Bab 39

29.4K 1.8K 195
                                    

"Betul ke nak bawak Azeem balik?" soal Bella. Berat hati mahu melepaskan Azeem setelah dua tahun dia menjaga budak itu. Raisya mengangguk laju. Dia tahu Bella mesti sedih. Dia meraih tangan wanita itu.

"Kak, maafkan Sya ye. Sya tahu kak Bell sedih tapi sampai bila Sya nak harapkan kak Bell jaga Azeem. Arwah amanahkan Sya jaga anak dia tapi Sya lalai, Sya mungkiri janji dengan arwah. Maafkan Sya kak Bell" ujar Raisya. Dia menatap wajah sedih Bella. Dia menarik Bella dalam pelukan.

"Sya... takpe. Kak bell sedih sikit je. Nanti kalau akak rindu Azeem, akak baliklah Malaysia" ujar Bella sambil tersenyum tipis.

"Jum turun bawah, mesti dia orang dah tunggu" ajak Bella. Raisya mengangguk. Perlahan-lahan Raisya menuruni tangga. Dia melihat wajah Umi seperti sedang marah. Dia menoleh kekanan, Zayyan. Dia menepuk dahi sendiri. Macam mana dia boleh lupa nak bagitahu Umi.

"Explain now" jerit Umi. Nasib tak kuat sangat.

"Kau sabau kejap boleh tak? Aku nak turun tangga ni" balas Raisya lalu dijeling Umi. Dia memandang Zayyan disebelah Umi, apasal muka mamat ni merah-merah atau lebih tepat blushing. Raisya tersengih.

"Flights pukul berapa?" soal Zayyan.

"Pukul berapa Umi?" soal Raisya. Punggung dilabuhkan diatas kerusi mahal milik Bella.

"Sembilan malam" jawab Umi ringkas.

"Mesti kau tertanya-tanyakan kenapa Zayyan tahu aku dekat sini an?" soal Raisya sambil menggangkat kening.

"Hm"

"Okey macam ni, nantilah aku cerita. Aku takde mood nak bercerita" ujar Raisya selamba badak. Kuih dihadapannya disumbat dalam mulut. Lapar anok-anok, kau tahu apa. Aku bawa manusia kot dalam perut.

"Kalau tak nak cerita, tak payahlah bagi fakehope. Kau ingat tak sakit ke?" ujar Umi, kini dia memandang Zayyan disebelah. Macam mana dia boleh lupa yang family besar Zayyan kebanyakkannya duduk di England?

"Baik kau cerita dekat aku Zayyan, kalau tidak aku report dekat pak su" ugut Umi. Zayyan tertawa melihat wajah Umi menahan amarah. Comel.

"Bagilah tahu, aku tak kisah pun" ejek Zayyan sambil menjelir lidah. Bella bersama Raisya tertawa bersama.

"Semua lupa Azeem" budak kecil itu bersuara. Semua mata memandang Azeem.

"Kenapa sayang?" soal Raisya lembut. Azeem menggeleng. Dia menuju kearah Raisya lalu duduk diatas riba Raisya.

"Ya Allah, Azeem turun mummy Azeem bawa adik dalam ni. Kesian dekat mummy nanti dia sakit pinggang" terjerit kecil Bella apabila Azeem duduk diatas riba Raisya. Terus budak kecil itu bangun dari riba Raisya.

"I'm sorry mummy. It is hurt?" soal Azeem. Tangan kecil itu melekap diperut Raisya yang kian membulat. Raisya menggeleng.

"Mana ada sakit" ujar Raisya seraya mengosok rambut Azeem.

"Faris tak tahukan pasal budak ni, Raisya?" soal Umi. Raisya menggeleng perlahan. Dia tengah mencari idea untuk menceritakan pada Faris. Mesti lelaki itu marah sebab rahsiakan perkara sebesar ini pada dia.

Cukuplah waktu Raisya menceritakan tentang peristiwa kemalangan Afiq dan Aliya itu pun mengambil masa seminggu untuk memujuk Faris.

Cukuplah waktu Raisya menceritakan tentang peristiwa kemalangan Afiq dan Aliya itu pun mengambil masa seminggu untuk memujuk Faris

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Puan dah sampai" ujar pemandu yang mengambil mereka dari KLIA. Raisya mengangguk. Azeem dan Umi yang sedang lena tidur dipandang.

"Tolong minta siapa-siapa angkat budak ni boleh?" soal Raisya. Kalau tak fikirkan dia tengah mengandung mungkin dia takkan susahkan orang.

"Boleh" ujar pemandu itu. Tiba-tiba pintu kereta itu dibuka.

"Tengku suruh kami sambut puan" Raisya mengangguk seraya tangan menepuk peha Umi perlahan. Mungkin gadis ini akan bermalam disini.

"Umi... Bangun dah sampai" ujar Raisya.

"Dah sampai?"

"Hm" Raisya menuruni kereta.

"Tolong angkat dia" lelaki tadi mengangguk lalu dibawa Azeem kedalam rumah. Umi juga sudah turun dari kereta. Bagasi-bagasi yang memenuhi bonet kereta diangkat oleh orang suruhan Faris.

"Aku... Nak tidur dekat mana?" soal Umi.

"Kau tidur dengan Azeem malam ni" ujar Raisya. Umi mengangguk seraya membetulkan tudung yang sudah macam makcik pasar. Almaklumlah semua orang suruhan Faris semua kelihatan kacak. Sempat eh Cik Umi.

"Puan saya letak budak tadi dibilik tetamu" Raisya mengangguk lantas dia menarik tangan Umi masuk. Tergamam Umi melihat perhiasan rumah agam tersebut.

"Tutup mulut kau tu sikit nanti masuk lalat pula" kata Raisya sambil tertawa kecil melihat wajah Umi. Umi mendengus kasar. Apabila tiba dibilik tetamu itu, Raisya ada menitipkan beberapa pesanan pada Umi. Semuanya settle sekarang ini untuk ke bilik beradunya yang dia tinggalkan selama dua bulan.

Klak.

Rindu bau haruman bilik ini. Perfume Faris.

'Mana awak Faris? Kalau ye pun dah ada skandal jangan tinggalkan saya macam ni' gumamnya sendiri.

Dia membuka langkah mendekati katil lalu melabuhkan punggung dibirai katil. Dia termenung seketika.

"Aku tahulah kau rindu aku tapi jangan bahayakan kesihatan. Umi kata kau tak makan lagi" suara itu menerjah sistem pendengaran. Automatik Raisya memusing kepala memandang Faris yang sedang tegak berdiri didepan pintu.

"Bila awak sampai?" soal Raisya dingin. Tengah marah ni.

"Tadi... Er aku minta maaf sebab tak ambil kau dekat airport. Sundal tu ajak aku pergi rumah mak ayah dia" Raisya terkelu. Faris panggil Lily... Sundal?

"Sundal tu ada nama... Lily" cantas Raisya.

"How's my baby?" kata-kata Raisya lalu seperti angin. Dia rindu dengan wanita ini.

"Dia okey" jawab Raisya seraya mengelus lembut perutnya.

"Tak nak hug aku or kiss ke?" soal Faris kini dia sudah berada dihadapan Raisya. Air mata Raisya menitik, mestilah dia nak tapi kenapa Faris tak peluk dia dulu. Sepatutnya lelaki yang kena mula dulu bukan perempuan. Nanti orang panggil perigi cari timba. Tubuh Faris dipeluk erat. Lantaklah orang nak kata apa pun, ada dia kesah? Tanpa persetujuan Raisya bibir Faris sudah menindih bibirnya. Apa ni? Tercungap-cungap Raisya mencari nafas apabila Faris melepaskan tautan bibir.

"Benci awak. Saya benci awak" amuk Raisya.

"Dah habis dah?" soal Faris apabila melihat Raisya mendiamkan diri. Raisya menggeleng. Faris menarik tangan wanita itu untuk kebawah. Makan. Selagi tak paksa selagi itulah tak makan.

 Selagi tak paksa selagi itulah tak makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Faris's Where stories live. Discover now