Tiga tahun kemudian...
"Dani... Tunggu abang," jerit Azeem tatkala dia melihat Daniel berlari-lari di hadapan laman rumah agam itu.
"Abang... Kejarlah Dani." Kaki kecilnya berlari mengelilingi kolam renang yang bersebelahan dengan gazebo.
"Dani. Abang tak laratlah nak kejar," rungut Azeem. Akhirnya kaki kecil Daniel berhenti.
"Abang lembik-abang lembik. Buuu!" ejek Daniel.
"Apa? Dani kata abang lembik?! Ouh takpe-takpe lepas ni abang tak nak main dengan Dani dah," ujar Azeem seraya melangkah kaki ke gazebo.
"Mommy," sapa Daniel apabila melihat Raisya membawa dulang berisikan kek dan milo ke gazebo. Itulah rutin harian Raisya.
"Mommy... Daddy tak balik lagi?" Raisya menggeleng. Tadi dia berada didapur tidak dengar pula bunyi enjin kereta.
"Lambatnya daddy balik harini," rungut Azeem. Raisya menghembuskan nafas perlahan. Rambut Azeem digosok perlahan-lahan.
"Daddy busy kot," Raisya menjawab soalan Azeem. Daniel yang dahaga itu menghirup air milo dengan rakus.
"Minum elok-elok, Dani," pesan Raisya.
"Mommy... Esok birthday daddykan?" soal Azeem. Seketika Raisya mengetuk kepala sendiri.
Aduh macam mana kau boleh lupa Raisya? Soalnya dalam hati.
"I'm home!" Setelah mendengar suara Faris Azeem dan Daniel terus berlari kearah Faris. Tubuh kekar itu dipeluk.
"Abang sampai dulu. Werk, Dani lambat." Azeem menjelir lidah kepada Daniel.
"Aip. Jangan buat macam tu," tegur Raisya seraya dia menggeleng kepala.
"Sorry," ujar Azeem.
"Kenapa daddy balik lambat?" soal Daniel. Faris tersenyum. Alahai comelnya dua ekor ni.
"Lambat lima minit je," ujar Faris. Sempat pula dia mengerling jam tangan.
"Lambat juga!"
"Alolo, janganlah merajuk. Esok daddy janji daddy balik awal," tutur Faris. Jari kelingking mereka ditemukan menandakan janji.
Raisya mendiamkan diri. Otaknya ligat memikirkan macam mana nak menyambut hari lahir lelaki itu.
"Dah, jom masuk." Raisya yang termenung tadi terus mengangguk kepala. Azeem dan Daniel dipimpin oleh Faris.
"Zubid." Faris memanggil Pembantu rumahnya. Zubid yang tadi berapa didapur terus berlari mendekati Faris.
"Ye, tuan. Ada apa?" soal Zubid.
"Bawa dia orang mandi lepas itu siap-siapkan mereka. Kami nak keluar dalam pukul lapan malam," ujar Faris. Zubid mengangguk perlahan.
"Keluar?" soal Raisya perlahan. Kening diangkat.
"Kita nak keluar?" soal Daniel. Faris mengangguk.
"Yey!" sorak Azeem dan Daniel bersama-sama.
"Go... Ikut Zubid," arah Faris. Mereka berdua mengangguk teruja. Permergian mereka dilihat dengan ekor mata.
Setelah memastikan mereka sudah masuk kedalam bilik Faris terus memeluk Raisya.
"Eh, apa awak ni?" Terkejut wanita tatkala lelaki itu memeluknya.
"Rindu..." Kepala Faris disembamkan diceruk leher Raisya.
"Kalau ye pun rindu... Bukan dekat sini, Faris." Faris terus menggangkat kepala. Dia memandang Raisya dengan riak wajah nakal.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...