Bab 51

27.4K 1.9K 391
                                    

"Time death 20:06"

"Maafkan aku. Adik kau tak dapat diselamatkan" ujar Doktor Arron selaku doktor yang merawat Tengku Nadhirah. Bahu Faris ditepuk perlahan.

"Takziah"

Faris memandang kain putih yang menutup tubuh badan Tengku Nadhirah. Adiknya sudah tiada.

"Adik aku dah takde, Rayyan" ujar lelaki itu perlahan.

"Adik aku dah takde, Rayyan" Faris mengulang ayat itu tapi dalam nada kasar. Rayyan mengeluh perlahan.

"Sabar, Faris" tangan Rayyan mendarat dibahu lelaki itu sebelum dia menepuk perlahan.

"Aku gagal... Gagal jadi seorang abang, Rayyan. Aku hancurkan hati dia... Kenapa aku kejam sangat dengan darah daging aku? Cinta memang buta..." adu Faris.

Bunyi tapak kasut menganggu fikiran Faris. Kepala didongakkan, Tengku Suraya dan Tengku Nazim sudah sampai.

"Macam mana dengan Nadhirah?" soal wanita tua itu perlahan. Matanya memanah mata sang ibu. Kepala digelengkan perlahan.

"Allah..." ucap Tengku Suraya sebelum dia rebah ke lantai. Nazim memandang Faris seakan-akan tidak percaya. Faris memegang lengan wanita tua itu sebelum memapah Tengku Suraya ke kerusi yang disediakan.

"Soffy" wanita itu menggangkat wajah memandang Raden.

"Kenapa?" soal Soffy janggal. Raden menggaru belakang tengkuk.

"Sebenarnya aku ada benda nak bagitahu kau" ujar Raden dingin. Soffy mengangguk. Lalu pintu bilik itu ditutup. Kaki melangkah ke kerusi yang disediakan oleh pihak hospital. Dia dan Raden menarik kerusi itu sebelum punggung dilabuhkan diatas kerusi itu.

"Nah tisu" tangan kekarnya menghulur plastik tisu. Lihat sahaja dari wajah kemerahan milik Soffy itu sudah cukup untuk membuktikan wanita itu baru lepas menangis.

Dengan perlahan-lahan Soffy mengambil plastik tisu itu dari bekas adik iparnya.

"Sebenarnya abang aku ada tinggalkan sesuatu untuk kau dan anak-anak dia" Raden membuka suara. Dahi Soffy berkerut.

"Tinggalkan sesuatu?" soal Soffy perlahan.

"Harta, rumah dan banyak lagi" membulat mata Soffy tatkala Raden membuka mulut. Dia menggeleng.

"Saya taknak" balas Soffy berserta senyuman tawar.

"Kau kena ambil sebab itu pemberian terakhir dia" tegas Raden mengatakan kata-kata itu. Soffy menggengam tangan antara satu sama lain sebelum kepala ditunduk kelantai.

"Stop crying kak Soffy. Abang aku mesti tak suka tengok kau menangis macam ni" pujuk Raden tatkala melihat air mata Soffy menitis dari tubir matanya. Soffy menyeka air mata yang membasahi tubir mata miliknya.

"Mama... Why are you crying?" soal Razeff apabila melihat wajah kemerahan milik mamanya. Tautan tangan tua Puan Sri Mariam dileraikan. Kaki kecilnya berlari kearah Soffy sebelum dia memeluk tubuh wanita itu. Tatkala sikecil memeluknya, tangisannya makin menjadi-jadi.

Terlalu sakit.

Terlalu pedih.

"Mama. Mama, lupa ke kalau kita sedih... Kita kena berdoa dengan Allah? Bukan itu ke mama selalu pesan pada Razeff dengan Radiff. Mama kena kuat untuk kami"

Razeff menyeka air mata sang ibu yang mengalir deras, "Daddy suruh kita orang jaga mama elok-elok. Jangan selalu buat mama marah. Daddy kata dia sayang kita semua" ujar Razeff sebelum dia mencium pipi milik Soffy.

"Tolong ciumkan pipi mama kau untuk aku boleh?" gurau Rayden sebelum Razeff dan Radiff didukung oleh Rayden ke kereta.

Radiff masih berdiri tegak disebelah Puan Sri Mariam.

Faris's Where stories live. Discover now