"Coffee?"soal Rayyan.Faris mengganguk. Tin coffee itu kini bertukar tangan.
"Kau tak mengantuk?" Faris menggeleng. Macam mana nak mengantuk kalau isteri hilang? Entah makan ke tidak si Raisya.
"Kau masih nak teruskan rancangan bodoh kau tu ke?" Faris memandang Rayyan. Dia melepaskan keluhan berat.
"Aku...masih cintakan Lily, Rayyan. Dia dah balik KL. Aku dah janji dengan dia, lepas 3 bulan aku kahwin dengan Raisya. Aku kena ceraikan dia" Rayyan mendengus kasar.
'Tak habis-habis Lily aku sepak karang'
"Kalau kau tak cintakan dia, kenapa kau ambil berat sangat pasal dia? Kalau pasal musuh kau semua tu, abang-abang dia ada boleh jagakan dia. Kau fikir Faris, kau mainkan hati dengan perasaan dia. Karma ada Faris. Aku boleh nampak dia cintakan kau. Tapi kau tu bodoh, kau nak dia jadi bahan experiment kau. Pasal kemalangan 2 tahun lepas, itu memang kebetulan dia ada dekat situ. Kau tak boleh nak salahkan dia atas apa yang berlaku"
"Afiq Khaiser dah mati Faris. Terima kenyataan. Hidup kena maju kedepan. Kalau tidak sampai bila-bila benda ini akan menghantui kau. Ingat pesan aku, jangan sesekali mainkan perasaan dan hati perempuan, sekali dia angkat kaki. Kau menangis darah pun dia tak kisah" ujar Rayyan sambil menggeleng kepala. Melihat Faris mendiamkan diri dia terasa bangga kerana dapat menyentapkan hati keras milik Faris.
"Aku memang tak cintakan dia tapi salah aku libatkan dia dalam masalah aku. Aku tak boleh lepas tangan, Rayyan"
"Tak boleh lepas tangan konon. Kita tengok nanti siapa yang merayu-rayu minta tolong" ejek Rayyan, tin berisi coffee itu dicampak kedalam tong sampah. Badan dipusingkan untuk meninggalkan jantan bebal tersebut.
"Who are you?" soal Rayyan, dia melihat ada seorang lelaki berpakai kemas sedang duduk bersilangkan kaki atas sofa. Faris pun memusing badannya kebelakang.
"Where Sofia?" soal lelaki tersebut.
"I'm asking you, who are you?" ujar Rayyan. Mukanya berkerut, jantan ni nak apa pula dengan Sofia aku.
"Tuan Ayran Louise Morris"
"Anak lelaki Tunku Qalif" ujar Faris selamba. Lelaki itu mengganguk, lalu tersenyum nipis.
"Kenapa kau cari Sofia?" soal Rayyan lantang. Lelaki itu membuka kaca Mata hitam yang dipakainya.
"She is my sister" Rayyan terkejut. Dia memandang Faris. Faris hanya tergelak. Nampaknya Faris sudah tahu.
"Bukan Sofia-"
"Panjang ceritanya"
"Mana Sofia, Faris?"
"Kau cerita kat dia Rayyan" Faris tersenyum sinis melihat Rayyan sudah terkaku sendiri. Padan nasihat orang tapi diri sendiri pun 2×5 5× babi.
"Thank you Faris, cari aku. Kalau tidak sampai bila aku tak jumpa adik aku" Rayyan sudah memandangnya tajam.
"Adik kau dengan isteri dia kena culik"
"Apa?"
"Sofia kena culik"
"Macam mana dan kenapa dia kena culik?" Rayyan pun membuka cerita. Pelbagai riak wajah Tuan Ayran Louise Morris pamerkan.
"So apa rancangan dia" mereka hanya menggangkat bahu. Jumpa pun tak.
"Aku dah suruh anak-anak buah aku cari satu Milan. Jangan risau. Aku sendiri akan bunuh siapa yang culik diorang berdua"
"Aku akan suruh orang bawahan aku pergi check setiap kawasan" ujar Tuan Ayran Louise Morris. Perasaan gembira hendak bertemu dengan adiknya kini punah. Adakah Sofia akan selamat? Atau dia akan mati?
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...