Bebola mata memandang Umi yang sedang tidur diatas sofa. Azeem yang berada diatas riba ditepuk-tepuk. Rayyan dan Faris sudah bergerak untuk melihat kejadian menimpa Lily.
"Puan... Ada orang nak jumpa puan. Katanya dia kenal puan. Dia merayu-rayu minta saya benarkan dia masuk. Lagipun dia datang jalan kaki" dahinya berkerut. Siapa pula nak jumpa dia pukul empat pagi ni.
"Allahu panggil dia masuk. Dahlah hujan. Kenapa awak tak benarkan dia masuk?" soal Raisya. Lelaki itu hanya menunduk.
"Pergi jemput dia masuk."
"Ghibrael, suruh siapa-siapa sediakan tuala" arah Raisya tegas. Kini badannya sudah berdiri tegak. Umi yang terlena kini terjaga akibat suara Raisya.
"Apa kau ni, bisinglah. Aku nak tidur pun susah" ujar Umi. Matanya kini tertutup kembali. Dasar perempuan tak senonoh.
"Raisya..." tempik wanita itu. Raisya mengangkat wajahnya untuk melihat siapakah gerangan. Soffy.
"Astafirullah, kak Soffy. Kenapa ni?" soal Raisya tatkala wanita itu sudah berada dalam pelukannya. Baju wanita itu sudah basah lencun.
"Razeff dengan Radiff hilang... Diorang ambil Razeff dengan Radiff. Akak..." belum sempat wanita itu habiskan kata-kata dia sudah jatuh terkulai.
"Raisya ni, tuala yang kau minta. Allah kenapa?" soal Ghibrael kelam kabut tatkala melihat satu figura sudah jatuh terkulai dilantai.
"Angkat dia boleh Ghibrael? Darurat!" Ghibrael mengangguk. Dia menggangkat tubuh kecil itu ke sofa.
"Call Rayden dengan Raden sekarang!"
"Nak buat apa?"
"Anak buah saya hilang, Ghibrael" lelaki itu memandang Raisya hairan. Sejak bila pula dia ada anak buah? Tanpa berlengah dia menghubungi Rayden dan Raden seperti Raisya minta.
"Soffy, please open your eyes" suara itu menerjah sistem pendengaran dia. Mata dicelik perlahan-lahan. Silau.
Tatkala mata terbuka luas, dia memandang figura Rayden yang sudah berada disisinya. Dia cuba mengawal air mata dari mengalir.
"Anak aku mana?" soalnya dingin. Dia tak bersedia lagi untuk bersua muka dengan lelaki ini.
"Anak aku mana?" tempik wanita itu.
"Kak Soffy" panggil Raisya. Wanita itu segara bangun dari katil.
"Raisya, mana Radiff dengan Razeff?" soal Soffy. Raisya menggeleng. Tiada langsung khabar dari Faris dan Rayyan.
"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang kau mengandung, Ezzara?" soal Rayden dingin. Soffy masih membisu. Air mata yang mengalir dibiarkan jatuh kelantai
"Kenapa, Ezzara?" jerkah Rayden. Raisya menarik Soffy dalam pelukan. Tangisan wanita itu makin menjadi-jadi.
"Raisya keluar! Aku nak bercakap dengan perempuan ni" suara Rayden meninggi. Raisya menggeleng. Dia takut abangnya akan sakitkan Soffy.
YOU ARE READING
Faris's
Romantizm[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...