Matanya tak lepas memandang frame yang elok tergantung didinding. Sudah 4 tahun frame itu tergantung disitu. Hatinya terasa sesak tatkala dia memandang frame itu. Gambar dia bersama lelaki bernama Rayden Matten.
Lelaki itu tersenyum manis didalam frame itu. Sementara dia tersipu-sipu malu apabila lelaki itu mahu menyarung cincin emas.
Ya Allah, rindunya aku pada pemilik wajah ini! Ujar Soffy dalam hati. Air matanya gugur. Dia tak dapat mengawal rasa sebak dihati.
Allah!
Air mata diseka sebelum dia melangkah kaki menuju ke bilik beradunya. Nafas ditarik sebelum tombol pintu itu dipulas.
"Bismillah," gumam Soffy perlahan.
Semua masih sama sebelum dia keluar dari rumah ini. Tiada langsung beza dari 4 tahun lepas. Sekali lagi air mata gugur.
"Ya Allah, Rayden... Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa?" soal Soffy perlahan. Tubuhnya jatuh terkulai dilantai. Sungguh dia tak dapat menahan sebak dihati.
Segala memori indah mereka berdua tertayang seperti dipanggung wayang.
"Aku tak kuat, ya Allah. Sungguh aku tak kuat," ujar dia bersama tangisan. Tangan menekup mulut agar esakkannya tidak didengari oleh sesiapa. Cukuplah dia seorang sahaja mendengarinya.
"Soffy, ingatlah. Walaupun aku tak ada disisi kau tapi kenangan kita masih ada." Suara Rayden sayup-sayup kedengaran ditelinga Soffy. Serta merta bibir wanita itu mengukirkan senyuman pahit.
"Rayden." Mata dipejam seketika. Kemudian dia bangun lalu ke meja solek berwarna putih itu. Cermin yang berada dihadapannya dipandang. Bayangan Rayden sedang menyikat rambut panjangnya dimainkan dicermin itu. Sekali lagi air mata mengalir.
Itulah rutin harian Rayden pagi-pagi sebelum dia pergi ke tempat kerja.
Laci meja solek itu ditarik perlahan. Mata bundarnya terlihat beberapa helai sampul surat yang terletak elok didasar laci itu. Tangan kecilnya ligat membuka sampul itu.
Soffy Ezzara,
She is my soul. She is my everything. I miss her so much. But I realized she's not mine anymore. She is now belonged to herself. Not Rayden's.
14 June 2018
Air matanya mengalir deras. Sampul itu diletakkan didada. Sebak mencengkam dada. Tarikh itu... Tarikh mereka sah bercerai.
"Saya minta maaf, Rayden."
"Saya minta maaf," ujarnya lagi bersama tangisan. Perlahan-lahan sampul coklat itu diletakkan diatas meja. Tapak tangan menekup muka.
"Saya... Minta maaf Rayden." Sungguh rasa bersalah dengan tindakannya meninggalkan Rayden.
Sampul satu lagi diambil lalu dibuka. Dia menarik nafas sebelum isi sampul itu dibawa keluar.
Aku rindu kau Soffy... Dah merata aku cari kau. Kenapa kau sembunyikan diri kau dari aku? Kenapa Soffy? Kau suka tengok aku menderita macam ni kan? Aku tak kuat, Soffy. Aku redha kalau kita tak ada jodoh... Tapi perlu ke kau hilangkan diri dari aku? Perlu ke?
Sekali lagi isi kertas itu meremukkan hati wanitanya... Kejamkah dia? Tinggalkan Rayden seorang diri. Walaupun dia tahu dia adalah segalanya bagi lelaki itu.
"Saya kejam ke, Rayden?" soal Soffy. Tangan kecilnya menumbuk dada sendiri.
Sampul terakhir dipandang.
"Aku taknak buka. Aku tak kuat, ya Allah," rintihnya sendiri. Air mata diseka dengan jari runcingnya. Mata kini teralih pada satu kotak baldu berwarna merah. Tanpa sedar tangannya sudah memegang kotak itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...