"Apa kau buat dekat sini?" soal Lily sinis. Raisya memandang gadis itu atas bawah.
"Kau lupa ke syarat daddy bagi?" jawab Raisya. Dalam hati dia sudah menyumpah seranah gadis itu.
"Syarat terakhir, kalau korang nak keluar berdua mesti bawa Raisya. Kalau tidak, jangan mimpi korang berdua boleh kahwin"
"Baguslah kau lupa. Lupakan sekali hajat kau nak kahwin dengan suami aku" tambah Raisya apabila melihat Lily seperti kebingungan. Tangan kecil Azeem digenggam kemas. Takut tersesat pula.
"Jangan haraplah aku nak lupakan hajat tu. Dari dulu lagi aku tunggu nak kahwin dengan dia tup tup kau pula terkahwin dengan dia. Kesian kau kena tipu dengan Faris" Raisya tersenyum sinis. Sekarang ni siapa kena tipu? Mahu sahaja dia meletuskan ketawa tapi ditahan.
"It's okey cik Lily. Saya pun tak kisah sangat dia tipu saya. Pagi tadi dia baru je bagi ni dekat saya" Raisya menyelak sedikit tudung shawl berwarna krim yang dipakai. Leher putih Raisya yang dipenuhi dengan kesan-kesan merah ditunjuk pada Lily. Tergamam Lily melihat kesan-kesan itu. Dengan pantas dia menarik balik tudung itu.
"Kau memang perempuan tak guna" amuk Lily. Raisya sudah tertawa kecil. Bagus juga idea yang diberikan oleh Umi.
"Raisya, kau nak keluar jumpa sundal tu kan?" soal Umi. Raisya hanya mengangguk. Dia melihat senyuman makna menghiasi wajah Umi.
"Kau dah kenapa? Hormon period ke yang buat kau senyum macam orang gila?" kening Raisya berkerut apabila melihat Umi menyeluk bag tangannya. Seperti orang tengah mencari hidayah, eh tibe.
"Yey, dah jumpa" Raisya cuba mengancam benda apa yang berada didalam genggam tangannya. Lipstik.
"Kau nak buat apa nyah?" soal Raisya kalut apabila Umi menyelak tudung yang dia pakai.
"Adalah. Kau duduk diam-diam"
"Gelilah nyah"
"Sikit lagi, okay siap" ujar Umi. Dibawa Raisya ke cermin. Terbuntang mata Raisya melihat kesan merah dileher jingjangnya.
"Kau buat apa ni Umi?"
"Ini kita panggil, lovebite"
"Aku tahulah tapi nak buat apa?"
"Cemburukan sundal tulah" jawab Umi.
"Cermin diri dululah perempuan" balas Raisya senada. Dia berjalan meninggalkan Lily keseorangan disitu. Malas bertekak dengan orang yang tiada ahklak ini. Faris? Pandai-pandailah dia cari Raisya dengan Azeem satu mall ni.
"Mummy kenapa makcik tu ikut kita? Azeem ingat dia nak berjalan dengan daddy je tapi kenapa makcik tu ada sekali?" soal Azeem polos. Raisya mengerluh. Kalau tak sebab sundal tu call Faris, mesti mereka sudah berjalan bertiga.
"No, daddy ada kerja dengan makcik u sebab itu dia ada sekali dengan kita"
"Ouh patu-" badan kecil itu terjatuh kebelakang apabila terkena hentam bahu dari seseorang.
"Allah, Azeem. Are you okey?" soal Raisya. Tangan kecil itu ditarik.
"I'm okey mummy, cuma kesian budak tu kena marah dengan ibu dia"
"Radiff, mama dah cakap jangan nakal-nakal. Tengok apa Radiff dah buat. Mama penat tahu tak? Radiff tak kesian dekat mama ke? Boleh sakit mental mama sebab perangai Radiff" luah sang ibu. Anaknya hanya menunduk kelantai. Tak berani mahu bertentangan mata dengan si ibu.
"Razeff nak jumpa papa. Mama tak pernah bawa Razeff jumpa papa. Mama berjanji tapi mama mungkiri" anaknya lagi seorang bersuara. Kemana ayah mereka? getus hati Raisya.
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...