Bab 15

38.1K 2.3K 182
                                    

Mata dibuka perlahan-lahan kerana ada sesuatu yang memeluk pinggang ramping miliknya. Ternyata suaminya.

Aik pukul berapa dia balik?

Dia meneliti setiap pelusuk wajah tampan milik lelaki itu. Ya Allah hensemnya suami siapa ni. Tangan di angkat lalu memegang wajah itu dengan lembut.

"Seronok betul kau telek muka aku?" Tanpa membuka mata dia menyoal. Ingat dah masuk alam lain. Membahang wajah Raisya dibuatnya. Tangan yang memegang rahang lelaki itu cepat-cepat dialih.

"Memang seronok pun, dahlah hensem," ujar Raisya sebelum dia mengalihkan pandangan mata ke tempat lain

"Awak baru balik ke?"

"Dah lama tapi aku baru nak tidur... Seronok sangat usya kau tidur sampai lupa nak tidur," kata Faris mendatar mata masih tidak dibuka. Raisya memejam mata.

ARHG, malu!

Tangan dia menepuk dada Faris, pelik tiada kain menutup dada bidang tersebut.

Kalau takde kain maksudnya dia tak pakai bajulah kan gumam Raisya dalam hati.

Terus dia menarik tangan dan mengesot tubuhnya perlahan-lahan sehingga di hujung katil. Faris membuka Mata.

"Kau okey tak nie?" soal Faris dia merasakan Raisya seakan mahu menjauhinya.

"Pakailah baju, wahai suamiku sayang" ujar Raisya.

"Kau nak goda aku ke Raisya?" iman lelakinya di sedang dilanda taufan apabila melihat Raisya hanya mengenakan night dress singkat paras lutut. Mata memandang Raisya dari rambutnya hingga kaki. Comforter ditarik hingga didada, dia tak bersedia lagi untuk menjalankan tanggungjawab yang satu itu.

"Eh mana ada" cebik Raisya.

Faris menarik Raisya dalam pelukan. Raisya yang terkejut akibat tindakan Faris membantah

"Eee awak lepas, lemas saya" tangan kecilnya sedaya upaya menolak badan besar suaminya.

"Okey tapi kau kena tidur menghadap aku" Raisya hanya mengganguk setuju malas nak bergaduh.

Membahang muka Raisya apabila tangan Faris melingkari pinggang ramping itu.

Jarak mereka dua bebarapa inci sahaja. Bau honeydew menusuk masuk ke hidung. Wangi.

"Awak memang saja kan eyy," rungut Raisya. Dia lemas tak biasa nak tidur macam ni selalunya dia tidur seorang tiba harini kena tidur berdua.

"Faris jangan gedik sangat boleh tak?" ujar Raisya apabila Faris mendekat muka dia.Faris membuka mata.

Bibir bertemu bibir.

Cup!

"Arhggg first kiss sayaaaa," jerit Raisya sekali lagi.

Cup!

Sekali lagi tetapi kali ini lebih lama. Faris melepaskan tautan mulut. Raisya terus mencari nafas, semput. Dia terdiam. Muka sudah membahang. Nasib gelap kalau tidak mesti dia sudah digelakkan oleh Faris.

"Kenapa sayang diam? Bebellah lagi, senang aku nak cuim kau lagi," kata Faris mengoda.

"Awak!!" rengek Raisya lantas dia bangun dan duduk diatas sofa yang disediakan. Faris sudah tergelak kecil.

"Jum tidur, dah lewat. Kau merajuklah biar cik ponti tidur dengan kau" usik Faris. Raisya mendengus kasar. Malas nak layan terus dia membaringkan diri di atas sofa. Faris di katil dijeling.

Mata cuba ditutup tapi tidak boleh. Kata-kata Faris tadi terngiang ngiang di telinga. Raisya memandang Faris dikatil, seperti sudah tidur.

Jadi dia berjengket-jengket ke katil perlahan-lahan. Lalu dia membaringkan badan perlahan-ahan. Mata melihat sebelah, fuh nasib tak terjaga!

"ARHGG!" tangan kekar itu melingkari pinggang Raisya. Lalu menarik Raisya kini lengannya menjadi bantai Raisya.

"Ingat perempuan mana tadi, tidur sebelah aku" bisik Faris ditelinga. Meremang bulu roma Raisya dibuatnya.

"Awak...lepas"

"Kau tidur sekarang atau kita buat..."

"Tolong buang jauh-jauh sikit otak kuning awak tu, tak senonoh" rungut Raisya.

"Amboi tak sabar nampak?" bisik Faris ditelinga. Raisya mendiamkan diri. Mata kian memberat. Akhirnya dia tertidur dalam pelukan Faris.

"You make me want to be a better man" bisik Faris. Lah dah tidur rupanya.

"Good night sweetheart, ilove you" dahi Raisya dicium. Akhirnya mereka berdua tertidur bersama berbumbungkan bulan dan bintang. Semoga hubungan ini kekal sampai tua.

 Semoga hubungan ini kekal sampai tua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Faris's Where stories live. Discover now