Bab 25

30.7K 1.8K 797
                                    

"Bonda, ayahanda" panggil Ayran Loiuse setelah melihat kelibat ibubapanya. Dia yang tadi duduk dikerusi menunggu itu mendirikan tubuh untuk menyambut kedatangan mereka berdua.

"Macam mana dengan dia, Ayran?" Tunku Qalif membuka mulut. Ayran menggeleng lalu memaut tangan si ibu.

"Ayran, minta maaf. Ayran lambat" ujar Ayran Loiuse serta tangisan. Si ibu sudah jatuh terduduk namun sempat Tunku Qalif memaut tangannya.

"Bonda...menyesal sebab tinggalkan Sofia dekat situ. Kalaulah bonda-"

"Tak perlu salahkan diri, Adel. Kita hanya mampu merancang tapi bukan menentukan. Kita kena terima mungkin ini takdir" pintas Tunku Qalif. Tangan diusap di belakang tubuh si isteri supaya dapat menenangkan diri. Faris bersama Rayyan muncul dari pintu kecemasan.

"Macam mana dengan isteri kau?" soal Ayran. Rayyan disebelah Faris kelihatan sugul.

"Dia okey cuma tak sedar lagi"

"Jadi inilah Tunku Qalif?" soal Faris, tangan disua untuk bersalaman. Lelaki separuh abad itu hanya mengganguk.

"Daddy saya kirim salam"

"Siapa ye daddy kamu?"

"Tengku Nazim, your ex-classmates" ujar Faris. Tunku Qalif tersenyum mendengar sebaris nama itu.

"la famiglia di sofia adelia?( keluarga, sofia adelia?)" mereka semua berpaling kepada suara tersebut.

"sì (yes)" jawab Rayyan.

"Voglio informarvi che la zia Sofia Adelia è ancora viva.(saya nak maklumkan yang cik Sofia adelia masih hidup.)" Rayyan terngamam.

"Il suo cuore si è fermato in 30 minuti, ma grazie a Dio è tornata(Her heart stopped in 30 minutes, but thanks to god she came back)"

"Apa dia cakap Rayyan?" soal Ayran Louise.

"Doktor kata Sofia masih hidup..."

"But how?"

"Her heart stopped in 30 minutes, tapi dia kembali bernafas macam biasa"

"Allahuakbar" ujar Tunku Qalif. Dia membuat sujud syukur. Ayran Loiuse terus memeluk Rayyan. Faris sudah menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu. Tadi kemain menangis, tampar karang.

"Abang, macam mana kita nak cerita dekat dia?" Ujar Puan Adelina. Benda paling takut dia mahu bercerita.

"Takpe, bagi saya yang cerita" ujar Rayyan. Mereka semua hanya mengganguk. Ayran sudah tahu apa yang terjadi antara sofia dan Rayyan kecuali ibubapa Sofia. Dia hampir ditumbuk oleh Ayran tetapi dihalang Faris. katanya 'Kalau korang bertumbuk pun tak boleh kembalikan Sofia'

Mata dibuka perlahan-lahan, terasa seperti ada orang disebelah kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata dibuka perlahan-lahan, terasa seperti ada orang disebelah kanan. Ternyata Faris yang sedang tidur sambil memeluk tanganya. Dia tersenyum nipis. Rindu. Air mata jatuh, dia tak percaya dia sudah selamat. Esakkan kecil itu mengganguk tidur Faris. Mata tertacap pada gadis yang sedang nangis dihadapannya.

"Hey, kenapa ni? sakit ke? kejap aku panggil doktor" Faris menolak kerusi kebelakang namun ditarik Raisya. Raisya menggeleng. Faris menarik Raisya dalam pelukannya. Esakkan kian berkurang.

"Awak...rindu"ujar Raisya, muka diangkat mencari mata Faris. Faris mengelus lembut rambut Raisya.

"Aku pun rindu kau"

"Saya minta maaf tak dengar cakap awak" dia menolak sedikit badan Faris. Lalu menggosot puncak hidung.

"Lain kali jangan buat lagi, faham?" Raisya mengganguk. Dia memeluk Faris erat. Selesa, rasa selamat.

"Ehem, boleh saya masuk wahai pasangan yang terlampau sweet?" soal Raden dipintu ward tersebut.

"Abang, macam mana boleh sampai sini?" soal Raisya, Faris memandang Raden tajam. Kacau orang nak sweet-sweet.

"Aku naik sampan"

"Betul-betulah"

"Aku naik plane lah, sejak-sejak masuk hospital terus mereng" Raisya tersengih.

"Korang memang sukakan buat aku rasa terlampau single?"

"Eleh, dah tau single kahwinlah cepat-cepat. Apa khabar dengan kak Nelly? Adik dengar cerita abang kena reject" kata-kata Raisya mengundang ketawa Faris.

"Kau diam Faris, kau tunggu Rayden habislah kau. Dik, bersedialah kau pegang title janda muda" Faris terdiam.

"Abang ini semua salah adik okey!"

"Yelah tu, Aku tak percaya sangat dia ni" dijelingnya Faris yang berada ditepi.

"Apa jadi dekat Sofia awak?"

"Dia okey cuma tak sedar lagi" ujar Faris.

"Ada selendang tak? Saya nak pergi tengok dia"

"Tak boleh kau tak sihat lagi, nanti-nanti jelah okey?" Raisya mengganguk. Raden dipandang.

"Abang bawa adik pergi tengok Sofia" suami tak bagi, kita tanya abang pula. Faris sudah menggeleng. Raden terdiam. Dia pandang dua ekor manusia itu. Sorang menggeleng sorang mengajak.

"Abang bolehlah, abang please" senyuman manis melebar, harap-harap Raden memberi kebenaran.

"Hm yelah" Raden memberi kata putus. Mata Faris sudah membulat. Minah ni tengah sakit kot.

"Raisya Maleeka dengar cakap aku, kau tengah sakit" nama penuh sudah diseru. Raisya menelan air liur.

"Berdosa tau tak dengar cakap suami, tadi kemain dah berjanji. Sekarang buat lagi" alamak Faris sudah guna kuasa veto.

"Maaf Raisya, suami kau dah guna kuasa veto so aku takleh masuk campur" ujar Raden. Raisya mendengus kasar.

"Janganlah garang sangat"

"Tak garang macam mana, kau tak dengar cakap aku. Esok ada lagipun Rayyan ada tengah jaga Sofia. Jangan risau sekarang kau jaga diri kau je. Okey sayang?" Raisya mengganguk nak tak nak kena dengar.

"Macam tulah meh peluk sikit"

"Woi...woi jangan lupa aku masih disini. Aku sepak punggung kau apa tak dapat" Raden mahu keluar dari ward itu. Boleh mampus dia kalau duduk dalam tu lama-lama.

"Abang..." panggil Raisya.

"Apa?"

"Single to you too" ejek Raisya sambil tergelak-gelak. Raden terus menghempas pintu ward tu dengan kuat.

'Isteri siapa ni, suka sangat mengusik orang?'

Kita santai-santai dulu tak sabar nak buat Raisya menangis hehe 🤭

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kita santai-santai dulu tak sabar nak buat Raisya menangis hehe 🤭

Faris's Where stories live. Discover now