"Kak Soffy... Raisya nak tolong boleh?" Soal Raisya. Soffy menggeleng laju. Sudah masuk tiga Kali wanita itu menyoalnya.
"Raisya... Akak bukan saja-saja nak halang Sya buat kerja rumah tapi Sya dah sarat. Bila-bila je boleh beranak." Soffy memandang Raisya. Senyuman dari bibir wanita itu menyebabkan Raisya mendengus perlahan.
"Ala potong sayur je pun... Bukan pergi menoreh!"
"Potong sayur ke... Menoreh ke. Sya memang tak boleh buat apa-apa. Sya nak bersalin dah tau... Due date lagi tiga hari. Ingat tu!"
"Ala nak tolong juga!"
"Sya... Dengar cakap akak! Rehat and tenangkan diri. Tak payah buat kerja-kerja berat dah... Akak ada. Biar akak je buat."
"Betul, mama setuju! Dah nak beranak buat cara nak beranak jangan lasak sangat. Nanti kalau jadi apa-apa dekat Sya... Siapa nak menjawab dengan Faris," sampuk Puan Sri Mariam. Sudah tiga minggu anak perempuan tuggalnya menetap dirumah dia. Faris memberi tanggungjawab untuk menjaga Raisya kepadanya sepanjang dia tiada di Malaysia.
"Kan Sya kata... Selagi Faris tak balik Malaysia selagi tu Sya takkan beranak! Sya nak dia ada dengan Sya waktu Sya masuk Labour room... Isk... Isk," cantas Raisya bersama tangisan kecil. Sudahlah dia terlalu rindu dengan lelaki itu. Mama sibuk juga nama jantan tu.
Raden yang mendengar tangisan kecil segera kedapur. Raisya yang sedang menangis dipeluk lalu diusap belakang badannya.
Alahai adik...
"Adik janganlah nangis... Penat tau pujuk kau. Dah jadi mak orang pun still juga nak nangis macam ni," ujar Raden. Serta merta Raisya menolak badan Raden.
Dia terasa dengan ujaran Raden. Lantas kaki mengatur langkah mendaki tangga. Raden yang sedar dengan ketelanjurannya terus menekup mulut.
BAM! Raisya menghempas bilik tidurnya.
Soffy bersama Puan Sri Mariam menggeleng kepala sambil memandang Raden.
Dasar mulut tak ada insurance!
"Papa ngah... Jom kita pergi main dekat taman. Azeem dengan Radef ajak," ujar Razef sambil menarik lengan baju kemaja milik Raden. Lelaki itu hanya mengangguk.
Rayden... Kalau kau ada sekarang mesti anak-anak kau suka. Hari-hari dia orang tanya pasal kau.
Razef diangkat.
"Ma... Raden nak bawa budak-budak ni ke taman."
"Okey... Jaga dia orang elok-elok," ujar Puan Sri Mariam. Soffy hanya mengangguk perlahan sambil tangan kecilnya memotong sawi.
"Okey!"
"Faris... Bila awak nak balik?" soal Raisya perlahan. Sudah pukul tiga pagi namun dia masih tidak dapat melelapkan mata. Azeem yang sedang nyeyak tidur dipandang. Tangannya bermain dengan rambut hitam keperangan milik Azeem.
Mommy sayang Azeem sangat-sangat. Kata Raisya dalam hati.
"Auch," desis Raisya. Dengan pantas baju tidurnya diselak. Tangan ditekap diperut yang sudah berbukit itu. Tendangan demi tendangan yang dihasilkan oleh malaikat kecil yang berada didalam rahimnya membuatkan Raisya tersenyum sendiri
"Sayang tak tidur lagi ke?" soal Raisya perlahan seraya mengosok lembut kulit perut.
"Mommy rindu daddy, sayang." Raisya tersenyum nipis. Sungguh dia terlalu rindukan lelaki itu.
"I miss my happy pill," ujar Raisya perlahan. Mata perlahan-lahan ditutup.
Seketika dia merasa ubun-ubunnya disentuh dengan tangan kasar. Mungkin itu Raden.
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...