Setelah berjam-jam membeli belah, mereka bertiga menyinggah sebuah restoran untuk mengisi perut sebelum pulang.
"Kita makan dekat sini eh?" soal Raisya kepenatan. Kakinya lenguh dek kerana memusing satu mall.
"Mama okey je, umi macam mana?"
"Umi okey je aunt."
Makan jelah dekat mana pun janji kenyang desis Umi dalam hati.
Mereka memasuki restoran itu dan disambut oleh pekerja disitu.
"Cik, nak makan diatas atau bawah? Kalau diatas lebih privacy," bagitahu pekerja tersebut.
"Atas," balas Raisya sepatah. Lalu pekerja itu menunjukkan mereka laluan untuk ke atas.
"Ini tempatnya cik." Raisya hanya mengganguk. Dihempasnya bag-bag kertas berjenama mewah di lantai terus menghenyek punggung di kerusi termasuklah Umi.
Pekerja itu datang membawa menu makanan. Selesai membuat pesanan Raisya mempamit diri ke tandas untuk membasuh muka. Ketika kaki membuka langkah untuk keluar dari tandas dia terlanggar seseorang.
"Ya Allah, maafkan saya. Tak perasan aunty nak masuk tandas." Kata Raisya cemas lantas dia membantu wanita separuh abad itu bangun.
"Maafkan saya ye. Aunty ada sakit mana-mana ke?" tanya Raisya sambil memegang lengan milik wanita separuh abad tersebut.
"No, aunty okey je," balas wanita tua itu.
"Alhamdulilah, maaf sekali lagi ye," ucap Raisya. Dia hanya mengganguk lalu tersenyum. Terus Raisya membalas senyuman itu dengan senyuman paling manis.
"Kalau takde apa-apa saya mintak diri dulu ye," pamit Raisya.
Cantik gumam wanita separuh abad tersebut.
Terkocoh-kocoh Raisya berjalan ke meja tersebut.
"Lama betul kau dalam tandas..." soal Umi memecah kesunyian.
"Aku sakit perut, semalam aku makan benda pedas," luah Raisya sambil mengosok-gosok perutnya. Seketika ada orang menegur mama. Lalu Raisya menggangkat kepala untuk melihat gerangan siapakah yang menegur mama. Raisya terkesima. Itukan wanita yang dia tolong tadi.
"Eh, Mar kau buat apa dekat sini?" soal Suraya sambil menyua tangan pada mama. Lalu mama menyambutnya.
"Eh, Su aku shopping sikit. Esok ada kenduri anak-anak bujang aku balik. Kau jangan lupa datang pula."
"Mana ada lupa." Terus dia memandang Raisya dengan Umi.
"Kau tak cakap pun yang kau ada dua orang anak dara." Mariam tergelak. Raisya sudah memandang Umi yang sedang hairan.
"Eh mana ada, ni anak aku Raisya." Mariam menunding jari kepada Raisya. Lantas Raisya bangun lalu menyua tangan.
"Ni pula kawan dia," sambung Mariam lagi sambil menunjuk Umi yang berada disebelah Raisya.
"Hai, aunty," sapa Umi sambil menyua tangan kepada Suraya. Suraya hanya membalas dengan senyuman manis. Matanya hanya memandang Raisya yang hanya menunduk.
"Kau baru nak makan ke Su? " Suraya menjatuhkan kepala beberapa kali.
"Kalau macam tu marilah join kami," ajak Mariam tersenyum.
"Eh takpe ke lagipun aku datang dengan anak bujang aku."
"La yeke? Ajaklah dia sekali" kata Mariam. Senyuman bermakna mekar dibibir.
"Nanti dia muncullah tu, tadi ada panggilan dari pejabat," balas Tengku Suraya.
"Mummy..." suara itu! Takkan dia lagi, tak... tak mungkin. Nampaknya hari ni aku terlalu malang raung Raisya dalam hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/227836348-288-k79462.jpg)
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...