Bab 21

37.6K 2K 369
                                    

Bayu dingin menyapa lembut dikulit. Jemari dibawa ke lengan di usap-usap untuk menghilangkan kedinginan malam. Sahaja mahu bersiar-siar dikawasan rumah agam tersebut. Mahu menikmati keindahan alam.

Sudah dua hari dia tidak nampak kelibat Rayyan. Entah hidup lagi atau tidak. Dari jauh dia ternampak kerusi yang dipenuhi dengan salji.

Lalu dia berlari anak ke kerusi tersebut. Salji diatas kerusi tersebut dikuis menggunakan ranting kayu. Akhirnya kerusi itu boleh diduduk. Kini hadapannya hanya dihiasi hutan nasib ada lampu kalau tak memang dia tak berani untuk duduk disitu seorang diri

"Kan best kalau awak kat sini" ujarnya perlahan lalu tersenyum. Teringat akan pelukan Rayyan dua hari lepas.

"Buang jauh-jauh Sofia, kau tak layak dengan dia" ujar Sofia sendiri. Tipulah kalau cinta tak berputik. Hati terlalu kejam. Lelah menepis perasaan yang hadir.

"Apa tu?" dia mengecilkan mata untuk melihat benda putih yang sedang bergerak perlahan kepadanya.

"Takkan hantu pula" digosok - gosok matanya.

"Ouh harimau...what's harimau?" dia sudah tidak keruan. Tak tahu apa. Kalau lari nanti kena kejar. Dia cuma tahu untuk menutup mata. Adakah ini penghujung hikayat hidupnya? Air mata mengalir deras.

"Tolong" ujarnya perlahan. Bunyi tapak kaki mendekat. Zikir tidak lekang dibibir.

"Kau dah kenapa?" Adakah itu Rayyan? Mata yang ditutup kini terbuka luas dengan pantas dia berlari kearah Rayyan lalu memeluk lelaki tu sambil tersedu sedan.

"Luna come here" ujar Rayyan. Sengaja dia melepaskan haiwan belaannya untuk melihat alarm sekitar tak sangka pula si Luna boleh kejar Sofia. Luna mendekat. Pelukan dilepaskan.

"Awak...nanti dia makan kita. Jumlah lari" ujar Sofia tersedu sedan. Rayyan mengelakkannya.

"Ini Luna, haiwan kesayangan aku"

"Takde benda lain ke awak nak bela? Nanti kalau takde makanan, dia makan awak saya tak nak ambil tahu" ujar Sofia seraya dia mengosok hidung.

"Hakcum!"

"Alhamdulilah" badannya kini mengigil. Mungkin badannya tidak selesa dengan suhu sesejuk ini. Selama ini panas teruk.

"Hakcum!"

"Kau okey tak ni?" sofia mengangguk. Jari mengusap lengan terdedah supaya haba mengalir ke kawasan yang terdedah. Luna mendekat kearah Sofia. Lalu kepalanya didekatkan ditangan Sofia. Minta mengelus bulu mungkin?

"Awak jauhkan dia dari saya"

"Hakcum!" melihat Sofia seperti kedinginan dengan pantas Rayyan mengarungkan kot bulu yang dibawanya tadi ke Sofia. Sofia terkaku, macam mana tak jatuh cuba bagitahu.

"Cuba kau pegang dia" Rayyan menarik tangan Sofia ke kepala Luna.

"Tak nak" ditepis lembut tangan Rayyan.

"Takpelah Luna dia sombong, nanti kalau aku tak sempat bagi kau makan...kau makanlah perempuan ni. Sedap" ujar Rayyan sambil melutut mengosok kepala Luna yang ingin perhatian.

"Awak ni dah kenapa Rayyan? Nak suruh dia makan saya pula. Apa kata suruh je dia makan awak" menjeling Rayyan.

"Luna nanti awak makan jelah Tuan awak yang sewel ni" cuba untuk memengang kepala si haiwan tersebut.

"Sewel kau panggil aku?" Sofia mengganguk.

"Awak layanlah binatang kesayangan awak, saya nak masuk" kaki laju membuka langkah.

Faris's Where stories live. Discover now