"Cantik" ujar Raisya selepas melihat sebuah rumah yang bakal dia diami bersama Tengku Faris Iskandar.
"Jom masuk" ujar Faris. Tangan Raisya ditarik masuk kerumah tersebut.
"Awak tak rasa besar sangat ke rumah ni?" soal Raisya mata terpegun melihat hiasan ruang tamu.
"Tak, biasa je" balas Faris. Dia memandang Raisya disebelah, dia tersenyum melihat Raisya yang kagum dengan hiasan dalam rumuh tersebut.
"Awak ambil pembantu rumah?" soal Raisya ingin tahu. Faris menggeleng.
"Selalunya aku akan upah orang kemas rumah ni seminggu satu kali" terang Faris. Raisya mengganguk.
"Lepas ni kena ambil kot, sebab aku tak nak susahkan kau kemas rumah"
"Eh tak payah, saya boleh kemas. Saya boleh buat semua. Awak jangan risau" ujar Raisya sambil tersenyum.
"Betul?" soal Faris. Raisya menganguk laju. Kemas rumah? benda simple je.
"Ke... Awak ingat saya tak reti kemas rumah... Yelah sayakan wanita bekerjaya. Takde masa nak kemas-kemas rumah ni" pintas Raisya. Tangan disilang didada.
"Mana ada" nafi Faris. Raisya menjelingnya.
"Jom pergi tengok bilik kita" ujar Faris. Kaki menuju ke tangga untuk ke bilik utama. Pintu bilik dibuka. Raisya terkaku sendiri melihat bilik tersebut.
"Yang kau tercegat lagi dekat pintu dah kenapa?" soal Faris yang sudah duduk dibirai katil. Kaki laju memasuki bilik tersebut.
"Wah, ada balkoni" kata Raisya, segera dia membuka sliding door yang memisahkan bilik dan balkoni tersebut. Dibawah balkoni tersebut terdapat sebuah kolam besar. Mata dihidang dengan taman mini.
"Cantik Faris." ulas Raisya perlahan, terasa seperti ada tangan melingkari dipinggangnya. Kepala Faris sudah mendarat di bahu Raisya.
"Cantik macam kau" balas Faris, Raisya tersenyum tipis.
"Terima kasih sudi terima aku sebagai suami kau, aku tahu aku tak lay-" cepat-cepat jari Raisya melekat dibibir Faris.
"Don't say like that. Saya terima awak sebab Allah gerakkan hati saya untuk mencintai awak" ujar Raisya sambil bermain rambut Faris. Habis berterabur rambut Faris.
"Arhgg" Raisya terjerit kecil apabila badannya kini diudara. Faris mencempungnya masuk kedalam bilik. Sliding door ditutup.
"Awak nak buat apa ni?"
"Rasmikan katil kita berdualah" ujar Faris sambil tertawa.
"Awak jangan macam-macam Faris" Raisya memberi amaran. Badan Raisya diletakkan atas katil perlahan-lahan.
"Awak... tak penat ke Faris?" dia menggeleng.
"Saya minta maaf" ujar Raisya perlahan, lalu kaki dia menyepak perut Faris.
"Raisya... Sakitlah" mesti senak HAHAHA. Raisya tertawa kecil. Sempat dia berlari masuk ke walk in wardrobe bilik itu lalu mengambil baju. Tak tahulah baju dan seluar siapa dia ambil dari situ. Ahgg apa dia kisah janji ada baju dan seluar.
"Saya nak mandi, apa-apa roger. Saya ada dekat bilik sebelah" ujar Raisya. Faris memandangnya tajam. Dengan pantas dia meninggalkan Faris keseorangan dalam bilik tersebut.
Pintu peti ais dibuka, 'wah bila pula dia sempat beli semua ni'. Terlopong dia melihat isi dalam peti ais tersebut. Cepat-cepat dia keluarkan ayam, sotong dan udang. Memandangkan beras tiada jadi dia mahu membuat pasta aglio olio. Akhirnya setelah satu jam Raisya berperang di dapur maka siaplah pasta aglio olio.
"Faris, turun makan" jerit Raisya kuat. Kuatlah kang perlahan tak dengar.
"Faris" kaki cepat-cepat mengatur ke bilik mereka.
Klik. Pintu dibuka.
Mata dia disajikan dengan Faris hanya bertuala paras pinggang. Faris sedang mengelap rambut yang basah.
"Awak kejap lagi turun makan, saya dah masak" ujar Raisya namun tiada respon dari Faris. Dia mengeluh kecil, merajukkah lelaki itu? Dia menutup pintu bilik lalu menuju kearah Faris.
"Awak"
"Awakkkkk" ujar Raisya meleret.
"Hm" balas Faris, dia tidak memandang langsung Raisya yang berada dihadapannya.
"Awak, merajuk ke?" tiada respon. Tangan kecilnya memegang abdomen Faris yang disepak tadi.
"Sakit ke? Kalau sakit saya ambil ubat" dia menekan sedikit tempat itu. Untuk pastikan Faris tidak sakit.
"Tak payah" ujar Faris keras. Arhgg nak nangis. Air mata cuba ditahan.
"Kalau tak ada apa-apa saya turun dulu" sempat dia mengucup bibir Faris sebelum dia keluar dari bilik tersebut. Terus dia menurun kebawah, air mata yang ditahan tadi akhirnya tertumpah jua. Terdengar seperti ada yang sedang menuruni tangga. Cepat-cepat dia meletakkan pinggan diatas meja.
"Awak jum makan" ajak Raisya dimeja makan. Dia sudah tersenyum Manis
"Aku nak keluar, kau makanlah dulu. Aku makan dekat luar je" kata dia dingin. Tak pernah lagi dia sedingin itu kepada Raisya. Senyuman manis kian pudar.
Zap. Kata-kata Faris merobek segenap hati Raisya.
"Okey" balas Raisya sambil tersenyum pahit.
"Lepastu jangan tunggu aku, aku balik lewat" kata Faris lagi. Raisya mengganguk. Faris menuju ke pintu besar lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta dan meninggalkan rumah tersebut.
"Hiks"
"Hiks"
"Salah kau sendiri, siapa suruh kau buat dia macam tu" ujarnya sendiri. Dia makan bertemankan air mata.
Sempat update yang ini je. Saya busy 🌹🌹😭
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...