"Nak cakap apa?" Soal Raisya dingin. Mata masih tertumpu pada makanan yang berada didalam pinggan."Aku nak terus terang hal tu" Faris yakin Raisya mesti tahu "Hal" apa yang dimaksudkan oleh nya. Seketika Raisya mendengus kasar. Iris matanya menikam netra Faris.
"Saya tak nak dengar. Saya dah cakap dari dulu lagi. Saya tak nak dengar apa-apa dari mulut awak" ujar Raisya kasar. Kerusi ditolak menandakan dia mahu beredar dari situ. Namun cepat-cepat Faris menahan kaki kerusi dari bergerak. Terkaku Raisya disitu.
"Sit down, darling" Suara yang tak terlampau kasar dan tak terlalu lembut dilemparkan oleh Faris. Raisya yang sudah tiada cara untuk lari itu, duduk kasar diatas kerusi.
"Sit down properly, darling. Kang tak pasal-pasal anak aku dalam tu jadi apa-apa. Aku juga susah" Tutur Faris lembut. Bebola mata wanita itu menjeling Faris.
"Anak saya. Bukan anak awak!" Bentak Raisya.
"Anak aku dengan kau. Tak belajar biologi ke?" Tanya Faris seraya menggeleng kepala.
"Nak cakap apa? Cepat sikit"
"Pasal Nadhirah"
"Saya tak nak dengar apa-apalah pasal dia. Saya benci dia, awak faham. Sebab dia abang saya mati" Amuk Raisya. Faris memejamkan mata.
Bertenang Faris! Dia tengah beremosi.
"Boleh tak untuk kali pertama aku minta kau dengar dulu apa aku nak katakan" Ujar Faris perlahan. Dia cuba untuk memahami keadaan Raisya yang sedang mengandung dan tengah bersedih.
"Saya tak nak dengar. Saya tak nak! Lepaskan kerusi, kalau awak tak nak saya apa-apa diri!" Bentak Raisya seraya mengambil pisau yang berada diatas meja makan itu. Pisau itu ditalakan pada dada. Tindakan berani Raisya menyebabkan Faris terkaku.
"Kau dah tak sayang aku ke Raisya?" soal Faris perlahan. Tubuhnya masih menghadap Raisya cuma meja jadi pemisah antara mereka berdua. Raisya terkelu dengan soalan Faris.
"Aku tanya kau... Kau masih sayangkan aku ke?" Raisya yang tidak menggeleng dan mengangguk dipandang sekilas sebelum dia bangun dari kerusi itu. Kaki mengatur langkah mendekati Raisya.
"Jangan dekat. Ya, saya memang dah takde perasaan untuk awak. Entah kenapa bila saya tengok muka awak. Saya akan rasa kosong. Tak macam dulu. Saya benci awak walaupun tak tahu apa sebabnya. Cinta tu dah hilang Faris. Saya letih. Tolong lepaskan saya"
"Kau tipu. Kau masih sayangkan aku dan cintakan aku. Kau saja nak cari alasan untuk lari dari aku padahal cinta kau untuk aku masih ada. Cinta itu ada tapi kau tak nak bagi peluang untuk aku. Kau tak nak maafkan aku. Aku kecewa dengan kau, Raisya. Aku bersabar dengan kau selama ni sebab aku sayangkan kau. Kau tak pernah nak dengar apa yang aku cuba terangkan. Kau buat macam aku ni tak wujud. Aku ni siapa bagi kau Raisya? Kuli batak kau ke? Hamba kau? Aku ada perasaan Raisya. Aku diam selama ni sebab aku tahu kau tengah sedih tapi kau tuduh aku macam-macam. Aku sayang kau dan perkahwinan kita jadi aku tak kisah, kalau kau nak kata apa pun pada aku. Aku tak kisah tapi tadi kau dah melampau, Raisya!" Ujar Faris sebak. Sakit didada sangat luar biasa. Tak pernah lagi dia terkilan dengan sesorang seperti ini. Tak semena-mena air matanya mengalir. Dia kecewa dengan wanita itu.
Terlalu kecewa.
"Kau nak tahu tak siapa dalang semua ni? Kau nak tahu tak? Dia gunakan Nadhirah untuk kepentingan dia. Kau nak tahu tak?" Faris bersuara lagi. Nada kasar digunakan. Matanya menikam iris mata wanita itu. Air mata yang membasahi tubir mata miliknya diseka.
Apo jantan menangis ni?
"Nak tahu tak?" Tiada sebarang reaksi dari Raisya.
"Lily Adriana... Dia yang gunakan Nadhirah. Dia kaburkan mata kita dengan palsukan kematian dia. Betina yang bertanggungjawab atas kematian mereka berdua bukan Nahdirah. Adik aku diguna untuk dijadikan kambing hitam untuk tutup jejak dia. Sekarang kau dah dengar apa yang sepatutnyakan? Aku rasa kau tak percayakan akukan? Yelah Lily kan baik orangnya bukan macam aku jahat. Nah ambik ni, tengok dan hadam" sampul coklat yang datang dari mana pun tak tahu dicampak kepada Raisya seraya kaki melangkah keluar dari rumah agam itu. Kaki melangkah menuju ke garaj. Pintu kereta Audi RS7 dibuka kasar sebelum dia masuk kedalam perut kereta itu.
Dia nak tenangkan diri. Dia kecewa dengan Raisya. Puas hati dia tatkala melihat Raisya terlopong melihat apa yang ada didalam sampul itu. Telefon pintar diambil lalu mendail nombor Luc.
"Luc... Private jet dah ready ke? Aku nak pergi bercuti. Letih"
"Okey. Good!" Ucapnya sebelum telefon pintar itu dilemparkan disebelahnya.
Raisya je ke boleh merajuk? Dia pun bolehlah!
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...