Bab 50

30.3K 1.9K 610
                                    

Kaki panjangnya berdiri tegak dihadapan wad kecemasan hospital tatkala pintu kecemasan dibuka. Hati berdoa supaya isteri dan anaknya tidak apa-apa.

Baju kemaja putih yang dibasahi dengan darah tidak diendahkan. Apa yang dia peduli sekarang adalah isteri dan anaknya.

"Doktor... Macam mana dengan isteri saya?" soal Faris cemas. Doktor itu sekadar mengangguk.

"Dia okey cuma..."

"Cuma apa doktor?" soal Faris lantang.

"Dia perlukan rehat yang cukup. Dan alhamdulilah anak kamu kuat seperti isteri kamu" ujar doktor itu panjang. Faris menghembuskan nafas lega.

"Boleh saya masuk?" doktor itu menggeleng.

"Kami perlu pindah dia ke wad permantauan untuk pastikan dia tidak apa-apa" Faris mengangguk lemah. Doktor itu berlalu pergi.

Sekonyong-konyong, air matanya menitis. Dia gagal menjadi seorang abang kepada adik perempuannya, Nadhirah.

"Allahu... Maafkan aku Nadhirah" rintih Faris. Kaki membuka langkah mencari kelibat Ghibrael dan Rayyan. Tatkala mata disajikan dengan figura mereka cepat-cepat dia menyeka air matanya.

"Rayden. Dia dah takde" Faris memejam mata tatkala Rayyan membuka suara.

"Dia tinggalkan anak-anak dia untuk kita jaga... Sebelum dia takde. Dia ada kata something dekat aku dengan Ghibrael" luah Rayyan. Faris mengangguk tanda mahu mendengar.

"To... Tolong... Ja... Jagakan anak-anak aku. Sampaikan salam cinta aku pada Soffy. Cakap dekat anak-anak aku yang aku minta maaf sebab gagal jadi seorang ayah. Aku... Sayangkan dia orang" kata Rayden sebelum dia menutup mata.

"Semua salah kau, Faris. Kalau kau tak halang Nadhirah... Semua ni tak akan berlaku" tempik Ghibrael. Bagi dia, Faris yang bersalah dalam hal ini.

"Ghibrael, semua dah tertulis. Kita perlu terima" pesan Rayyan sambil mengosok bahu Ghibrael. Faris mengeluh perlahan.

Ya, semua ini salah dia.

"Mama..." suara lemah Raden memanggil Puan Sri Mariam apabila dia menghampiri Faris dan lain-lain.

"Mana Sya dengan Rayden, Raden?" soal Puan Sri Mariam tatkala Raden sudah berada dalam pelukan hangat mamanya.

"Rayden dah takde..."

"Apa?" soal Puan Sri Mariam. Soffy yang sedang memimpin tangan anak-anaknya terkejut tatkala ujaran Raden menerjah sistem pendengaran.

"Tak... Tak mungkin! Korang tipukan? Dia masih hidup tapi dia pura-pura matikan? Dia buat macam tu supaya saya maafkan dia kan?" soal Soffy bertubi-tubi. Faris menggeleng.

"Korang tipu sayakan?" teriak Soffy. Air mata mengalir deras. Tangan Razeff dan Radiff digenggam kemas.

"Soffy..." nama itu meniti dibibir wanita tua itu. Dengan pantas Puan Sri Mariam memeluknya bekas menantunya.

"Maafkan mama, Soffy. Mama jahat... Pisahkan Rayden dengan soffy. Mama minta maaf, Soffy" ujar Puan Sri Mariam berserta tangisan. Dia terasa berdosa kerana memisahkan Rayden dan Soffy.

Hanya sebab harta dan kekayaan menjadi asbab dia musnahkan masjid itu.

"Saya dah lama maafkan Puan Sri" balas Soffy perlahan. Tipulah tak sakit jika teringat balik apa yang Puan Sri Mariam lontarkan cacian dan makian padanya.

"Kau tak layak untuk anak aku"

"Kenapa anak aku terhegeh-hegeh nakkan kau? Apa yang kau ada?"

Faris's Where stories live. Discover now