"Apasal kau tarik aku ni nyah. Aku baru nak makan kek cheese tu" soal Umi. Tangannya ditarik kembali.
"Saja. Alah nanti kau bawalah balik benda tu. Kau tak rasa ke Ghibrael tu suka kau?" kening Raisya terangkat ketika menyoal Umi.
"Hurm, dia main-main je tu. Kau macam tak tahu. Kan aku selalu cerita dekat kau yang dia pernah tanya macam tu dekat aku" ujar Umi perlahan. Suka pada Ghibrael? Sikit.
"Main-main? Kau tahu mana dia main-main? Umi jangan disebabkan masa silam kau, kau tuduh dia macam Hakimi. Aku tak akan menafikan apa Hakimi buat memang sakit. Tapi kau kena move on. Sampai bila kau nak duduk lagi dalam dunia ciptaan aku sendiri. Belajar terima Ghibrael, if tak bole kau boleh undur diri. Aku tahu cinta tak boleh dipaksa" ujar Raisya seraya menepuk lembut bahu Umi.
"Dah habis? Kalau dah habis kitaorang nak hantar kawan kau balik. Dah lewat ni" Raisya mengangguk. Umi dipeluk erat.
"Aku nasihat sebab kau kawan aku dan yang paling penting aku sayang kau" bisik Raisya lagi. Harap-harap Umi terima apa yang dia katakan.
"Terima kasih Raisya. Aku balik dulu. Apa-apa call" pamit Umi. Raisya hanya tersenyum.
"Eh korang tak payah baliklah tidur sini. Aku rasa macam ada benda buruk nak jadi" Faris bersuara. Raisya mengalih kepala memandang wajah sugul milik Faris.
"Tapi..."
"Stay sini. Lagipun bilik dalam rumah banyak. Korang pilih je nak tidur mana" cantas Faris tegas.
"Betul tu. Lagipun nak hujan ni. Baik korang rehat je dekat sini" tambah Raisya. Keadaan diluar rumah itu beragin dan sejuk. Mereka bertiga mengangguk.
"Jom masuk" Raisya menarik tangan umi masuk kedalam rumah agam itu. Mereka berdua tinggalkan tiga sahabat itu dibelakang.
"Kau nak tidur dekat mana?" soal Raisya.
"Sebelah bilik Azeem?"
"Budak kecil tu dah tidur ke?" Raisya mengangguk.
"Awal nau, dia tidur"
"Biasalah tu budak-budak. Pagi aktif malam tidur awal. Esoknya aktif balik malam tidur awal. Berulang-ulang sampailah abang jamil mampus" balas Raisya. Tangga rumah agam itu didaki bersama.
"Kenapa Faris cakap dia tak sedap hati eh?" soal Umi. Raisya hanya mengangkat bahu. Mari kita bersangka baik wahai anak-anak.
"Ni bilik Azeem?" soal Umi, dia terlopong melihat keluasan bilik budak kecil itu. Besar macam kondonya. Raisya mengangguk perlahan. Ditarik tubuh badan kecil molek Umi masuk kedalam bilik tersebut.
Matanya memandang Azeem yang sudah lena diulit mimpi. Comel. Raisya membuka pintu yang berada dihujung bilik Azeem.
"Ni tempat tidur kau untuk malam ni" ujar Raisya. Umi mengganguk.
"Kalau macam tu aku masuk dulu"
"Okay, sweet dreams" ujar Raisya tersenyum. Lantas kakinya panjangnya menuju kearah Azeem yang sedang lena. Dicium sekilas dahi mulus milik Azeem.
"Goodnight little boy" ujar Raisya. Tubuh didirikan lalu keluar dari bilik tersebut. Kaki membuka langkah menuju kebilik tidurnya.
Telefon pintar yang berada diatas meja kecil diambil. Apabila dia menekan butang ditepi, terpapar mesej dari Faris.
My life <3
Tidur dulu, aku rasa lambat lagi aku nak tidur.
Cium diri sendiri untuk aku.
Muah.
Me
Okay tapi jangan lama-lama sangat nanti saya kunci pintu.
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...