Bab 18

37.9K 2.1K 496
                                    

"Sorry for being late, gentleman" ujar Rayyan lalu dihempas punggung di sofa.

"No, you're not late. Aku pun baru sampai je" sampuk Ghibrael disofa. Muka cemburut Faris dipandang

"Korang tahu tak aku tunggu korang 45 minit. Menyesal aku tinggal wife aku dekat rumah. Kalau aku tahu korang lewat memang aku pun datang lewatlah. Kesian Raisya pagi-pagi dah kena tinggal dengan suami dia" rungut Faris matanya memandang Rayyan atas bawah. Leher Rayyan dipandang, membulat matanya. Rayyan ada bela kucing ke sampai lehernya kelihatan seperti kena cakar?

"Weh Ghib, kau tengok Rayyan" Ghibrael yang perasan dengan kesan seperti cakaran dileher Rayyan terus tergelak besar, Faris pun menyertai.

"Korang alright tak alright? Apa yang korang gelakkan?" Berkerut muka Rayyan melihat mereka berdua.

"Ada apa-apa ke jadi antara kau dengan Sofia?" mata Rayyan sudah membulat. Aksi panas semalam menerjah dibenak otaknya. Tiba-tiba dia baru teringat akan cakaran yang dihadiahkan oleh Sofia semalam terus tangan menekup leher.

"Mana jadi apa-apa... semalam aku balik terus tidur. Dia tidur dekat bilik tetamu" dalih Rayyan. Faris sudah memandangnya tajam.

"Yelah tu. Baik kau bagitahu kitaorang sebelum kitaorang sendiri siasat," ugut Ghibrael sambil tangan disilang kedada. Bukan boleh percaya Rayyan nie.

"Sumpah takde." tangan diangkat seperti berikrar.

"Rayyan..." meleret Faris memanggil Rayyan untuk tahu kebenaran.

"Baik kau cerita Rayyan"

"Yelah-yelah semalam aku tak sengaja...aku takleh control diri... Lagipun dia yang goda aku. Kalau dia tak goda aku takdenya aku nak..." Faris menggeleng.

"Aku yang dah kahwin pun boleh tahan. Kau yang belum halal takleh control ke?" Ghibrael mengangkat kening sambil mengangguk kepala tanda setuju.

"Siapa suruh dia goda aku."

"Kau memang gila Rayyan" ujar Ghibrael.

"Kau pun apa kurangnya?" perli Rayyan sambil menjeling Ghibrael.

"Memang aku kaki perempuan tapi diorang yang sua aku layan jelah," sergah Ghibrael.

"Nampaknya aku seorang jelah masih teruna." Mereka berdua berpaling pada Faris. Muka bangga ditayang.

"Semalam kau tak buat apa-apa ke dengan isteri kau?" soal Ghibrael.

"Rahsialah bodo... Kau dah tak teruna tu pergi jauh-jauh. Jangan kawan dengan aku."

"Kita dah terlalu jauh dari perbincangan yang sepatutnya. So Faris terangkan" ujar Rayyan berhemah.

"Sampul yang korang nampak atas meja tu ada orang bagi" Rayyan mangambil sampul lalu membuka dan melihat isi. Kelihatan seperti gambar seseorang persis seperti Afiq Khaiser. Rayyan sudah menggeleng tanda tidak percaya.

"Aku syak Taufiq punya kerja, dia nak kita percaya yang Afiq masih hidup. I can't believe it tapi sumpah muka nak sama" ujar Ghibrael tegas.

"I think so but kau cuba baca note kecil tu" ditunjuk note yang berada diatas meja.

"Antara korang ada pengianat."

Terkedu Rayyan membaca.

"Kau biar betul? Baik korang berdua jujur dengan aku sebelum aku sendiri cari tahu kebenaran" ugut Ghibrael. Sampai hati ada antara mereka mengianat antara satu sama lain.

"Biar betik,bbro. Kita dah 10 tahun berkawan takkan nak khianat antara satu sama lain" ujar Faris selamba. Dia tahu bahawa Taufiq mahu memecahkan belahkan mereka bertiga. Rayyan mengangguk.

Faris's Where stories live. Discover now