Bab 48

25.6K 2.3K 806
                                    

"Apa kau nak dengan kami?" soal Raisya lantang. Mata memandang tajam kearah lelaki dihadapannya. Lelaki itu hanya tertawa. Wajah lelaki itu ditutup dengan sehelai kain, cuma mata berwarna hijau emarald menjadi santapan Raisya.

"Budak-budak tu takde salah pun dengan kau. Kenapa kau culik diorang?" Pandangan mata kini beralih pada kanak-kanak yang sedang tidur diatas kerusi berserta kaki dan tangan diikat. Begitu juga dengan dia, diikat. Nasib aje mulut tak ditutup.

"Saja"

"Saja kepala bapak kaulah" tempelak Raisya. Lelaki itu hanya beriak biasa. Sungguh dia tidak terkesan langsung dengan kata kata Raisya itu.

"Dasar jantan pengecut!"

Lelaki itu masih dalam keadaan sama. Tiada reaksi. Beku.

Bang.

Pintu bilik itu dihempas kuat hingga mengejutkan budak-budak itu. Mereka sudah merengek dan minta untuk dilepaskan. Raisya hanya mampu menyuruh mereka mendiamkan diri. Takut mereka diapa apakan oleh orang suruhan TN.

Macam macam dia boleh mengagak mereka adalah orang suruhan TN? Entah, dia main agak je.

"Adik dia," tatkala Raisya mendengar suara itu. Terus dia memalingkan kepala melihat gerangan siapakan yang didukung oleh lelaki berbadan sasa itu.

Nadhirah.

"Apa korang nak kami hah? Cuba terangkan sikit... Aku pun tahu juga" soal Raisya lantang. Dia tak kisah jika dia ditengking kerana menjerit.

"You!" kening diangkat. Tak faham apa maksud lelaki itu. Nak garu kepala tapi tangan diikat pula.

"Me?" soal Raisya. Lelaki itu mengangguk.

"Untuk apa?" soal dia lagi. Kali ini lelaki itu bermenganggukdengus kasar.

"Banyak soalanlah kau ni!"

"Biarlah mulut aku" cantas Raisya. Suka suki mak ayah dia je suruh orang diam.

"Diam sebelum aku tutup mulut kau tu" bentak lelaki itu. Raisya membisu. Gerun dengan lelaki itu.

Matanya memandang Nadhirah yang masih tidak sedarkan diri.

"Puan suruh kau lepaskan budak-budak tu" salah seorang yang membawa Nadhirah tadi bersuara. Lelaki itu hanya mengangguk. Kaki panjangnya melangkah menuju kearah mereka.

"Kau nak buat apa dengan diorang? Tolonglah aku merayu... Diorang takde salah dengan korang pun!" rayu Raisya. Lelaki itu hanya mengendahkan sahaja rayuan Raisya.

"Let me go, anjing" amuk Radeff tatkala lelaki itu membuka kain yang menutup mulut dia. Raisya terkedu. Allah kecil-kecil dah pandai mencarut eh.

"Kecil-kecil tak nak mampus. Besar-besar menyusahkan orang" amuk Radeff lagi. Raisya sudah menyemburkan tawa.

"Biadap eh kau budak. Mak kau ajar eh?" soal lelaki itu.

"Mak akulah ajar, takkanlah mak anjing kau pula" balas Radeff sedas. Ternganga mulut Raisya. Boleh tahan juga mulut sikecil itu.

Pang.

"Kau ni kenapa hah? Dengan budak pun nak pukul. Mana sifat kemanusian kau ni, jantan?" soal Raisya lantang. Mata kini memandang Radeff sedang menangis. Bibir budak kecil itu sudah mengalirkan darah.

"Tidurkan mereka berdua" arah lelaki itu pada orang yang menyampai pesanan dari 'PUAN'. Dia hanya mengganguk.

"Hey perempuan, kalau kau nak dia selamat. Baik kau nasihatkan dia suruh diam" lelaki itu mendekati Raisya. Dia memegang kepala wanita itu. Tudung yang dipakainya direntap kasar. Kepalanya sudah mengdonggak keatas. Dia mendesis kesakitan.

Faris's Where stories live. Discover now