"Woi perempuan bangun" aku cuba membuka mata perlahan-lahan.
"Haa dah bangun bagus, nah ambil makanan ni kongsi dengan kawan kau tu" dicampak polisterin kepada aku.
"Macam mana nak makan kalau tangan berikat?" soalku. Bodoh sangat ke jantan ni? Takkan nak makan guna kaki pula.
"Pandai juga kau ni" tali pinggang yang tebal digunakan untuk mengikat aku itu dibuka.
"Auch, slow-slowlah sikit. Sakit tahu tak!" jeritku lantang, Ingat aku kisah ke kalau orang dengar. Orang dengar lagi bagus.
"Kau makan elok-elok, kalau aku tahu kau nak lari. Siap kau" amarannya tidakku endahkan. Tali yang mengikat kaki kini dibuka juga. Mahu lawan tapi kudrat tak sekuat lelaki tersebut. Jadi dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Pintu bilik tersebut dikunci dari luar sekali lagi. Segara aku membuka tali yang mengikat Sofia dikerusi tersebut.
"Sofia...Sofia" pipi Sofia aku tepuk sedikit berkali-kali. Matanya terbuka sedikit demi sedikit perlahan-lahan.
"Raisya? Kita dekat mana?" aku melepaskan ikatan dikaki Sofia pula.
"Saya pun tak tahu Sofia, lepas kita gerak ke hospital terus kereta kena tahan. Saya cuba lawan tapi tak boleh"
"Kita pergi hospital? Kenapa?"
"Awak pengsan Sofia, awak demam. Semalam saya dah kata jangan keluar, awak degil" ujar aku sambil berpeluk tubuh.
"Salah saya, Raisya sebab degil. Kalau tak mesti semua tak jadi macam ni kan" Sofia menunduk wajah.
"It's okey Sofia, mesti Rayyan tengah cari awak" ujar aku, Sofia hanya membalas dengan senyuman...palsu mungkin?
"Dalam mimpi jelah Raisya" ujar Sofia seperlahan mungkin.
"Apa Sofia?" Sofia hanya menggeleng. Dia mengerling polisterin makanan yang berada diatas kerusi tersebut.
"Itu apa Raisya? Makanan ke?" tiba-tiba perut aku berbunyi. Janganlah Sofia dengar. Aku cuba menahan ketawa dari terlepas.
"Awak nak Sofia? Ambillah saya masih kenyang" bohong aku, tak sampai hati melihat wajah pucat lesi milik Sofia.
"Betul Raisya?" serba salah Sofia bertanya. Tak mungkin wanita itu sudah kenyang kerana dia terdengar bunyi dari perut Raisya. Dia tahu Raisya bersimpati kepadanya.
"Kita kongsi eh, tak best makan sorang-sorang" ajak Sofia. Aku hanya mengganguk tak sampai hati mahu menolak permintaan Sofia.
"Sekarang dah pukul berapa?" soal Sofia, jam ditangan dilihat. 20:47pm. Bracelet silver yang dihadiahkan dari Faris dibelek. Dia teringat akan sesuatu. Faris pernah berpesan kalau ada apa-apa berlaku, gosok bracelet ini. Dia tak pasti atas sebab kenapa. Jadi dia mengosok bracelet itu seperti apa yang diajar oleh Faris.
"Aku dah kata jangan bagi isteri aku keluar, kenapa korang ni biul sangat? Susah sangat kearahan aku" jerkah Faris. Rambut diraut kebelakang. Peluh yang membasah didahi diseka. Anak-anak buahnya sudah menunduk
"Aku tanya, jawablah. Sial" mereka tidak berani untuk menjawab. Takut nyawa melayang pula. Tak pernah-pernah lagi Tengku Faris Iskandar nak mengamuk seperti ini.
"Kalau sayang nyawa, pergi cari isteri aku. Tak jumpa isteri aku, abu mayat korang-korang semua aku hantar depan rumah makayah korang" arah Faris berserta ugutan. Ditunjuk pintu untuk keluar.
"Keluar sebelum aku-" keluhan berat dilepaskan. Baru semalam dia rasa bahagia tapi harini semua dah hancur. Mata dipejam, terasa seperti Raisya kini berada dihadapannya sambil tersenyum.
"Raisya kau dekat mana" wajah ditundukkan.
"Saya ada je, awak je yang tak nampak" ujar Raisya sambil tersenyum. Raisya menggangkat wajah Faris, diulus rahangnya.
"Saya tunggu awak, Faris. Jadi carilah saya sampai jumpa. Walaupun awak jumpa mayat saya" perkataan terakhir itu diperlahankan sedikit supaya Faris tidak mendengar. Bagai panahan petir dihati apabila Faris terdengar perkataan "Mayat saya".
"Tak....Raisya, aku akan bawa pulang kau tanpa ada satu cela atau calar dibadan kau" Raisya hanya tersenyum, bayangan Raisya makin menghilang.
"Raisya..."
"Raisya..." mata kini terbuka luas, tak sangka itu hanya bayangan.
"Bro? kau okey?" soal Rayyan. Ditepuk sedikit bahu Faris. Faris menggeleng.
"Ada apa-apa berita?" Rayyan menggeleng. Keluhan dilepas. Kalaulah semalam dia berlembut dengan Sofia mesti sekarang mereka baik-baik sahaja.
"Bila Ghibrael dengan Luc nak sampai" soal Faris.
"Esok. Diorang ambil double flights"
"Rayden dengan Raden tahu?" mampus dia kalau mereka berdua tahu. Mahu patah riuk dia dikerjakan nanti. Kalau tak patah riuk pun, mesti mampus.
"Kau rasa?" Faris menggangak bahu tanda tidak tahu.
"Diorang on the way dengan Ghibrael"
"Tolong tempahkan kubur untuk aku siap-siap" ujar Faris lalu beredar dari tempat tersebut. Rayyan sudah membuat mimik muka menyampak. Drama king betul.
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...