Bab 04

43.3K 2.7K 284
                                    

      "Apa hal kau datang sini?" soal Faris dingin. Dah lama mereka berdua menghilangkan diri.

"Aku nak bawa adik aku baliklah" jawab Raden sambil menunjuk Raisya yang berada di sebelah Faris. Raisya yang berada disebelah Faris melarikan diri ke belakang badan abang.

"Raden , Rayden mana korang bersembunyi hah?" soal Rayyan dari belakang Faris bersama Ghibrael. Ya mereka berlima berkawan sejak berjumpa di akedemi menembak.

Ghibrael yang tidak percaya dengan apa yang dia lihat terus berlari anak lalu menyentuh muka mereka berdua.

"Weh, betul aku tak bermimpi. Korang pergi mana hah? Aku rindu korang." luah Ghibrael sebak sambil menolak bahu Rayden perlahan tanda mogok. Raisya hampir menyembur tawanya tapi ditahannya.

"Eh, kau dah kenapa Ghibrael baru kena tinggal dengan kitaorang dah macam beruk! Macam mana pula kalau gf kau lari" sampuk Raden sambil menghulur sedepa tangan ke Ghib untuk memeluknya. Tersenyum Rayyan melihat agenda tersebut.

"Dah-dah macam perempuan aku tengok kau Ghib" kata Faris.

"Meh peluk semua , brotherhood" Tangan Rayden dibuka seluas - luas untuk memeluk mereka berempat. Akibat tidak tahan akhirnya tawa Raisya terlepas.

"Kau dah kenapa dik? Sejak-sejak kena kurung terus jadi gila"

"Abang Ray betul ke korang semua ni mafia? Adik tengok macam beruk - beruk buat reunion" jawab Raisya dan terus menyambung gelaknya. Faris sudah memandangnya tajam. Terus terdiam dia. Takut pula kau kat Tengku Faris.

"Adik kau masuk lepastu ambil barang kau, kita balik. Ada something aku nak bincang dengan diorang semua." Raisya mengganguk seraya membuka pintu kereta milik Faris untuk mengambil bag tangannya. Lantas dia memasuki markas itu.

"Kau tahu tak akibat dari tindakan kau Faris, adik aku dalam bahaya" bagitahu Raden sambil memandang Faris tajam.

"Aku tahulah sebab itulah aku kurung dia, kalau tak mesti mayat dia kau pun tak jumpa" jawab Faris.

"Lepastu kau nak buat apa?"

"Kahwinlah dengan dia, Faris. Settle masalah." sampuk Rayyan sengaja dia menekan perkataan kahwin. Semua memandang Faris. Tergamam Encik tengku kita.

"Kau gila ke Rayyan, adik aku tu mesti tak setuju apatah lagi Faris dia mana pernah bercinta" jawab Raden yang sudah menawakan Faris. Faris sudah terdiam.

"Faris I need answer bukan mendiamkan diri, adik aku dalam bahaya"

"Sebenarnya ak...aku"

"Kau dah mula sayang dia eh? Yelah setahu aku, kau mana pernah bawa perempuan pergi mall, pastu kurung perempuan and mana pernah kau layan perempuan elok" tembak Rayyan teruja. Dia sudah tersenyum seperi kerang busuk.

Dalam hati Tengku Faris sudah mula memaki hamun Rayyan. Jatuhlah maruah aku Rayyan kalau perempuan tu dengar gumam hati Faris.

"Kau biar betul Faris, sampai hati kau tak bagitahu aku" kata Ghibrael. Semua mata memandang Faris untuk kepastian. Kepalanya dijatuh perlahan beberapa kali. Rayyan sudah tersenyum seperti kerang busuk.

Tangan sudah meraut rambut ke belakang. Ada tangan yang menepuk bahunya iaitu Rayden.

"Kalau macam tu, masuk minang cepat tak sabar nak buli kau" luah Raden gembira.

"Korang sabar, kalau dia reject macam mana?" adu Faris. Mereka berempat mengetawakan dia. Takkanlah Faris macam ni? Lagipun dia bapak kepada bapak ego.

"Kalau dia reject kau culiklah dia pastu paksa dia" cadang Ghibrael sambil memandang kiri kanan.

"Kau gila ke? Kau tak nampak ke abang - abang dia ada dekat sini" ujar Faris sambil menunjuk Raden dan Rayden kepada Ghibrael.

"Okey juga idea Ghibrael, tapi kalau kau nak buat jangan kasar sangat" Faris mengangguk

"Tengoklah dulu" rambut diraut kebelakang.

"Kalau kau taknak kau bagi jelah kat aku, aku boleh je jaga dia hehe" ujar Rayyan tersenyum sinis.

"Kau cari lainlah, ni aku punya" kata Faris kasar. Rayyan kembali mengetawakan dia. Faris memandangnya tajam.

"Aaaaaaa" jerit Raisya yang berada dalam rumah. Lekas Faris berlari masuk ke dalam dia sudah menepuk tangan ke kepala. Alahai kenapa korang tak kunci pintu bilik tu. Bilik yang penuh dengan mayat yang tidak diurus...

"Apahal korang tak kunci pintu nie hah?" jerit Faris kepada koncu - koncunya. Dia sudah melihat Raisya yang sudah jatuh terduduk. Terus dia menggangkat Raisya supaya jauh dari situ terus dia meletakkan Raisya di atas sofa yang disediakan.

"Aip, belum halal lagi pergi-pergi" tegur Rayden. Terus Faris menggangkat muka lalu menjeling Rayyan yang rancak mengetawakan dia.

"Kau bawa dia balik sekarang, kesian dia penat" kata Faris. Raden hanya mengganguk kerana Rayden sudah menggangkat Raisya didalam kereta miliknya.

"Okey bro, apa-apa inform" ujar Faris. Dia sempat membisik ke telinga Raisya

"Until we meet again, darling," ujar Faris dengan harapan Raisya mendengarinya.

"Until we meet again, darling," ujar Faris dengan harapan Raisya mendengarinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[New version]

Faris's Where stories live. Discover now