Kaki panjangnya melangkah masuk ke dalam rumah. Apa yang dia terkejut apabila melihat Ghibrael dan umi sudah terbaring dilantai tidak sedarkan diri. Hatinya dihurung rasa risau.
"Ghibrael... Ghibrael" bahu lelaki itu ditolak-tolak.
"Apa ini?" soal Rayyan tatkala melangkah masuk.
"Kau tolong kejutkan diorang" ujar Faris. Rayyan mengangguk. Dia duduk mencangkung lalu menolak kasar bahu Ghibrael.
"Raisya... Raisya" jerit Faris seraya mendaki tangga. Dada sudah berdebar. Dalam hati hanya berdoa bahawa mereka baik-baik sahaja.
"Allah" ujarnya tatkala kaki mencecah tangga terakhir. Dia terkejut melihat tubuh kecil yang sudah terbaring dilantai. Segera dia memangku tubuh badan itu. Dia menghembuskan nafas lega tatkala tapak tangan melekat didada. Masih bernafas.
"Azeem... Azeem wakeup" pipi kanan Azeem ditepuk lembut.
"Rayyan call ambulance!" jerit Faris dari atas. Harap-harap Rayyan mendengarnya.
Azeem dicempung masuk kebilik yang berdekatan. Kini matanya terarah pada Rayden yang berada dilantai. Azeem diletakkan diatas katil. Apabila dia menoleh kebelakang tanda "TN" sudah tercorak di dinding putih itu.
Terus niat dia mahu mengejut Rayden terbantut. Dia mahu mencari Raisya!
Raisya mana? Itu sahaja yang berada dalam fikirannya.
"Raisya... Raisya" jeritnya lagi. Berlari dia menuju kebilik tidurnya. Pintu bilik dikuak. Mata memandang sekeliling. Tak ada langsung orang dalam bilik itu.
"Faris... Kau tengok ni" ujar Rayyan yang muncul dipintu bilik itu bersama sekeping kertas kecil.
"Apa ni?" soal Faris hairan. Tatkala dia membaca apa yang ditulis Kertas itu direnyok.
"Isteri aku tengah mengandung, Rayyan. Kenapa diorang buat macam ni? Apa salah dia, sampai diorang nak berdendam dengan dia?" soal Faris perlahan. Dia meraut rambut kebelakang. Rayyan membisu.
"Faris... Faris" panggil seseorang dibawah. Rayyan membuka langkah turun kebawah. Faris dibiarkan disitu.
"Raden?" soal Rayyan tatkala melihat Raden yang seperti sedang cermas didepan pintu.
"Adik... Adik Faris hilang!" ujar Raden tercungap-cungap mencari nafas. Penat oi dari pejabat datang kesini.
"What's?" soal Rayyan kembali.
"Nadhirah hilang!" berubah riak wajah Rayyan. Apa kena mengena dengan mereka semua?
"Tadi Uncle Nazim call aku. Dia dah arahkan polis cari Nadhirah" tambah Raden lagi. Kasut dibuka.
"Raisya hilang, bangang"
"Kau main-mainkan?" Rayyan menggeleng. Dengan pantas kaki panjang Raden masuk ke dalam rumah agam itu. Tubuh badan sasa Rayyan ditolak ketepi. Hampir terjatuh lelaki itu dibuatnya.
"Ghibrael?"
"Raden!" panggil Faris ditangga.
"Nadhirah hilang ke?" Raden mengangguk perlahan-lahan. Faris mengosok rahangnya.
"Call Luc, suruh dia track benda ni" arah Faris. Bracelet perak itu diserahkan pada Rayyan. Segera lelaki itu mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar.
Faris dan Raden masing-masing menatap antara satu sama lain.
"Woi bodoh... Telefonlah ambulance. Itu pun aku nak ajar ke?" jerit Rayyan apabila melihat mereka yang seperti tiada arah.
Raden menepuk dahi. Haish blur seketika.
YOU ARE READING
Faris's
Roman d'amour[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...