Matanya sekali mengerling Azeem yang sedang bermain dengan anak sepupunya. Mahu tercabut jantungnya tatkala menerima mesej dari Rayyan. Dia ingat ada sesuatu buruk yang berlaku tetapi...
Faris anak kau
Anak kau tertelan lego.
Tapi takpe aku dengan Luc boleh handle.
Okey benda tu dah selamat mendarat dimeja.
Sorry ganggu... Honeymoon secondhand kau kikiki. Aum!
Jelingan tajam dihadiahkan pada Rayyan. Dasar jantan single. Tahulah cemburu...
Luc yang sedang duduk dihadapannya dipandang.
"Korang buat apa je tadi?" soal Faris. Serta merta Rayyan memandang Luc.
"Takde apa pun tuan. Kita orang cuma tengok tv." Rayyan menghembuskan nafas lega.
Sayang Luc...
Pandai betul dia jaga rahsia. Bertuah betul siapa dapat Luc.
"Daddy..." panggil Azeem. Kaki kecil itu berlari kearah Faris. Lalu tubuh tegapnya dipeluk erat kanak-kanak itu.
"Tadikan... Uncle Rayyan dengan uncle Luc main tembak-tembak. Dia orang tembak burung pastu... Uncle Rayyan kalah... " Terbeliak mata Rayyan.
Dengan pantas Faris memaling kearah Luc. Tangan sudah dikepal.
Tunggu masa sahaja untuk dilepaskan dimuka orang.
"Luc Anders!"
"Bukan salah saya tapi Tuan Rayyan yang suruh rahsiakan hal tadi... Kalau tidak dia nak bunuh saya." Luc memandang Faris dengan pandangan tidak bersalah. Dah tentu-tentu bukan salah dia... Buat apa nak takutkan?
Kini pandangan matanya memandang Rayyan.
"Bro... Kitakan kawan..."
"Kau memang nak ke..."
Bam!
"Tokma..." jerit Ghibrael nyaring. Semua mata memandang figura Ghibrael yang berada dihadapan pintu itu.
"Ghibrael! Kau dah kenapa? Nasib tak roboh pintu rumah uncle," tempik Tengku Nazim. Kepala tuanya digeleng. Tunggu masa jelah pintu tu nak tercabut.
"Sorry uncle... Tak sengaja," ujar Ghibrael sambil tersenyum manis. Langsung tiada rasa bersalah.
"Brael... Brael nasib tokma takde heart attack." Puan Habibah bersuara. Dia yang tadi rancak bersembang dengan menantu dan cucu menantunya terbantut kerana kehadiran lelaki muda itu.
"Entah kau ni, Ghibrael. Kalau jadi apa-apa dekat tokma... Siap kau, aku kerjakan!" Rayyan memberi amaran.
Mereka berdua sudah menganggap Puan Habibah sebagai nenek mereka.
"Eleh kau... Sibuk je. Pergilah cari nenek lain. Jangan sibuk dengan tokma aku!"
"Kau ni kan..."
"Puan Habibah Binti Bakri adalah nenek kepada Tengku Faris Iskandar only! Bukan korang berdua! Berambus!" Faris bersuara setelah mendiamkan diri. Rayyan dan Ghibrael mendengus kasar.
Ghibrael tidak memandang Faris. Dia terus melangkah ke tempat Puan Habibah berada iaitu meja makan.
"Nah tokma... Bonda kirim." Beg kertas yang berisi bekas makanan dihulur pada Puan Habibah. Senyuman manis menghiasi wajah tampannya.
"Tokma duduk sini berapa hari?" soal Ghibrael. Kerusi yang kosong disebelah Raisya ditarik perlahan. Ketika punggung mahu dilabuhkan diatas kerusi itu. Ada satu tangan menolaknya.
Faris!
"Duduk tempat lain," arah Faris bersama senyuman manis.
"Arhg ko! Mung tunggu. Aku bukannya nak kacau isteri kau pun... Aduhai. Kan Raisyakan? Saya orang baikkan?" soal Ghibrael. Raisya sudah tertawa melihat karenah mereka berdua. Haish ada-ada jelah.
"Ye Ghibrael, awak memang baik tapi kadang-kadang awak kena mengalah juga dengan budak-budak," ujar Raisya seraya dia mengerling Faris disebelah. Lelaki itu sudah terdiam. Mereka yang berada disitu sudah tertawa dengan ujaran Raisya.
"Tokma stay 4 days je sebab Aulia dengan Irfan ada kerja dekat New York," terang Puan Habibah. Ghibrael hanya mengangguk.
"Nanti kita pergi shopping eh, tokma? Faris belanja." Raisya terus memandang Faris disebelah.
"Great idea. Nanti kita shopping baju baby," puji Tengku Suraya. Sungguh dia tak sabar untuk menyambut kehadiran cucu sulungnya.
"Kalau nak aku belanja... Mestilah kena ada upah, sayang," bisik Faris ditelinga Raisya. Wanita itu menolak tubuh lelaki itu menjauh.
"Upah apa?"
"Adalah..."
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...