Bab 06

40.9K 2.4K 274
                                    

"Adik, mama call tadi katanya nak buat kenduri kesyukuran," bagitahu Raden yang ralit menonton perlawanan EURO 2020 antara England dan Denmark di ruang tamu.

Raisya yang sedang mencuci pinggan dan mangkuk terus menghentikan kerjanya terus dia menyelap tangan yang basah itu Dan berlalu pergi ke ruang tamu

"Kenapa mama buat kenduri kesyukuran?" soal Raisya serius.

"Entahlah," balas sepatah Raden. Matanya masih tertumpu pada television.

"Takkanlah sebab..." Fikir Raisya. Dia berlari ke bilik. Terus dia mencapai telefon bimbitnya. Jari ligat mencari nombor Puan Sri Mariam.

"Hello, Raisya. Mama nak bagitahu something." Raisya sudah berdebar.

"Bagitahu apa ma?" soalnya. Tangan sudah mengigil teruk. Tolonglah jangan kata mama terima pinangan itu.

"Abang Raden dengan Rayden dah balik Malaysia so esok mama nak buat kenduri kesyukuran untuk sambut kepulangan mereka," bagitahu Puan Sri Mariam teruja. Dia sudah menghembus nafas panjang, alhamdulilah.

"Biar benar, abang dah balik kenapa diorang tak telefon Sya," bohong Raisya. Takkan dia nak bagitahu yang dia ada dengan diorang kang mampus disoal Puan Sri Mariam. Tipu sunat tak berdosa pun.

"Mungkin diorang busy? Sebabtu tak sempat nak call Sya," balas Puan Sri Mariam. Raisya hanya mengangguk.

"Sya busy tak petang ni? Mama nak ajak beli barang untuk masak–masak esok," soal Puan Sri Mariam. Dah lama dia tak spent time berdua dengan mama dia.

"Sya tak busy, nanti Sya ambil mama petang ni ye," balas Raisya.

"Okey, nanti mama tunggu ye," sahut Puan Sri Mariam.

"Ma, Raisya letak dulu ye. Assalamualaikum," bagitahu Raisya. Disimpan telefon bimbit di dalam poket seluar terus dia mencari kelibat kedua–dua abangnya.

"Abang!!" jerit Raisya lantang.

"Ye, asal kau menjerit–jerit ni dik?" soal Rayden baru muncul dari dapur.

"Abang hm... Hm."

"Hm... Hm apa?" sampuk Rayden. Mata tajam memandang Raisya.

"Nak pinjam kereta?" sambung Raisya tersenyum.

"Untuk? Kau nak jumpa boyfriend eh? Ke kau nak jumpa mamat tu?" usik Rayden.

"Kepala atok kau," balas Raisya sambil menjeling abangnya dengan jelingan maut. Uish betul ke ni Raisya? Biasalah bila bendera merah semua rasa nak marah plus moody. Terus mati senyumannya

"Ceh, nak bergurau pun tak boleh btw atuk dah mati ye" balas Rayden takut.

Tulah kau kacau lagi perempuan tengah moody. Kan padan muka.

"Boleh ke tak?" soal Raisya serius.

"Ada banyak kereta, kau nak mana satu?"

"Banyak sangat ke?" soal Raisya. Rayden hanya menjatuhkan kepala beberapa kali.

"Nak tengok, entah–entah abang tipu je," ujar Raisya tak percaya.

"Tak percaya, jum ikut aku," jawab Rayden. Terus dia dan Raisya ke lif untuk ke underground garage.

Ting!

Selepas keluar daripada lif Raisya terpukau dengan seni rekaan underground garage tersebut dan terdapat lebih daripada 15 buah kereta berjenama mewah disitu seperti Ferrarri LaFerrari , Aston Martin victor , Rolls Royce Cullinan yang menjadi kegilaan orang ramai.

Rayden sudah tersenyum lebar.

"Hah pilih nak yang mana." Rayden sudah tersenyum sinis memandang Raisya yang sudah rambang mata. Konon tak percaya, hah sekarang dah rambang mata gumam Rayden.

Faris's Where stories live. Discover now