Bunyi deruman kereta Faris dibawah menyebabkan Raisya tersenyum. Suami kita dah balik. Segera dia menuju kebawah untuk menyambut kepulangan si suami. Kaki terkaku apabila melihat seorang gadis masuk kedalam rumah ini.
"Siapa perempuan sebelah awak tu, Faris?" ujar Raisya hairan. Kenapa perempuan tu menunduk kelantai macam takutkan sesuatu.
"Dia... isteri kedua aku" air liur ditelan payah. Raisya tergelak mungkin ini gurauan Faris.
"Awak main-mainkan Faris?" soal Raisya ragu-ragu.
"Tak dia isteri kedua aku dan dia madu kau" Raisya menggeleng. Segera dia berlari kearah Faris.
"Tak... awak bergurau kan? Tolonglah cakap yang awak bergurau Faris" tengking Raisya, dia sudah terduduk lemah. Apa salah dia sampai Faris nak kahwin dua?
"Apa salah saya Faris?" soal Raisya tersedu-sedang.
"Sebab kau pembunuh"
"Allah" dia terjaga. Peluh didahi diseka. Kenapa sejak dua menjak ni dia selalu mimpi benda yang sama? Dah masuk 3 hari dia mimpi benda yang sama.
Faris yang nyenyak tidur dikerling. Kenapa Faris tuduh dia pembunuh? Dia menggeleng kepala. Raisya itu semua permainan tidur. Dia bangunkan diri lalu masuk kebilik air untuk membasuh kaki dan muka. Kaki melangkah keluar."Kau okey?" soalan itu meluncur dari mulut Faris yang kini berada disebelahnya.
"Awak" jerit Raisya terkejut.
"Sorry" ujar Faris. Selamba menarik Raisya menuju ke katil.
"Kau okey?" soal Faris lagi. Raisya mengangguk perlahan. Faris mengerluh perlahan dia perasan sejak 2 ke 3 hari Raisya makin lain.
"Cuba kau cerita dekat aku. Apa guna aku sebagai suami kau tapi kau taknak cerita langsung masalah kau" kata Faris. Dia dah tak boleh duduk diam kalau Raisya terus begini.
"Bukan saya taknak cerita tapi saya takut awak nangis pula" ujar Raisya sambil bermain dengan jari sendiri. Takutlah nak bagitahu.
"Kenapa pula aku nak menangis?" ujar Faris hairan.
"Sebab benda ni terlalu bahagia. Saya takut awak nangis" Raisya mengigit bibir. Sepatutnya minggu depan baru dia patut bagitahu Faris tapi dia tak sabar. Raisya menutup mata. Dia mengambil tangan kasar Faris diletakan pada perut.
"Dah kenapa-" soal Faris masih blur dengan keadaan.
"Your junior in my tummy" Faris tergamam. Betul ke apa yang dia dengar?
"Ulang balik?" Raisya tergelak.
"Saya mengandung" Faris menangis gembira. Dia memeluk Raisya erat.
"Berapa bulan?" soal dia sambil meleraikan pelukan.
"2 months 3 weeks" jawab Raisya. Tangan Faris masih diperut Raisya.
"Bila kau tahu yang kau mengandung?"
"Last week" Faris memandang Raisya tajam. Sudahku agak dia akan marah.
"Kenapa baru bagitahu sekarang?" dingin Faris menyoal Raisya.
"Sebab entah" jawab Raisya sambil mengangkat bahu.
"Kau ni kan, nasib kau mengandung kalau tak memang aku-"
"Aku apa? Saya merajuk kang" rungut Raisya.
"Aku dah jadi bapa orang" ujar Faris sendiri. Biar betik. Tak sabar nak bagitahu semua orang. Tapi-
"Saya dah jadi mak orang" sampuk Raisya. Faris membaringkan diri diatas peha Raisya. Kepala dipusing untuk bercakap dengan janin yang berada didalam perut Raisya.
"Hi baby, cepat sikit keluar. Tak sabar nak jumpa kau" Raisya tergelak. Lambert lagi budak ni nak keluar.
Raisya dari tadi terhibur dengan kelakuan Faris. Tak habis-habis menyuruh dia duduk dalam bilik. Dia bangun sikit salah. Dia nak pergi ke tandas salah.
"Raisya... Siap kita pergi rumah mummy" ini mesti nak canang satu keluarga yang dia tengah mengandung.
"Kau duduk je sini biar aku pakaikan kau baju" ujar lelaki itu sambil menepuk pahanya. Miang betul mamat ni.
Miang-miang laki kau juga!
"Takpe tangan saya masih berfungi. Awak tu yang kena pakai baju. Tak malu ke orang tengok? Ke awak saja nak tayang abs awak tu dekat orang?"
Raisya jeles ke tu? Ofclah jeles suami aku kot!
"Kau jealous ke sweetheart?"
"Omaidog, saya tak jeles pun"
"Sebab saya tahu awak akan dengan saya sampai kita mampus kan?" Mata bertemu mata. Faris mengangguk perlahan. Betullah tu.
"Dah tepi saya nak pakai baju sendiri" halau Raisya. Faris dengan pantas menarik tangan dia hingga dia terduduk diatas riba lelaki itu.
"Boleh tak jangan degil sweetheart" alahai suara dia. Raisya jangan cair!
"Yelah-yelah" Raisya menyerah kalah. Faris senyum kemenangan.
"Sebenarnya aku nak bagitahu sesuatu" ujar Faris seraya memandang Raisya dihadapannya. Dia perlu bagitahu. Dia tak mahu wanita dihadapan kecewa. Sudah wanita ini bawa zuriatnya.
"Sebenarnya aku curang belakang kau" Faris menunduk. Tak kuat mahu memandang mata Raisya.
"Saya tahu"
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...