"Terima kasih, Raisya." Faris mengucap dahi licin Raisya. Wanita itu hanya tersenyum nipis. Menangis juga dia tadi apabila dia melihat Raisya menahan sakit ketika melahirkan anaknya.
"Raisya..."Belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, pintu ward itu diterjah masuk oleh Ghibrael dan Rayyan.
"Baby mana?" soal Ghibrael. Jambakan bunya rose merah diletakkan diatas katil. Bakul buah dari Rayyan juga tidak dilupakan.
"Terima kasih," ucap Raisya. Senyuman manis diberikan pada Ghibrael dan Rayyan.
"Nurse tak bawa lagi." Rayyan serta Ghibrael mengangguk.
"Mana Azeem?"
"Dia ada dengan mommy," ujar Faris.
Klak!
Azeem bersama Tengku Suraya, Puan Sri Mariam dan Puan Habibah masuk ke dalam ward vvip itu dengan bekas bayi. Faris terus berjalan menghampiri bekas bayi itu sebelum dia menggangkat si kecil dari bekas bayi.
Bayi itu bayi lelaki!
"Nama dah pilih?" soal Puan Habibah seraya memandang Faris dan Raisya. Mereka berdua menggeleng.
"Tokma ingat nak letak... Daniel Iskandar," kata Puan Habibah. Raisya hanya mendiamkan diri. Sakit di bahagian ari-ari masih terasa.
"Macam mana? Mar kau setuju?" Tengku Suraya memandang Puan Sri Mariam.
"Setuju aje."
"Raisya macam mana?" soal Puan Habibah. Wanita itu hanya mengangguk tanda setuju. Faris yang sedang memegang si kecil hanya mengangguk.
"Meh sini mommy nak pegang pula," ujar Tengku Suraya. Si kecil yang sedang lena didalam gedongganya diserahkan pada Tengku Suraya.
"Bro... Kita orang balik dulu eh." Rayyan menepuk bahu Faris. Lalu dia membisik sesuatu pada telinga Faris, "Selamat berpantang!"
Faris menjeling Rayyan. Kuang asam punya jantan!
"Congrats... Dah jadi ayah dah kawan aku ni. Apa-apa pun selamat berpantang," ujar Ghibrael gembira.
Faris Iskandar dah jadi ayah? Wow!
"Hurm... Bawa kereta elok-elok," pesan Faris. Mereka berdua hanya mengangguk.
"Kami minta diri dulu," ujar Rayyan kepada Puan Habibah, Tengku Suraya dan Puan Sri Mariam.
Pintu ward itu dibuka. Tengku Nazim dan Tan Sri Ibrahim sudah berada dihadapan pintu ward itu.
"Uncle, kami balik dulu," ujar Ghibrael seraya menyua tangan pada kedua-dua lelaki tua itu.
"Nanti datang lagi," ujar Tengku Nazim girang. Siapa je tak seronok kalau dah ada cucu. Hehe!
"Cucu aku..." Daniel sudah mengeliat kecil kerana terkejut dengan suara Tengku Nazim.
"Ish abang ni. Cuba slowkan sikit suara tu. Terkejut cucu saya dengar suara abang," rungut Tengku Suraya lalu dia menjeling lelaki tua itu. Tengku Nazim hanya tersengih. Tangan mengaru belakang kepala. Raisya hanya tersenyum melihat situasi itu.
"Auch," rintih Raisya perlahan. Dia cuba untuk cari posisi selesa. Namun akibat kesakitan dibahagian ari-ari menyebabkan pergerakannya terbatas.
Faris yang perasan dengan rintihan Raisya terus memaling wajah kearah wanita itu.
"Stay still. Biar aku yang tolong," ujar Faris perlahan. Raisya hanya mengangguk. Tiada kudrat untuk dia membantah. Badan Raisya ditolak perlahan-lahan. Katil diturunkan sedikit demi sedikit.
"Feel better?" Raisya mengangguk. Selesa. Bibir mengumtumkan senyuman kecil.
"Mommy, it is hurt?" soal Azeem. Kan dah kata... Dia sudah pandai menyoal orang. Raisya menggeleng perlahan.
"Kalau tak sakit kenapa mommy jerit tadi?" soal Azeem ingin tahu. Raisya memandang Faris. Mata dijegil untuk menyuruh Faris menukar topik.
"Azeem, came here." Faris memanggil budak kecil itu. Terkedek-kedek dia mendekati Faris. Badan kecil itu didukung.
"Kau dah jadi abang," ujar Faris seraya tangan menggengam kemas tangan Azeem.
"Haah. Tokdaddy tadi bagitahu yang Azeem dah jadi abang. Baby tu boy kan? Lepas ni Azeem boleh main dengan dia kan?" soal Azeem bertubi-tubi. Faris tersenyum lalu mengangguk kepala.
"Yey!" Raisya tersenyum melihat telatah Azeem. Arhg, dia bahagia. Bahagia dengan keluarga kecilnya.
"Faris... Tolong ikat rambut saya." Getah rambut diberikan pada lelaki itu. Jam dinding sudah menunjukkan sudah pukul sebelas malam.
Rambut panjang Raisya diikat dengan penuh hati-hati supaya dia tidak menyakitkan wanita itu.
"Thank you," ujar Raisya seraya dia memeluk tubuh sasa Faris.
"Daniel dengan Azeem dah tidur?" Raisya mengangguk perlahan.
"Kau penat?" Raisya menggeleng. Wanita itu masih memeluknya.
"Aku tahu kau penat, Raisya. Tidurlah. Biar aku pula jaga Daniel," arah Faris. Wanita itu hanya mengangguk. Tipulah tak penat.
"Aku sayang kau" ujar Faris perlahan. Raisya mengalih wajah memandang Faris disebelah. Keningnya diangkat.
"Selama ni awak tak pernah pun cakap yang awak sayangkan saya... Tapi kenapa hari ni baru nak cakap? Ada apa-apa ke yang saya tak tahu?" duga Raisya.
"Mana ada apa-apa. Aku cuma nak luahkan perasaan aku yang dah terpendam. Salah ke?" soal Faris. Raisya tergelak. Terpendam? Haha. Selama ni Faris tak pernah kata macam tu ke? Pernah tapi jarang.
Tak salah tapi dia hairan tak pernah-pernah lagi Faris begitu. Sungguh dia tak tak terkilan jikalau Faris tidak mengucapkan sebegitu rupa untuk menunjukkan bahawa lelaki itu mencintai dan menyayanginya.
Cukuplah dia melihat dari tingkah laku lelaki itu.
"Salah ke sayang oi?" soal Faris lagi. Raisya menggeleng.
"Then?"
"Saja nak uji awak," ujar Raisya.
"Ouh pandai eh."
"Of courselah saya pandai."
"Pandai apa?" soal Faris. Bibir mengukirkan senyuman sinis.
"Pandai masak... Pandai kemas rumah... Pandai jaga anak... Pandai jaga suami. Awak tu pandai apa? Sibuk tanya orang," bebel Raisya. Faris tergelak kecil. Sudah lama dia tidak mendengar bebelan wanita itu.
"Aku pandai goda kau"
"Gila..."
"Yang kau panggil gila ni suami kau juga tau"
"Habis suami siapa lagi? Takkan jiran sebelah pula" Faris tersengih. Tangan kecil Raisya memeluk tubuh kekar Faris.
"Saya... Tak percaya yang kita dah setahun berkahwin. Kenapa saya rasa sekejap je?"
"Sebab kau terlalu bahagia..." Raisya mengangguk perlahan. Betul dia terlalu bahagia.
"Bahagia dengan awak... Anak-anak," tambah Raisya. Faris mengelus lembut wajah bersih Raisya.
Cantik seperti selalu.
Happy new year roseys <3
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...