Bab 36

28.6K 1.8K 844
                                    

Dua bulan kemudian.

"Azeem... Main elok-elok. Nanti jatuh" pesan Raisya. Gembira dapat memantau Azeem dengan dekat.

"Biasalah tu budak-budak, kalau tak jatuh memang tak sah" balas Bella sambil membawa dulang berisikan jag bersama cawan. Raisya tersengih. Perut yang sedang membesar dielus.

"Raisya..."

"Hm" Raisya mengandungkan muka memandang wanita cantik dihadapannya.

"Tak nak balik Malaysia?" soal Bella berhati-hati. Tak mahu Raisya sedih. Raisya menggeleng.

"Kalau Raisya tak nak balik takpe akak tak paksa... Cuma Sya tak kesian dengan mama dengan daddy Sya?" Raisya tersentak.

Mama...daddy... Sebelum dia lari dari Malaysia sempat dia meluangkan masa bersama mereka. Tapi hati wanitanya tak kuat apabila berita perkahwinan Faris dan Lily tersebar luas. Hati isteri mana yang tidak sakit apabila mendengar berita yang suaminya ingin menikah dengan kawan baiknya sendiri. Eh bukan kawan baik tapi bekas kawan baik.

"Nantilah Sya fikir kak, Raisya tak kuat nak hadap semua benda ni"

"Akak faham, take your time. Tapi jangan terlalu meratapi permergian tu. Akak tahu salah dia tapi mungkin dia terlalu terburu-buru membuat keputusan? Kita tak tahu" ulas Bella seraya tangah Raisya digenggam. Mata Raisya dikalih memandang Azeem yang leka bermain salji dibumi England.

"Raisya nah mutabak... Penat tau saya cari" Zayyan Mateen menyua sebungkus plastik berisikan mutabak. Raisya tersengih. Sungguh Raisya tak sangka dia dan Zayyan boleh terjumpa disini.

"Terima kasih Zayyan, jasa awak tak akan saya lupa"

"Setiap pertolongan mesti ada bayarannya" ujar Zayyan lalu tersenyum manis. Raisya dan Bella tergelak.

"Yelah-yelah nanti saya cuba tolong apa yang patut" ujar Raisya. Tangan ligat membuka kertas perang yang membaluti mutabak. Haruman mutabak menusuk kehidung. Rindu Malaysia.

"Siapa kata Faris nak kahwin dengan Lily

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Siapa kata Faris nak kahwin dengan Lily. Nonsense" ujar Faris. Wajah tua Tengku Nazim dan Tengku Suraya dipandang.

Sudah dua bulan berita dia dan Lily akan berkahwin mengemparkan satu Malaysia. Malah para wartawan juga selalu bertanya dan jawapan Faris adalah—

"It's just fake news"

Namun berita itu masih menjadi perbualan hangat dimedia sosial. Dia sendiri tak tahu macam mana nak handle. Mungkin dia kena tunjukkan bukti yang dia sudah berkahwin?

"Sekarang ni, Faris nak cari Raisya" kata-kata Faris mengundang tawa dari Tengku Nazim. Dia menaikkan kening.

"Lah... Ingat dah lupa yang kau beristeri. Kau carilah dia satu dunia tapi satu je aku akan kata... Kau takkan jumpa dia Faris"

"Just tell me... Where is she?" ujar Faris perlahan. Tengku Suraya membisu. Mereka sendiri tak tahu mana Raisya pergi. Mereka juga memasang spy untuk mencari Raisya tapi tidak jumpa. Manalah wanita muda itu pergi. Dahlah Raisya berbadan dua lagilah dia risau.

Faris's Where stories live. Discover now