik" Faris mengeluh perlahan. Sudah lima hari Raisya terperuk dalam bilik dan tak mahu bercakap dengannya. Apabila dia cuba memujuk Raisya, wanita itu berdalih dan tak mahu melihat mukanya.

Raisya juga kerap salahkan dia kerana Rayden mati. Dia hanya menerima kata-kata itu dengan hati terbuka. Dia tahu Raisya masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Apa yang jadi pada Afiq dan Aliya sebenarnya bukan salah Tengku Nadhirah tetapi orang lain. Namun Tengku Nadhirah dijadikan boneka untuk menutup kesalahan mereka. Kerana apa mereka memilih Tengku Nadhirah? Kerana gadis itu mempunyai perasaan pada Afiq Khaiser. Jadi mereka gunakan peluang yang ada untuk musnah Faris dan yang lain.

"Daddy. I'm home" Jerit Azeem dipintu. Kaki kecil itu berlari kearah Faris yang sedang berdiri.

"Okeylah Faris, mama balik dulu. Mama dah siapkan makanan, jangan lupa makan. Kerja, kerja juga. Kesihatan jangan dilupa. Kak Soffy kamu dah tunggu. Nanti cubalah pujuk Raisya tu" Pesan Puan Sri Mariam. Faris mengangguk perlahan sambil tangan disua untuk bersalaman dengan wanita tua itu.

Ya, Puan Sri Mariam lah yang menjaga Raisya apabila dia tiada dirumah. Kadang-kadang Tengku Suraya juga kalau dia ada waktu lapang. Alhamdulilah wanita itu dapat menerima takdir bahawa Tengku Nadhirah sudah tiada.

"Bye tokma" Ujar Azeem seraya tangan melambai kearah Puan Sri Mariam. Budak kecil itu mengukirkan senyuman manis.

"Best tak sekolah?" Soal Faris tatkala kelibat kereta Soffy hilang dari kawasan rumahnya.

"Best tapi lagi best kalau mummy dengan daddy yang hantar Azeem pergi sekolah" Faris hanya membisu. Kesian betul dia pada Azeem.

Almaklumlah sejak kebelakangan ni dia sibuk dengan kerja dan memujuk Raisya. Sampaikan Azeem diabaikan. Nasib baik Soffy ada untuk membantunya dalam menguruskan Azeem.

"Azeem masuk bilik... Mandi. Lepas turun. Daddy nak naik atas tengok mummy kejap" Arah Faris. Azeem mengangguk. Dia sudah pandai untuk berdikari.

"Okey daddy" Balas budak kecil itu seraya membuka langkah menuju ke bilik tidurnya. Senyuman mekar dibibir lelaki itu apabila melihat kerenah Azeem.

Alhamdulilah, Afiq. Senang betul nak jaga anak kau.

Kaki mengatur langkah untuk kebilik tidurnya. Tangga didaki dengan pantas. Apabila dia sudah berdiri didepan bilik itu, tombol pintu dipulas. Figura Raisya sedang diulit mimpi menerpa kornea mata.

Pintu bilik itu ditutup. Kaki bersila dilantai bersebelahan dengan katil. Wajah cantik milik Raisya ditelek. Rambut yang menutup wajahnya diselit ditelinga.

"Aku rindu kau, Raisya"

"Apa lagi yang kau nak aku buat supaya kau maafkan aku? Sakit sangat bila kau jauhkan diri dari aku. Aku rindu kau sangat-sangat" Luah Faris perlahan. Tak semena-mena air matanya mengalir buat kali pertama dihadapan wanita itu.

Ya, buat kali pertama. Walaupun wanita itu sedang tidur. Tak pernah lagi dia menangis dihadapan Raisya.

Only she can see my tears.

"Aku sayang kau sangat-sangat, sayang" Ujar Faris sebelum dia mencium dahi wanita itu dengan kasih sayang.

Badan dirikan kembali. Kaki melangkah masuk kedalam walk-in wardrobe yang berada didalam bilik mereka. Tie yang dipakai ditarik untuk dibuka, lemas. Butang tangan dibuka lalu disenteng hingga ke lengan. Terserlah otot lengan miliknya. Butang baju dibuka dari atas ke bawah sebelum dia melemparkan baju itu kedalam bakul yang disediakan.

Faris's Where stories live. Discover now