Bab 08

39.1K 2.4K 406
                                    

Memori semalam masih menghantuinya, malam semalam dia tidak dapat tidur lena dek kerana peristiwa semalam. Buat pertama kali dia diperlakukan begitu.

"Ya Allah, cik Raisya," jerit bibik Nona yang melihat papan pemotong sudah dibasahi oleh darah dari jari Raisya yang terluka. Raisya yang sudah sedar dari lamunan, terasa nyilu di jari.

"Aduh, sakit," adu Raisya kesakitan. Bibik Nona terus membaluti jari Raisya dengan kain yang berada berdekatan.

"Ya Allah , Raisya kenapa ni?" soal Puan Sri Mariam kelam kabut kerana terdengar jeritan bibik Nona.

"Takpe ma, tak sakit pun. Nanti baiklah ni," bagitahu Raisya yang tersenyum.

Ma, Raisya sakit, sakit hati hiks hiks. Luah dia dalam hati.

"Dalam tak luka dia bik? Kalau Dalam kita pergi klinik ye sayang," ajak Puan Sri Mariam risau. Anak perempuan kesayangan kot siapa je tak risau. Raisya hanya mengganguk. Dari luar terdengar enjin kereta menandakan ada sudah balik.

"Assalamulaikum, kitorang dah sampai," tersembullah kepala Rayden Dan Raden.

"Waalaikummussalam, Ya Allah bertuah punya anak. Baru nak jemput korang Mama ingat pukul 4 korang landing, awal betul," soal Puan Sri Mariam hairan.

Macam mana tak sampai awal diorang dah ada dekat Malaysia seminggu sebelum inform pada Puan Sri Mariam.

"Adik, kenapa dengan jari kau?" soal Raden risau melihat Bibik Nona membalut jari adiknya.

"Takde apa-apa pun, sikit je ni. Biasalah tu bila masuk dapur, kalau tak kena pisau kena minyak panas yang mercik - mercik lagi-lagi kalau goreng ayam," jelas Raisya sambil menahan sakit. Dalam juga dia menghiris jari sendiri.

"Raisya kalau dah sudah nanti naik atas aku nak cakap something dengan kau," kata Rayden dingin. Kenapa pula ni? Dia hanya mengganguk.

"Mama Ray naik dulu ye," pamit Rayden berlalu pergi. Puan Sri Mariam mengambung balik kerja-kerja tergendala akibat jeritan bibik Nona.

 Puan Sri Mariam mengambung balik kerja-kerja tergendala akibat jeritan bibik Nona

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang dia ralit meneliti document company telefon berbunyi. Terus dia mengangkat panggil tersebut.

"Hello, Tuan saya dah jumpa siapa disebalik tembak- menembak Tuan bersama Cik Raisya."

"Siapa? Dia nak apa? Kenapa dia serang aku?" soal Faris ingin tahu.

"Taufiq Tariq."

Ya dia sangat kenal dengan lelaki ini. Disebabkan lelaki ini dikehilangan seorang rakan baik. Keinginan untuk membalas dendam mencacak naik. Dia menyembunyikan senyuman sinis.

"Sekarang dia dekat mana?" soal Faris.

"Dia sekarang berada di England, Tuan."

"Apa yang dia buat dekat England?"

Faris's Where stories live. Discover now