"Faris" panggi Afiq sambil tersenyum. Faris hanya berdiamkan diri, dia tahu ini hanya khalayan. Takkan Afiq masih hidup, dia sudah mati. Faris menggelengkan kepala tak percaya dengan apa dia lihat.
"Tolong aku boleh?" soal Afiq tersenyum. Faris mendekati Afiq, terus dia memeluk badan Afiq. Sejuk.
"Mana kau pergi?" soalan itu dibiarkan seolah oleh tidak didengari.
"Aku nak mintak tolong kau" Afiq menolak lembut badan Faris. Faris mengangkat kening sebagai tanda (apa).
"Tolong jaga Aliya, jaga dia elok - elok sebab aku dah berjanji dengan dia yang aku akan jaga dia" ujar Afiq seraya memengang tangan Faris berharap lelaki itu setuju.
"Kenapa kau suruh aku, kaukan boleh jaga dia"
"Aku tak boleh, Faris"
"Kau boleh Afiq" pujuk Faris.
"Aku tak boleh , tolong janji dengan aku Faris. Jaga dia elok - elok" kata Afiq kembali.
"Aku...janji Afiq aku jaga dia elok"
"Terima kasih"
"Terima kasih Faris, aku pergi dulu. Titipkan rindu aku pada dia" kata Afiq sambil meninggalkan dia.
"AFIQ"
"AFIQ KAU NAK PERGI MANA?"
"AFIQ!!"
"Awak" ujar Raisya sambil menolak badan Faris supaya dia terjaga dari tidur.
"Awak, bangun"
"Awak bangun" risau melihat Faris yang sedang meracau.
"Awak!!" tangan Faris ditarik namun lelaki itu menolaknya kasar hingga jatuh dari katil.
"Arhgg, Afiq" akhirnya Faris terjaga dari tidur.
"Aduh, sakit" adu Raisya cuba bangunkan diri.
"Awak okey?" soal Raisya ketakutan melihat mata Faris memandangnya tajam. Dah kenapa?
"Macam mana kau boleh jatuh?" soal Faris dingin. Raisya mengigit bibir bawah takut dengan aura lelaki itu.
"Raisya, don't bite your lips. answer me!" ujar Faris. Raisya hanya menunduk lantai, dia takut. Faris seakan - akan mahu memarahinya.
"Raisya...answer me!" suara sedikit meninggi.
"Awak...yang tolak saya...tadi awak mengingau jadi saya tolong kejutkan awak" gagap Raisya menceritakan kejadian tadi. Bingkas Faris bangun lalu menuju kearah Raisya yang sedang berdiri. Lalu ditarik Raisya dalam pelukan.
"I'm sorry sayang, aku tak sengaja" ucap Faris seraya mengelus rambut Raisya.Raisya yang berada dalam pelukan hanya mendiamkan diri. Setelah 2 minit dalam keadaan bergitu.
"Awak"
"Hmm"
"Dah masuk waktu subuh, saya nak mandi nak solat lepastu nak siapkan breakfast"
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...