Bab 55

31.7K 2K 199
                                    

Mata dibuka perlahan-lahan kerana ada sesuatu yang sedang bermain dengan rambutnya.

"Sayang... Good morning. Lama aku tunggu kau bangun." Kepala didongakkan untuk melihat siapakah gerangan yang bersuara itu. Senyuman manis lelaki itu menerpa kornea mata.

"Allah. Aku tengah mimpi ke ni?" soal Raisya perlahan. Dia tahu itu hanya ilusi. Jadi dia abaikan sahaja. Tak mungkin Faris akan balik untuknya, setelah dia melukakan sekeping hati milik lelaki itu.

Dia cuba untuk bangun dari baringan. Kini dia sudah duduk bersila diatas katil itu. Ilusi Faris itu diabaikan.

Lelaki itu turut bersila dihadapan wanita itu. Lutut mereka bertemu antara satu sama lain. Seketika, mata mereka bertembung. Dengan pantas Raisya mengalihkan pandangan.

"Sayang... Merajuk lagi ke?" soal Faris perlahan. Tangannya menyentuh rahang wanita itu. Perlahan-lahan dia mengerakkan rahang itu supaya pandangan mata Raisya hanya tertumpu padanya sahaja.

Jeda.

Ilusi boleh pegang orang ke?

Atau?

Ini memang suaminya?

Ouh tidak!

Tolonglah buka-buka mata dah nak buat orang nangis. Tubir mata sudah panas dek kerana air mata.

"Hey kenapa ni? Janganlah nangis. Risau tahu tak?!" Lelaki itu menarik wanita itu dalam pelukannya. Dia masih membisu kerana dia yakin itu hanya khayalan semata-mata.

"Please say something, Raisya. Jangan diam je." keluhan berat dilepaskan.

"Memang saya rindukan awak tapi janganlah muncul sebagai bayangan. Muncullah sebagai manusia," tutur Raisya perlahan. Faris terkejut.

"Raisya! Ni akulah. Suami kau"

"Betul ke?" soal Raisya. Faris mengangguk laju.

"Kenapa awak tinggalkan saya? Hiks... Hiks. Awak tak sayangkan saya ke?" soal Raisya teresak-esak. Dia memeluk tubuh sasa Faris. Kepala disembamkan diceruk leher sang suami.

"Kalau aku tak sayangkan kau, dah lama biar je kau sorang-sorang tak adanya aku nak patah balik," ujar Faris seraya mengosok belakang tubuh Raisya.

"Faris... Kau betul-betul ke nak tinggalkan isteri kau?" soal Ghibrael sekali lagi. Dia tak mahu sahabatnya menyesal dikemudian hari.

Faris terdiam. Hati dia tak tenang selepas Raden menghubunginya tadi.

Nak balik atau pergi?

"Aku... Aku nak balik!" ujar Faris seraya dia meraut rambut kebelakang. Dia menyesal tinggalkan Raisya macam itu sahaja. Tak apalah untuk kali ini dia mengalah untuk cinta hati. Ghibrael tersenyum nipis. Dia menggeleng kepala. Ada-ada jelah kawan dia ni.

"Aku balik dulu, Ghib. Kalau kau nak guna jet tu nak kemana-mana guna je. Aku izinkan. Cau," tutur Faris seraya dia berlari ke tempat dia menyimpan kereta.

Sesampai sahaja dirumah, dia ternampak figura Raden yang sedang berbaring diatas sofa.

"Hah... Balik pun. Ingat nak merajuk sampai abang jamil mampus!" Faris mendengus kasar lalu menjeling Raden.

"Sayang bini bodo!" Raden tergelak.

"Azeem dah tidur?" Raden mengangguk.

"Nelly tidur dengan dia" Faris menunjuk isyarat okey pada Raden. Lalu tangga rumah agam itu didakinya. Sampai sahaja dihadapan pintu bilik beradunya, dia memulas tombol pintu itu dengan perlahan. Tak mahu wanita kesayangannya terjaga.

Baju kemaja hitam dibuka lalu dicampak kedalam bakul yang sudah tersedia. Punggung dilabuhkan disebelah Raisya yang sedang lena dibuai mimpi. Tangannya naik mengelus lembut wajah jelita milik sang isteri. Mata sebab wanita itu dipandang.

"Aku minta maaf, darling. Aku tak sengaja," ujar Faris perlahan. Badan tegapnya disandarkan dikepala katil. Kepala wanita itu diangkat laku diletakkan diatas ribanya. Sempat dia mengelus lembut perut wanita itu.

"How am i supposed to live without you, Raisya?" soal Faris perlahan sebelum dia pun terlena.

"Are you done?" soal Faris. Jarinya menyeka air mata Raisya. Sempat juga dia mencuit puncak hidung milik Raisya yang sudah merah akibat menangis itu.

"Awak... I'm sor—"

"Drama dah habis. Jum turun, breakfast. Raden kata kau tak makan apa-apa malam semalam... Betul ke?" Raisya mengangguk. Keluhan Faris didengari Raisya. Mesti lelaki itu kecewa dengannya.

"Lain kali makan. Jangan tak makan!" pesan Faris keras.

"Ai ai captain." Tangan Raisya ditarik untuk bangun dari katil. Kaki panjangnya membawa Raisya ke dapur. Kerusi ditarik untuk Raisya. Baru semalam je mereka berdua bertengkar disini. Alik-alik dah berbaik. Alhamdulilah. Tapi dia pelik kenapa rumah agam ini sunyi macam tiada orang...

"Mana Azeem, Faris?" soal Raisya tatkala melihat tubuh tegap Faris tanpa baju membawa pinggan putih dari dapur. Lalu pinggan berisi nasi goreng diletakkan dihadapannya.

"Ouh... Dia keluar dengan Rayyan. Raden dengan Nelly dah balik," terang Faris. Raisya hanya mengangguk. Gerak Geri Faris diperhatikan dalam senyap. Seketika bibirnya tersenyum lebar.

Suami siapa ni... Pandai masak?

Deheman dari lelaki itu menyedarkan Raisya.

"Aku tahu aku hensem. Tapi kau kenalah makan nanti sakit. Aku risau," pesan Faris. Raisya menggeleng kepala banyak kali.

Haish, berangan ni memang suka usik orang ke?

"Kau tak nak makan ke? Atau kau nak makan benda lain?" soal Faris meleret. Senyuman nakal menghiasi wajah tampan lelaki itu. Ada-ada je fikiran tah apa-apa.

"Euw... Awak terlalu kotor untuk saya. Jauh. Jauh."

"Kau tunggu, Raisya. Kau kena ingat dekat rumah ni takde orang," pesan Faris. Raisya tahu ada maksud disebalik pesanan Faris. Air liur diteguk pahit. Raisya apa kau dah buat?!

Faris's Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang