Bab 35

28.8K 1.8K 613
                                    

Tengku Nazim memandang Faris dengan pandangan kecewa. Nadhirah sudah membawa Raisya naik keatas.

"Kamu gila ke Faris? Suka hati nak ceraikan menantu mummy. Kalau betullah kamu tak nak dia, pulangkan dengan cara yang baik bukan dengan cara macam ni. Kamu pulangkan dia macam mana kamu ambil dia dari mak ayah dia. Bukannya kamu buang dia macam tu. Dia wanita yang ada maruah Faris" ujar Tengku Suraya. Mengelegak telinga takkala mendengar pergaduhan anak menantunya. Faris tergelak.

"Maruah? Perempuan macam tu ada maruah?" soal Faris sambil mengongket bibir.

"Faris" jerkah Tengku Nazim. Faris sudah melebihi limit.

"Apa? Betullah apa yang Faris cakap. Dia bunuh Afiq, daddy" balas Faris sambil mengangkat bahu.

"Kau tahu apa sebab aku tampar kau?" soal Tengku Nazim. Hatinya kembali panas apabila teringat gambar Faris bersama seorang perempuan berdua-dua dalam bilik hotel terdengar luas di media sosial.

"Kau tahu tak?" soal Tengku Nazim lagi. Faris menggeleng. Lelaki tua itu tersenyum sinis. Telefon bimbit dibuka lalu dilemparkan pada Faris.

"Kau tengok" arah Tengku Nazim. Wanita tua disebelahnya cuba menenangkan Tengku Nazim. Takut lelaki itu memukul Faris. Terbuntang mata Faris takkala melihat gambar dia bersama seorang wanita berdua-duan dibilik hotel. Lily Adriana.

"Apa ni?" soal Faris. Dia pun pening.

"Wah hebat anak kita ni Su boleh jadi pelakon paling terbaik dibuku ini" ujar Tengku Nazim seraya menepuk tangan.

"Kau memang anak tak guna. Isteri dah ada... Kau sibuk melayan perempuan ni dah kenapa? Kau tak ingat ke apa dia buat dekat adik kau?" jerkah Tengku Nazim. Faris sudah menelan air liur. Siapa kata dia lupa apa Lily buat pada Nadhirah? Dia ingat selalu. Kesian gadis yang baru berusia 20 tahun itu mengalami major depressive disorder yang teruk apabila dimalukan satu kolej. Nadhirah difitnah menjadi perempuan murahan lelaki tua kerana duit. Walhal bapa dan ibunya berharta. Dan dia masih tak tahu kenapa Lily buat adiknya begitu.

"Faris layan dia sebab—"

"Assalamulaikum hai" tegur seseorang dipintu. Wajah gadis itu tersenyum lebar takkala melihat wajah serius tiga beranak diatas kerusi.

"Lily... Apa kau buat dekat sini hah?" soal Tengku Suraya seraya dia dirikan tubuh lalu mendekati Lily yang tersenyum manis.

"Tengku, tanyalah anak tengku, dia yang panggil I datang sini" jawab Lily, mata melirih kearah Faris. Terdengar bunyi tapak kaki menuruni tangga. Raisya bersama Nadhirah. Terkejut Raisya apabila melihat wajah Lily yang tersenyum manis atau lebih tepat sinis dihadapan pintu.

"Hai kawan baik" sapa Lily, senyuman manis masih kekal dibibir.

"Kau perempuan tak guna" jerkah Raisya. Nak sahaja dia melempang gadis itu. Tapi dia tahan.

"Sampai hati awak Faris, selama kita berkahwin... Awak curang dengan saya. Dengan perempuan ni" jari menunjuk Lily.

"Awak jantan paling tak guna saya pernah jumpa. Awak jahat" ujar Raisya. Dada bidang lelaki itu dipukul semahu-mahunya.

"Walaupun aku jahat aku tak pernah lagi nak bunuh kawan baik sendiri untuk lelaki" balas Faris sinis. Nadhirah, Tengku Suraya dan Tengku Nazim menjadi penonton tak berbayar.

"Saya tak bunuh, siapa-siapa pun" balas Raisya. Nadhirah dipandang.

"Aku tahu kau yang bunuh dia orang. Bukti pun ada Raisya" pintas Faris.

"Saya tak buat... percayakan saya please" Raisya mendekati Faris. Tangan ingin memegang tangan Faris namun Faris menolak kasar hingga Raisya jatuh terduduk.

Faris's Where stories live. Discover now