Bab 19

35.2K 2K 63
                                    

Sesekali Faris mengerling ke tepi melihat Raisya yang sedang tekun melihat telefon bimbitnya. Terlihat Raisya tersenyum, rasa ingin tahu kenapa Raisya tersenyum membuatkan dia berdehem. Tangan kecil milik Raisya ditarik lalu digenggam. Boleh ke memandu guna sebelah tangan? Raisya hanya mendiamkan diri. Telefon dibawa masuk ke dalam tas tangan.

"Kenapa kau senyum - senyum tadi?" soal Faris memecah kesunyian. Raisya mengalihkan kepala melihat Faris yang sedang memandu kereta.

"Kawan saya...dia baru lepas bersalin. Anak kembar. Comel sebabtu saya senyum sorang - sorang. Awak jangan ingat saya gila pula" ujar Raisya sambil memberi amaran.

"Kau tak nak pergi tengok ke?" Raisya menggeleng. Bukan malas tapi takde mood. Ziarah orang pun kena ikut mood eh.

"Dah dua minggu saya tak masuk office. Arhg rindunya" ujar Raisya memecah kesunyian setelah masing-masing mendiamkan diri.

"Ada aku tanya?" soal Faris membuat muka selamba.

"Tak tanya sudah, saya cerita dekat kereta. Awak takyah semak-semak nak dengar" rungut Raisya. Spoil mood betul. Orang elok ada mood nak gembira tiba-tiba down sebab orang macam ni. Dipejam mata malas mahu menghadap dia. Sakit hati. Tangan Raisya masih kemas digenggam oleh Faris.

"Lah dah tidur? Tidur pun cantik"
Raisya yang pura-pura tidur menyembunyikan senyuman. Pipi sudah membahang. Janganlah Faris nampak. Nanti kantoi pula. Mata dibuka kecil melihat sang suami yang sedang memandu. Handsome betul. Bawa kereta pun smart. Nak gigit boleh? Mata ditutup kembali sesak dada melihat wajah handsome milik Faris.

 Nak gigit boleh? Mata ditutup kembali sesak dada melihat wajah handsome milik Faris

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Raisya bangun, kita berhenti makan dulu. Aku lapar" ditolak perlahan lengan Raisya supaya gadis itu bangun dari tidur. Mata dibuka sedikit demi sedikit. Digosok mata.

"Nah tisu, ada air liur basi. Habis kotor kereta kesayangan aku" dihulurnya tisu kepada Raisya. Raisya sudah meraba - raba kawasan mulut. Mana ada apa, dia memandang Faris tajam. Nampaknya dia sayang kereta lebih dari Raisya.

"Mana ada apa - apa, awak yang tibe. Tak pernah lagi saya tidur ada air liur basi" pernah tu adalah tapi takdelah depan orang. Cermin kecil dikeluarkan dari tas tangan. Raisya menghembuskan nafas lega. Lalu dimasukkan semula cermin itu didalam tas tangan.

"Jum turun, aku dah lapar sangat. Kang aku mati, kau juga meroyan" dijeling Faris. Sakit hati tak habis lagi ni. Sepak karang.

"Pergilah saya dah kenyang" padahal perut kosong, pagi tadi sempat makan nasi goreng je. Perut berbunyi. Terus Raisya menunduk malu.

"Hah mogok lagi, jumlah tak payah nak merajuk sangat" makin sakit hati adalah.

"Yelah, yelah awak pergilah dulu nanti saya menyusul" dia menggeleng. Pintu kereta dibuka. Baju berwarna hitam itu ditepuk - tepuk kerana berkedut. Tiba - tiba tangan kiri disambar oleh Faris.

Faris's Where stories live. Discover now