"Mummy, daddy kitaorang dah rancang nak pindah duduk dekat rumah Faris. Dekat dengan tempat kerja" ujar Faris disebelah. Bila masa pula rancang soal Raisya dalam hati dia memandang Faris disebelah.
"Tak nak pergi honeymoon ke abang? Mana tahu balik – balik ada isi. Lagipun mummy dengan daddy mesti tak sabar nak timang cucu" sampuk Nadhirah dihadapanya. Dengan tiada rasa bersalah di tersenyum pada Raisya.
Uhuk.
Uhuk.
Tersedak Raisya dibuatnya. Faris cepat-cepat menghulurkan air untuk Raisya seraya dia mengosok belakang Raisya. Terus Faris memandang Nadhirah tajam.
"Astafirullah Nad, tengok Nad dah buat apa" kata Tengku Suraya lalu mengubit paha Nadhirah perlahan.
"Sorry sister in law, Nad bergurau je" Raisya hanya senyum nipis.
"Bila nak pindah pergi sana?" soal Tengku Nazim.
"Esok tapi Faris nak bawa Raisya pergi rumah mama ambil baju dia hari nie" nasi goring didalam mulut dikunyah perlahan, malas nak menyampuk hal anak-beranak tersebut.
"Raisya jangan lupa bagitahu mama kamu apa kita sembang semalam" senyum makna Tengku Suraya bersama Raisya.
"Okey, macam mana Raisya lupa. Important thing kot" Raisya tersenyum apabila teringat apa yang mereka berdua bersembang. Faris disebelah dipandang sekilas.
"Important thing apa mummy kenapa Nad tak tahu?" rungut Nadhirah dihadapan.
"Nanti kak Rai cerita" balas Raisya berserta kenyitan mata. Nad
"Penting sangat ke sayang?" soal Faris disebelah, tangan diletak diatas paha Raisya. Raisya yang terkejut dengan tindakan Faris terus menolak tangan lelaki itu perlahan.
"Penting sangat Faris, hal perempuan" ujar Tengku Suraya sambil tergelak kecil. Faris hanya mengganguk.
"Faris sampai bila nak rahsiakan perkahwinan kamu dengan Raisya?" Tengku Nazim meluncurkan soalan. Raisya memandang Faris.
"Tengok dululah daddy, nanti bila masalah semua dah settle. Faris nak buat majlis besar-besaran nak bagitahu satu dunia yang Raisya isteri Faris" Raisya disebelah tersenyum tipis.
"Mummy nak borak-borak dengan Raisya sekejap boleh Faris?"
"Faris nak jumpa Rayyan dengan Ghib ada hal kena bincang dengan diorang, nanti tengah hari baru Faris balik. Mummy sembanglah dengan Raisya puas-puas. Faris nak pergi dulu" pamit Faris, kepala Raisya bersarung tudung digosok perlahan. Raisya tersenyum nipis. Nadhirah yang berada dihadapan dipandang.
"Jealous ke? Kalau jealous kahwin cepat–cepat werk" usik Faris berlalu pergi. Nadhirah berdengus kasar.
"Nad, jum kak Rai cerita pasal rahsia tadi" ajak Raisya lalu pinggan-pinggan diangkat bersama lalu Nad memaut tangan Raisya ke dapur.
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...