Bab 44

27.8K 1.7K 153
                                    

"Tolong angkat yang ini sekali" arah Raisya kepada anak-anak buah Faris. Mereka hanya mengangguk. Tangan menarik Azeem turun dari kereta. Jam ditangan menunjukkan baru pukul enam petang. Sebelum balik sempat dia membeli belah satu mall.

Faris nak marah? Lantaklah jantan tu, engkorang ingat dia berani nak marah aku yang lawa lagi cantik? Dalam mimpi pun mesti dia tak berani. Sebab apa? Sebab aku isteri kesayangan dia.

"Mummy, thanks for today. Tapi tak best sebab unc...daddy takde" ujar Azeem sugul. Raisya memandang si kecil lalu tangan mengusap lembut rambut keperangan milik Azeem.

"But it's okey. Azeem tak marah pun" tambah budak kecil itu lagi. Raisya menghela nafas lega, syukur budak kecil ini tidak merajuk.

"Puan." kepala yang tadi memandang Azeem kini beralih pada empunya suara.

"Azeem ikut dia. Mummy nak naik bilik. Nanti dinner turun ye" ujar Raisya. Azeem mengganguk kepala.

"Puan... Tuan dekat atas, dia hampir meletup. Baik puan hati-hati" bisik lelaki itu. Raisya tergelak, aduhai cik suami.

"Takpe-takpe, awak bawa dia naik atas. Saya tahulah nak settle macam mana" pesan Raisya. Lelaki itu hanya mengangguk. Dibawa Azeem naik kebilik.

Raisya mengerluh perlahan. Tiba-tiba jantung berdegup kencang. Takutlah pula.

"Tak pe, Raisya. Dia mesti tak berani marah kau" desisnya sendiri.

Dengan pantas dia mendaki tangga. Kaki mengatur langkah mendaki satu persatu tangga. Dipandang kiri kanan sebelum meneruskan perjalanan.

Dia mengerluh perlahan kerana dia sudah berada dihadapan bilik tidur mereka. Dengan lafaz bismillah, pintu dibuka. Tiada orang, yey!

Pintu bilik ditutup perlahan. Kaki menuju ke katil bersaiz king lalu dihenyekkan punggung dibirai katil.

Kaki yang bengkak dipegang. Lenguh berjalan satu mall. Sejak-sejak mengandung ni, jalan tak sampai lima minit dah lenguh.

"Ehem" dengan pantas Raisya menoleh kebelakang. Faris sudah duduk bersilang kaki disofa berwarna putih.

"Nak apa?" soal Raisya malas.

"Nak apa kau tanya aku?" soal Faris kembali.

"Hm"

"Mana kau pergi ha? Aku macam orang gila tau cari kau. Kau boleh tanya aku nak apa?" kini tubuh itu sudah mendekati Raisya.

"Saya bawa Azeem jalan-jalan je" balas Raisya selamba. Faris sudah berdiri dihadapannya. Bau perfume pelik menusuk ke hidung. Dengan pantas, raisya menolak tubuh Faris menjauh. Jari menyepit hidung. Busuk.

"Awak...perfume siapa awak pakai? Bau perfume ini bukan awak punya. Saya kenal bau perfume awak macam mana."

"Ini mesti perfume sundal tu kan?" tambah Raisya lagi.

"Entahlah, aku pun tak tahu" Faris mengangkat bahu. Dia mendekati Raisya namun wanita itu lebih pantas menolak badan sasa milik Faris menjauh.

"Awak... bau perfume ni buat saya nak muntah. Pergi mandi please. Kalau ada bau ni juga lepas mandi jangan harap malam ni saya nak tidur dengan awak"

"Sental badan awak sekali. Busuk" arah Raisya, jari menunjuk kearah bilik mandi. Faris mengerluh pelahan. Baru nak peluk mak buyung dah kena reject, auch sakit.

Dia yang malas terus mengambil tuala putih yang tersidai elok di towel rack. Lalu masuk ke bilik mandi. Raisya tergelak kecil melihat Faris.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Faris's Where stories live. Discover now