"Dah siap ke belum?" laung Faris dari luar. Raisya mendengus, sabarlah orang nak pakai tudung ni. Dahlah owning macam tak nak bagi kerjasama.
"Sabarlah, awning nie" rungut Raisya. Pintu bilik dibuka terpaparlah wajah kacak milik Faris. Raisya memandang Faris atas dan bawah. Nak pergi mana pakai macam ni? Raden yang nak nikah ke kau yang nak nikah nie? Mengalahkan pengantin pula.
"Kenapa pandang aku atas bawah? Sabar ye kalau ye pun nak terkam aku, nanti lepas kita balik dari masjid kau terkamlah aku" terbuntang mata Raisya.
"Kalau nak cakap benda tak elok, baik keluar" Raisya menjeling Faris. Faris sudah tersengih seperti kerang busuk.
"Dah elok dah tudung kau tu, cepatlah sikit nanti lambat" adu Faris. Dia tak faham ke owning ni macam nyawa perempuan, kalau tak elok boleh mati tau.
"Meh sini aku nak buat, geram pula aku tengok haish" ujar Faris, terus dia membetulkan owning Raisya. Wah lepas dia betullah terus elok. Raisya tersenyum manis. Tangan kekar Faris dipegang Raisya.
"Bagus betul tangan awak, sayang dia muah" tangan Faris dikucup Raisya.
"Aik cium tangan je ke? Kat sini taknak?" Dia menunjuk bibir dia, Raisya sudah tidak keruan. Siapa suruh kau gatal sangat Raisya.
"Alah kat situ dah selalu tempat lainlah pula" ujar Raisya senada. Terus dia mengambil tas tangan. Raisya menarik Faris berdiri disebelah dia. Telefon berjenama Apple dicapai diatas meja solek.
"Nak ambil gambar, senyumlah sikit. Asyik-asyik muka beku je"
Klik.
Klik.
"Perfect" ujar Raisya perlahan sambil melihat gambar mereka berdua.
"Dah puas? Dah puas jum turun bawah. Mama mesti dah tunggu" Raisya mengganguk. Faris menarik Raisya berjalan bersebelah dengan dia.
──────⊱⁜⊰──────
"Amboi, sweet betul" tegur Tan Sri Ibrahim di ruang tamu. Aku tergelak perlahan.
"Biasalah tu, mama dengan daddy apa kurangnya. Tak habis-habis nak berkepit je. Jangan nanti tiba-tiba terkeluar lagi sorang sudah" usik Raden. Dia baru lepas memeriksa barang hantaran.
"Hah betul tu, tak pasal-pasal Sya bukan lagi anak kesayangan mama dengan daddy"
"Raden mama dengan daddy dah tua. Kami nak cucu bukan anak" pintas Puan Sri Mariam.
"Hah Raisya, Faris bila? Mama dah tanya" soal Rayden. Aku terkaku. Allah soalan, nak nangis huwa.
"Mama dengan daddy mintalah dekat Raden, mana tahu bulan depan dah dapat hasil? Kami nak spend time together dulu baru fikir nak ada anak kan sayang?" Faris bersuara. Dia memandang aku lalu tersenyum. Semua yang berada disitu tergelak.
"Jangan lama-lama sangat nanti menyesal" pesan Puan Sri Mariam. Aku mengangguk perlahan.
"Semua dah siap?"
"Dah"
"Jum nanti tak kahwin pula abang Raden kita ni" seloroh aku. Aku hendak menolong mereka mengangkat barang hantaran namun dihalang Faris.
"Pergi masuk kereta, biar aku je buat" arah dia. Aku mengganguk akur. Aku masuk kedalam perut kereta. Sempat aku membelek gambar kami berdua, aku memilih gambar yang tidak menunjuk muka kami berdua.
"Nak tulis caption apa eh?"
"Hah" jari pantas menaip di telefon.
"I don't own you but you belong to me" puas hati dengan caption button 'post' ditekan.
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...