Bab 34

26.3K 1.7K 372
                                    

Raisya berterlengku diatas sejadah. Dia terasa seperti akan ada sesuatu akan berlaku. Perut kempis dipegang.

"I miss your daddy right now" ujar Raisya. Lah baru pagi tadi Faris keluar dah rindu? Pelik juga hormon orang mengandung ni. Raisya tersengih sendiri. Dia bangunan diri lalu menggangkut telekung di hanger, almari dibuka lalu disangkut. Dia menghela nafas perlahan.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati ni" ujar Raisya sendiri seakan-akan ada sesuatu akan berlaku.

"Raisya, think positive. Maybe tu hormon orang mengandung?" gumamnya sendiri. Kepala digeleng. Dia melabuhkan punggung dibirai katil. Raisya membaringkan diri. Comfortable ditarik sampai kedada.

"Raisya" jeritan Faris bergema satu rumah. Raisya terkejut takkala nama dipanggil. Segera dia bangun dari katil menuju ke ruang tamu.

"Raisya"

"Kenapa?" Tergopah-gapah Raisya menuruni tangga. Wajah bengis Faris dipandang. Dia ada buat salah ke?

Pang!

Terteleng wajah Raisya takkala tangan kanan Faris mendarat di pipi mulus miliknya. Apa dia buat sampai Faris menampar dia? Pipi dipegang, terasa pijar.

"Apa salah saya? Sampai awak nak lempang saya?" rintih Raisya sambil memegang pipi.

"Apa salah kau? Tanyalah diri kau" soal Faris sinis. Tak sangka perempuan selembut Raisya dulunya gilakan suami orang, iaitu Afiq Khaiser.

"Saya tak tahu," ujar Raisya perlahan. Air mata menitik. Salah apa dia buat sampai lelaki dihadapannya tergamak menamparnya.

"Kau pembunuh!"

"Apa yang awak merepek ni Faris? Saya pembunuh?" soal Raisya. Mata memandang Faris seraya dia menolak dada bidang lelaki dihadapannya.

"Apa aku merepek? Kau nak aku ingatkan apa jadi dua tahun lepas?" Raisya terkedu. Lelaki ini tahu apa jadi dua tahun lepas. Dia cuba untuk menenangkan diri. Itu bukan salah dia, itu cuma kemalangan.

"Jadi betullah kau yang bunuh kawan aku?" soal Faris. Diam Raisya memberi seribu satu makna bagi Faris. Jadi betullah apa yang Taufiq katakan.

"Kenapa kau tergamak buat macam tu pada dia dengan isteri dia. Isteri dia sarat mengandung. Kau bunuh tiga orang Raisya. Tiga orang... Tak sangka aku kahwin dengan pembunuh kawan baik aku sendiri" sinis Faris melemparkan kata-kata pada Raisya. Air mata Raisya makin deras. Dia hilang kata-kata.

"Kau kenalkan Aliya?" Raisya tidak mengangguk mahukan menggeleng. Sudah lama dia tidak mendengar nama rakan baiknya.

"Kau bunuh kawan baik kau untuk seorang lelaki yang sudah jadi milik orang. Dan orang tu kawan baik kau sendiri? Kenapa Raisya?" jerkah Faris. Raisya sudah tersedu-sedang. Air mata mengalir dengan deras.

"Aku tak nak dengar kau menangis. Aku nak kau jawab. Kenapa kau sanggup bunuh kawan baik kau sendiri untuk seorang lelaki?" soal Faris kasar, badan kecil itu ditolak perlahan. Lupakah Faris yang Raisya sedang mengandungkan zuriatnya? Raisya mendiamkan diri. Dia tak mampu mempertahankan diri walaupun itu bukan salah dia.

"Jawab Raisya" jerkah Faris lagi. Rambut diraut kebelakang. Tangan memegang kedua-dua belah bahu Raisya lalu digoncang. Dia inginkan jawapan.

"Sebab saya sayangkan dia, saya cintakan dia" jawab Raisya tenang, air mata dikesat. Dia menolak tangan Faris dari bahu.

"Jadi kau masih cintakan dia?" soal Faris. Raisya membisu. Dia sudah melupakan lelaki itu, cukuplah Tengku Faris Iskandar dalam hatinya.

"Aku tanya kau, kau masih cintakan dia kan?" soal Faris, mata menikam netra hazel milik Raisya.

"Ye, saya masih cintakan dia" Raisya memejam mata. Maafkan saya Faris.

"Kenapa Raisya" Faris sudah mengepal tangan. Dinding di belakang Raisya menjadi tempat lepaskan tumbukan. Raisya menekup mulut.

"Kalau kau cintakan dia, aku akan lepaskan kau tapi perhitungan kita ada lagi Raisya" air mata mengalir lagi takkala Faris menyebut perkataan lepaskan. Perit dihati. Tangisannya makin menjadi-jadi.

Sampai hati awak Faris.

"Faris, tolong jangan ceraikan saya" Faris tergelak sinis. Tangan Faris dipegang namun Faris cepat-cepat menepis tangan Raisya.

"Dengar sini, Raisya Maleeka binti Ibrahim kau bukan lagi—"

Dush.

Pintu besar dibuka.

Wajah Tengku Suraya, Tengku Nahdirah bersama Tengku Nazim disembul didepan pintu.

Pang. Wajah Faris terteleng kekiri takkala tangan kekar Tengku Nazim mendarat diwajahnya. Tengku Nahdirah mendekati Raisya dihadapan abangnya. Ditarik Raisya ketepi.

"Kau memang anak tak guna" ujar Tengku Nazim. Tengku Suraya memandang Faris kecewa. Apa salah mereka sampai Faris tergamak malukan mereka sekeluarga.

 Apa salah mereka sampai Faris tergamak malukan mereka sekeluarga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Faris's Where stories live. Discover now