"Dah puas melepaskan kerinduan dihati masing-masing?" soal Umi apabila melihat dua figura turun dari tangga. Tangannya penuh dengan sate yang dibeli oleh Faris dan Ghibrael.
"Jealous ke takde siapa nak rindu kau?" soal Raisya. Tangannya masih didalam genggam Faris.
"Buat apa nak jealous? Hidup single lagi bagus dari berpasangan. Menyakitkan hati je" bidas Umi selamba. Ghibrael tergelak.
"Apa gelak-gelak ingat lawak ke? Benda betul nyah. Dari sakitkan hati sendiri, baik single. Hidup pun happy. Takde siapa nak kongkong" tambah Umi lagi. Raisya mengangguk, betul juga tu tapi tulah jodoh dia dah sampai nak buat macam manakan?
"Takdelah, perempuan kan suka dimanja-manjakan. Disayang-sayangkan. Sampai kau pelik. Ke kau perempuan copyori?" tembak Ghibrael.
"Eh, beruk baik kau diam. Elok-elok aku perempuan ori kau panggil aku copyori. Kau ingat aku sajat ke?" jerkah Umi. Dada gadis itu turun naik. Gila tak marah, suka suki makapak dia panggil orang perempuan copyori. Reader terajang Ghibrael please. #umiperempuanoriye
"Dah-dah, kang dua-dua aku hentuk kepala sama-sama" Faris bersuara. Raisya tergelak kecil. Dia memandang Ghibrael sambil tersenyum nipis. Padan muka.
"Kau nak makan apa?" soal Faris. Makanan diatas meja itu dipandang. Air diliur ditelan. Bau dia peh, menyelerakan.
"Nak semua" jawab Raisya. Ternganga mulut Ghibrael takkala mendengar jawapan Raisya.
"Baik kau tutup mulut kau tu beruk sebelah lalat masuk" pesan Umi selamba, mata dia tidak sengaja melihat Ghibrael ternganga. Sate yang berada dilidi digigit lalu dikunyah.
"Yelah, nak makan yang mana dulu? Roti canai ke? Nasi Arab ke? Nasi minyak ke? Bush ke? Sate ? Ayam panggang ke?" Raisya menunjuk jari kearah nasi Arab. Macam sedap.
"Assalamulaikum" kedengaran seperti ada orang didepan pintu.
"Waalaikummussalam, kak Nelly. Ya Allah rindunya" jawab Raisya seraya menarik Nelly dalam pelukan.
"Rindu Raisya juga" balas Nelly. Senyuman manis dihadiahkan kepada Umi yang sedang leka memandang mereka berdua.
"Ehem, dah lupa aku ke?" figura yang berada dibelakang Nelly dipandang. Raden.
"Buat apa nak ingat abang, ini semua salah abang tau. Dua bulan adik lari semata-mata nak ikut rancangan bodoh abang tu" ujar Raisya. Marah pada Raden masih menyala lambat lagi nak terpadam. Raden membatu.
"Kau carilah idea nak pujuk mak buyung tu" ejek Ghibrael. Tergelak dia melihat Raisya memarahi Raden.
"Buka mulut nak suap" punggung dihenyek pada kerusi. Mulut dibuka.
"Kak Nelly tak nak makan?" soal Raisya prihatin. Nelly menggeleng. Dia dah kenyang, Raden baru belanja mcd. Hehe.
"Ni aku ada beli untuk kau" plastik bag berisi manga muda dihulur pada Raisya. Bersinar-sinar mata wanita itu.
"Terima kasih" ujar Raisya perlahan
"Buka mulut nak suap"
"Tak nak dah, nak makan yang ni. Tolong kupas boleh?" tangan Faris ditolak. Dihulur plastik bag itu pada Faris.
"Haish, nasib sayang!" plastik bag itu diambil. Kaki panjangnya menuju kedapur untuk cuci tangan dan ambil pisau.
"Mummy" suara kecil menerpa suasana riang tu. Semua mata memandang budak kecil yang sedang berdiri.
"Ops, aku lupa pula nak tutup pintu" ujar Umi seraya tangan menekup mulut.
"Mummy? Siapa mummy kau?" suara kasar dari Raden menyoal Azeem. Tak sampai sesaat Azeem sudah meraung ketakutan.
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...