"Taufiq Tariq, bangunlah. Lama nau kau tidur" ujar Faris sambil mengoyakkan senyuman sinis. Tak sangka secepat ini dia boleh menangkap Taufiq Tariq. Kepala lelaki yang diikat diatas kerusi kayu itu ditolak-tolak kasar. Lama juga kesan ubat tidur yang diletakkan didalam minuman lelaki itu.
"Tak bangun lagi?" soal Rayyan ditangga. Faris menggeleng. Rayyan punya idealah, memerangkap lelaki itu. Tak sangka lelaki itu sudah balik ke Malaysia selepas serangan dimajlis perkahwinan Raden. Nasib baik anak-anak buahnya cekap dan tangkas memeriksa keberadaan Taufiq Tariq. Kalau tidak, mesti dia tidak tahu akan keberadaan Taufiq Tariq sekarang. Terima kasih pasa Luc dan Carlo.
Tiba-tiba telefon berdering. Faris menyeluk poket seluar lalu telefon bimbit dibawa keluar. Icon hijau diluncurkan. Lalu telefon itu dilekapkan ditelinga.
"Aku dah hantar wife kau balik." ujar Ghibrael dicorong telefon.
"Hm good, thanks tolong teman dia harini" balas Faris. Mata masih memerhati wajah lelaki yang entah hidup atau mati dikerusi.
"Ada something aku nak cerita tapi nanti bila dah sampai sana aku cerita"
"Hm" balas Faris sepatah. Butang merah ditekan. Telefon dimasukkan balik dalam poket seluar.
"Kau panggil Luc, suruh dia bawa air. Lama nau jantan ni tidur" arah Faris. Rayyan mengangguk. Kaki panjangnya mendaki tangga. Kelibat Luc dicari. Bahu Rayyan disentuh. Lalu dia memusing badannya kebelakang.
"Ayran!" terjerit kecil Rayyan takkala melihat Ayran dibelakangnya.
"Kau gila ke? Nasib baik aku takde penyakit jantung" Ayran tergelak.
"Kau dah jumpa Sofia?" soal Rayyan ingin tahu. Serta merta wajah Ayran berubah. Rayyan faham.
"Kau datang sini apasal?"
"Faris suruh"
"Kau turun tangga tu, kau jumpalah Faris" Aryan mengangguk. Lalu kaki membuka langkah pergi ke tempat Faris berada.
"Luc" panggil Rayyan takkala melihat kelibat Luc bersama bungkusan makanan.
"Apa?" jawab Luc malas. Macam mana tak malas. Sekarang waktu rehat.
"Bawa baldi dengan air, Tuan kau suruh" perkataan tuan ditekan. Luc menjeling Rayyan. Lelaki itu meninggalkan Rayyan keseorangan disitu.
"Eh kau ni, aku report kat tuan kau" rungut Rayyan.
"Kau dah buat apa aku suruh?" soal wanita itu. Lelaki dihadapannya mengangguk. Senyuman sinis dikoyakkan.
"Raisya, Raisya..."
"Hidup kau kalau tak menyusahkan aku memang tak sah. Dari dulu sampai sekarang sama je. Tak habis-habis nak rampas hak aku" sinis wanita itu berkata.
"Jangan harap kau boleh bahagia kalau aku menderita... Kitakan..."
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...