Bab 54

27.5K 1.9K 219
                                    

"Ya Allah apa aku dah buat ni?" Ujar Raisya sendiri. Mengigil tangannya tatkala melihat gambar yang Faris berikan tadi. Rasa bersalah menggunung.

Semua ini bukan salah Nadhirah tapi Lily! Dasar betina sundal!

"Ayok laki kau merajuk dik. Aku tak tahu" Ejek Raden disebelahnya. Siapa lagi kalau bukan Faris yang menyuruh dia datang ke rumah itu malam-malam buta sebegini. Raisya mendengus kasar. Salah dia juga. Tak nak dengar penjelasan dari suaminya. Dah lebih teruk dia tega meminta Faris lepaskan dia!

Dalam hati sudah menyumpah seranah diri sendiri. Keluhan berat dilepaskan. Pandangan mata dikalih pada Raden yang sedang menonton tv. Nasib Nelly ada untuk jagakan Azeem sebentar diatas.

"Abang..." Panggil Raisya meleret. Raden yang tahu apa yang Raisya nak mendiamkan diri. Rahsia itu amanah... Mana boleh bocorkan! Berdosa!

"Abang!" Tempik Raisya apabila Raden tidak menyahut panggilannya.

"Ya. Nak apa? Sibuklah orang nak tengok tv ni" Raisya memegang tangan Raden dengan harap Raden akan menjawab soalanya sebentar lagi.

"Faris. Dia pergi mana? Dia merajuk dengan adik ke, abang?" Soal Raisya perlahan seraya iris matanya menikam netra Raden. Raden mendengus kasar.

"Jawapan tu semua ada pada kau. Lain kali jangan junjung ego tu ke langit kang tak pasal-pasal jumpa ayah pin susah pula aku kena ceramah kau" Air mata yang menakung di tubir mata akhirnya mengalir. Raden sudah kalut tatkala melihat air mata Raisya mengalir deras.

"Adik tahu salah adik. Tapi sampai hati dia tinggalkan adik sorang-sorang. Dia tak tahu ke adik perlukan dia. Abang... Pujuklah dia balik. Adik nak minta maaf" Esakan Raisya mengiringi ujarannya. Makin kuat goncangan di lengan baju lelaki itu supaya lelaki itu bersimpati padanya.

"Abang. Adik nak dia. Adik menyesal" Raden menarik Raisya dalam pelukan. Rambut panjangnya dielus perlahan. Belakang badannya ditepuk perlahan. Akhirnya esakan itu berhenti dan bersambung dengan dengkuran halus dari wanita itu. Raden hanya menggeleng kepala. Perangai dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah. Tiba-tiba akal memaparkan sebuah memori waktu kecil dia bersama Rayden dan Raisya.

"Hiks... Hiks abang Rayden sakit" Adu Raisya bersama esakan. Sakit dilutut dek kerana terjatuh dalam longkang amatlah luar biasa.

"Raisya, kau tunggu kejap. Aku turun" Raisya hanya mengangguk perlahan. Rayden terus melompat turun kedalam longkang besar itu.

"Tangan kau pegang bahu aku. Kaki kau peluk badan aku dari belakang" Ujar Rayden. Nak tarik Raisya memang tak boleh sebab longkang itu terlalu dalam. Jadi dia mengambil keputusan untuk mendukung budak perempuan itu.

"Tak nak... Takut. Kita tunggu mama dengan Cik Yam jelah cari kita" Balas Raisya perlahan.

"Tak boleh! Kau nak mama marah kau?" Sekonyong-konyong Raisya menggeleng kepala. Dia tak nak dengar Puan Sri Mariam membebel. Sakit telinga tahu tak!

"Rayden, nah tali. Cepat!" Dengan pantas tali yang dilempar oleh Raden dipegang dengan pantas oleh Rayden.

"Cepat Raisya!" Dia hanya mengangguk perlahan. Rayden betul-betul menjaganya dengan baik. Walaupun beza umur mereka berdua hanya 5 tahun namun Rayden sangat overprotective dalam hal keselamatan seorang Raisya Maleeka!

"Sakit tak?" soal Raden.

"Mestilah sakit. Kau punya soalan pun macam orang bodoh!" Cantas Rayden. Raisya yang berada dibelakangnya dikerling.

"Lain kali hati-hati"

"Okey abangku sayang"

"Raden!" Panggil Nelly perlahan. Dia tak mahu menganggu lena adik iparnya. Raden yang sudah kembali alam nyata terus mematikan senyuman. Dia rindu dengan Rayden!

"Tu Sya dah tidur. Angkatlah dia tidur dengan Azeem" Lelaki itu mengangguk perlahan. Kaki panjangnya mengatur langkah menuju kebilik tidur Azeem. Dan Nelly membontoti langkah Raden.

Raisya yang sudah diletakkan diatas katil dipandang. Telefon pintarnya diambil lalu mencari nombor adik iparnya, Faris.

"Hello. Baliklah. Kesianlah dekat dia. Menangis bagai nak rak ni."

"Tak nak!" Panggilan telefon itu diputuskan oleh Faris. Dia mengeluh perlahan. Junjunglah ego masing-masing sampai abang jamil mampus! ARHG!

 Junjunglah ego masing-masing sampai abang jamil mampus! ARHG!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Faris's Where stories live. Discover now