Bab 49

25.6K 1.8K 226
                                    

"Nadhirah! What's in your fucking mind? Are you fucking nuts?!" jerit Faris tatkala melihat Nadhirah seperti orang gila ketika ini.

"Nuts tu bukan kacang ke?" soal Ghibrael polos. Kepala digaru tanda tidak faham. Faris mendengus kasar. Mahu saja dia menunjal kepala lelaki itu.

"Kau ni kan... Aduh"

"Ouh... Nuts yang bermaksud gila. Okey-okey sambung" ujar Ghibrael. Faris menggeleng kepala. Kaki mendekati mereka berdua perlahan-lahan.

"Kau jangan dekat... Kalau kau dekat, aku bunuh dia" jerit Nadhirah apabila melihat Faris mahu mendekati mereka. Pisau yang dipegangnya diletak betul-betul dileher Raisya.

"Aw... Awak" panggil Raisya tersedu-sedang.

"Kau dah kenapa buat macam ni?" soal Faris. Nadhirah menjauhkan pisau itu dari leher Raisya.

"Kau sendiri tahu. Kenapa aku jadi macam ni..." ujar Nadhirah selamba. Pisau yang tajam itu diacah-acah pada Faris.

"Tahu apa?" Nadhirah tertawa sinis. Betul sangkaannya, Faris memang buat-buat tidak tahu.

"Kau nak aku ulang tayang ke? Apa yang jadi 2 tahun lepas?" apabila Faris mendengar kata-kata Nadhirah riak wajahnya berubah. Seperti ada sesuatu yang dia sorokkan. Raisya hanya mampu diamkan diri.

"Jangan sesekali kau ungkit lagi benda yang dah jadi Nadhirah. Aku tak nak dengar. Benda tu dah lama berlalu" marah Faris. Cukuplah dia dan Nadhirah sahaja yang tahu tentang hal yang sudah lepas.

"Perempuan kau nak tahu tak siapa yang bunuh kawan-kawan kau?" soal Nadhirah. Pisau yang dipegangnya bermain diwajah Raisya. Wanita itu sudah mengigil ketakutan.

"Siapa?" soal Ghibrael perlahan.

"Aku yang rancang kemalangan diorang. Aku..." ujar Nadhirah bersama ketawa jahatnya.

"Nadhirah!" teriak Faris.

"Itulah kebenarannya. Not Lily or anyone else but me! Aku yang buat semua ni. Sebab.... " jari runcingnya menunjuk kearah dada sendiri. Nada Suaranya bertukar lembut.

"Astafirullah" Raisya mengucap panjang. Tubuhnya sudah jatuh terkulai dilantai. Kudrat untuk bangun memang sudah tiada.

"Sebab aku cintakan Afiq! Aku cintakan dia. Tapi kau halang aku dari bagitahu dia" Nadhirah yang lemah lembut tadi hilang, kini hanya tinggal Nadhirah yang dadanya sarat dengan dendam.

"Kau musnahkan harapan aku. Kau hancurkan hidup adik kau sendiri. Kau sanggup tengok aku jadi orang gila sebab jantan tu. Kau tak pernah bagi aku jumpa dia. Kau larang aku, bang. Kau jahat" luah Nadhirah. Tubir mata gadis itu sudah bergelinang.

Selama ini dia pendam sorang-sorang. Hadap penyakit mental tapi tak pernah langsung Faris mengambil tahu. Faris terdiam.

"Kalau kau betul cintakan dia... Kenapa kau buat semua ni? Kenapa?" soal Faris. Nadhirah yang tadi menangis kini tergelak sinis.

"Kau tak bagi aku bahagia... Jadi kau pun tak boleh bahagia bang!" tempik gadis itu.

"Fair and square, betul tak kak Sya?" gadis itu menundukkan tubuhnya untuk menatap wajah Raisya. Rahang wanita itu ditarik kasar. Raisya mendesis kesakitan.

"Betul tak kak Sya?" soal Nadhirah sekali lagi. Raisya mengangguk laju. Dia takut diapa-apa oleh adik iparnya sendiri.

Kepala Raisya ditarik kasar. Pisau itu sudah berada betul-betul dileher.

"Nadhirah!" tempik Faris.

"Nadhirah... Terlalu awal lagi untuk bunuh perempuan ni" sesorang bersuara. Nadhirah memandang kearah pintu bangunan itu. Pisau dibawah jauh dari Raisya. Wanita itu menghembuskan nafas lega. Dia masih bernafas.

Faris's Where stories live. Discover now