Usai solat isyak, Raisya menuju ke bilik yang menempatkan Azeem.
Klak.
Budak kecil itu sedang tidur. Raisya menatap wajah bersih itu. Sungguh malang betul nasib Azeem. Kecil-kecil sudah yatim piatu.
"Rai... Raisya tolong jaga anak aku ye. A... Aku nak rehat. Sua... Suami aku macam mana Raisya?" soal Aliya perlahan. Raisya menitiskan air mata. Raisya menggeleng perlahan.
"Kau janji jaga Azeem untuk aku ye Raisya. Aku nak ikut suami aku. Dia dah tunggu aku" tangisan Raisya makin menjadi-jadi. Air matanya membasahi katil hospital itu.
"Tolong jangan tinggalkan aku Aliya. Kau seorang je kawan baik aku yang Ada dengan aku" rayu Raisya. Aliya tersenyum nipis memandang wanita itu.
"Jaga anak aku elok-elok Raisya. Dia dah takde siapa-siapa" jari runcing Aliya menyeka air mata Raisya.
"A... Aku janji Aliya. Terima kasih dua belas tahun yang bermakna" ujar Raisya tersekat-sekat.
"Kau tak nak tengok anak kau?" Aliya tersenyum seraya dia menggeleng.
"Aku taknak... Aku takut aku tak kuat. Raisya tolong jaga dia ye" pesan Aliya lagi tangan Raisya diraih lalu digenggam.
'Allahu sungguh aku tak kuat untuk melepaskan Aliya' rintih hati Raisya.
Tiba-tiba mesin ventilator berbunyi nyaring. Tangan Aliya yang menggengam tangan Raisya terjatuh. Segera dia menekan butang merah dibelakang katil.
"Aliya... Jangan tinggalkan aku. Astafirullahalazim Aliya..."
"Aliya" bahu wanita itu digongcang.
"Aliya tolong jangan tinggalkan aku" kata Raisya lalu dia memeluk tubuh kaku tersebut.
"Maafkan aku Aliya" ujar Raisya sendiri. Mungkin dengan menjaga Azeem dapat membalas jasa Aliya selama mereka menjadi sahabat? Air mata yang membasahi tubir mata diseka.
"Raisya" panggil satu figura di depan bilik tersebut. Dia berjalan masuk, dia tersenyum memandang Raisya bersama Azeem.
"Aliya..." panggil Raisya tidak percaya. Segera dia menghampiri Aliya. Lalu dia memeluk wanita itu. Sungguh dia rindu dengan Aliya. Pelukan yang membuat dia menghemburkan tangisan.
"Raisya... Jangan menangis. Aku sedih tengok kau menangis macam ni" ujar Aliya seraya menolak perlahan tubuh Raisya lalu dia membawa Raisya keluar dari bilik itu. Mereka menuju ke laman rumah itu. Lalu membaringkan diri diatas rumput. Masing-masing menatap bintang-bintang dilangit.
"Kalau kau sedih kenapa kau tinggalkan aku?" soal Raisya, air mata mengalir lagi.
"Aku tak tinggalkan kau pun. Aku ada je cuma kau tak boleh nampak" jelas Aliya.
Kepala ditoleh kesebelah memandang Raisya yang sedang sakan memgeluarkan air mata."Aku rindu kau Aliya"
"Aku sayang kau"
"Kalaulah malam tu—"
"Don't say like that. Ini semua takdir Raisya. Kau kena redha, jangan sesekali pusing kebelakang. Sebab masa depan kau jauh lagi"
"Kadang-kadang memang sakit tapi kau kena kuat untuk hadapi. Inilah lumrah kehidupan, tak semestinya sedih dan tak semestinya gembira" ulas Aliya lagi.
"Sakit sangat Aliya, aku tak sangka Lily tergamak buat kau macam ni Aliya. Aku dah anggap dia macam kakak aku. Dua belas tahun kita berkawan dengan Lily. Kenapa dia sanggup musnahkan hidup kau. Kenapa? Sekarang dia nak musnahkan hidup aku. Apa salah kita berdua dengan dia?" Raisya bersuara. Aliya tersenyum lagi.
" Kita tak tahu isi hati orang, Raisya. Mungkin ada sesuatu yang dia pendam dan bertukar jadi dendam. Aku redha dengan apa dia buat dekat aku" Raisya termenung seketika.
"Dan lagi satu... Aku nak pesan. Sejahat-jahat dia, dia pernah jadi kawan baik kitakan?" Raisya mengangguk.
"Jangan sakitkan dia, cukuplah dia menderita waktu zaman sekolah. Aku tak sanggup tengok kawan-kawan disakitkan lagi" tiba-tiba Raisya teringat akan peristiwa di zaman sekolah dahulu.
"Hargai dia Raisya. Mungkin dia perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan. Aku sayang kau" pesan Aliya lagi. Raisya tidak mengangguk mahukan menggeleng.
"Raisya?" panggil seseorang dari belakang. Kak Bella.
"Buat apa sorang-sorang ni? Tak sejuk ke?" soal Bella. Tiba-tiba tubuh Raisya terasa sejuk. Dia memandang kesebelah, tiada orang. Aliya dah pergi.
"Saja, tengok bintang. Cantik sangat malam ni" ujar Raisya. Bella melabuhkan punggung disebelah Raisya.
"Sya rindu dia eh" Raisya ternganga. Dia faham siapa 'dia' yang dimaksudkan oleh Bella.
"Mana ada" dalih Raisya. Bella sudah menguntumkan senyuman.
"Tak payah rindu, dia dah ada dekat sini" Raisya memandang Bella.
"Apa? Siapa ada dekat sini?" soal Raisya buntu. Sungguh dia tak faham.
"Ehem" suara itu... Suara yang dia amat kenali. Raisya menoleh kebelakang.
See you in next chapter
YOU ARE READING
Faris's
Romantizm[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...