Bab 56

30.4K 1.8K 314
                                    

"Nah pegang ni," arah Rayyan. Pistol berwarna hitam bertukar tangan.

"Kita nak buat apa ni uncle?" soal Azeem terpinga-pinga. Rayyan mengukirkan senyuman sinis.

"Kita main tembak-tembak." Azeem mengangguk laju lagipun dia suka main tembak-tembak dengan kawan-kawan lamanya dulu. Tapi kenapa pistol yang dia pegang sekarang terlalu berat dari yang selalu dia gunakan?

Rayyan membuka baju yang tersarung ditubuhnya. Lalu disangkut pada kerusi. Azeem ternganga melihat otot yang bersarang diperut Rayyan.

Rayyan yang perasan dengan renungan si kecil pada perutnya bersuara.

"Kau nak ke?" Laju Azeem mengangguk. Rayyan tertawa kecil.

"Luc... Jangan bagitahu Faris yang aku kasi anak dia main benda ni. Kalau ko bagitahu. Memang siaplah kau, aku kerjakan," pesan Rayyan apabila melihat figura Luc menarik kerusi dibelakangnya. Lambat-lambat Luc mengangguk.

Haish nasib kawan boss. Kalau tidak...

"Daddy tak datang ke uncle?" soal Azeem. Hairan, sudah 2 jam mereka berada disini namun batang hidung daddynya masih belum kelihatan. Tadi kemain lagi berjanji.

"Daddy ko tengah make love dekat rumah," ujar Rayyan tanpa tapisan. Air yang diteguk Luc tersembur. Azeem mengaru kepala yang tidak gatal.

Apa maksud uncle Rayyan?

"Can we proceed?" soal Rayyan. Azeem mengangguk seraya tangan menggengam kemas pistol ditangan. Rayyan disebelah hanya memberi arahan. Azeem hanya mengikut apa sahaja yang Rayyan katakan.

"Azeem... Focus. Shoot!"

Bang! Bang! Bang!

Tepat pada sasarannya.

Rayyan menepuk tangan tanda memuji si kecil. Azeem tersengih malu. Namun dia masih hairan kenapa pistol itu terlalu berat.

Pistol itu dihala pada Rayyan, "Uncle... Jom main tembak-tembak. Uncle tembak Azeem... Azeem tembak uncle. Amacam mau lawankah?" Rayyan terus merampas senjata api itu dari Azeem. Takut betul dia dengan budak kecil itu.

Luc tertawa melihat wajah ketakutan milik Rayyan. Dasar jantan lembik!

"Gelak gelak apahal? Mehlah lawan." Rayyan lemparkan pistol itu pada Luc. Namun lelaki itu lebih tangkas menyambut senjata api itu.

"Boleh je," ujar Luc sambil menyinsing lengan baju hingga ke siku. Terserlah tatu yang penuh lengan kanannya. Azeem ditolak ke tepi takut terbunuh pula.

"Duduk tepi. Pakcik pakcik mung mahu lawan." Rayyan menoleh kearah Azeem. Si kecil hanya tersenyum. Biskut orea yang berada diatas meja itu diambil lalu dikunyah sambil menonton Luc dan Rayyan menembak.

"Lepaskan burung tu," pinta Rayyan. Lelaki yang berbadan sasar yang menjaga sangkar burung merpati itu hanya mengangguk.

Seekor demi seekor dilepaskan.

Bang! Bang! Bang!

Semua peluru kena pada burung-burung itu.

Luc tersenyum sinis. Mata mengerling Rayyan yang sudah bersedia untuk menembak.

"Wah uncle Luc, terbaiklah," puji si kecil. Luc menundukkan kepalanya.

"Lepas burung"

Bang! Bang! Bang!

Hanya dua ekor sahaja terkena tembakan dari Rayyan.

"Good try uncle. Lain kali kita cuba lagi ye." Azeem berdiri tegak disebelah Rayyan. Lelaki itu hanya mengangguk perlahan walaupun dalam hati sudah menyumpah seranah Luc.

"Simpan. Aku nak bawa budak ni makan. Nanti mati kebuluran pula," ujar Rayyan kasar. Bajunya disarung kembali ditubuh sasanya sebelum dia menarik lengan si kecil keluar dari situ.

"Aku nak ikut." Rayyan mengangguk tanda setuju.

"Kejap nak simpan benda ni." Pistol berwarna hitam itu ditunjuk. Rayyan hanya membuat isyarat tangan. Okay.


"Kita nak pergi mana?" soal Raisya ingin tahu. Wajah tampan Faris diamati.

"Awak.. Kita nak pergi mana?" soal Raisya lagi apabila soalannya tadi tidak dijawab.

"Rumah mummy. Tokma baru je balik dari Japan." Tak semena-mena senyuman manis terbit dibibir wanita itu.

Alhamdulilah ada juga rezeki dia untuk berjumpa dengan wanita tua itu. Selalunya mereka bersembang ditalian. Tapi hari ni mereka akan bersua muka.

"Apasal tersengih-sengih?" soal Faris. Matanya masih fokus pada jalan raya. Raisya memegang tangan kasar milik Faris lalu digenggam kemas.

"Saya tak sabar nak jumpa tokma. Almaklumlah mana pernah jumpa," ujar Raisya.

"Aku tak puas hatilah. Kenapa kau waktu aku nak bermanja dengan kau mesti ada je orang nak kacau." Faris mendengus kasar. Raisya tersengih sendiri.

Patutlah muka macam ayam berak kapur...

"Takpe, lain kali okey?" pukul Raisya. Tangan kasar lelaki itu digosok perlahan-lahan.

"Awak.. Azeem macam mana?" Macam manalah dia boleh lupa dengan si kecil itu?!

"Takpe Rayyan ada. Jangan risau," ujar Faris.

"Saya sebenarnya rasa bersalah dengan Azeem.. Saya buat tak endah je dengan dia. Saya rasa berdosa sebab Aliya dah amanahkan dia untuk jaga dia tapi.. Saya gagal, Faris. Saya gagal," luah Raisya bersama tangisan. Faris sudah panik.

Signal diberi. Kereta diberhentikan dibahu jalan.

"Shuuu. It's okey, darling. Everyone makes mistakes." Tubuh genit wanita itu ditarik dalam pelukan hangatnya lalu belakang badannya digosok perlahan-lahan.

"Aku pun salah, Raisya. Sebab rahsiakan benda besar tu dari kau. Aku cuma takut. Takut kau tinggalkan aku. Sebab itu aku diamkan sahaja hal tu," tutur Faris. Air mata Raisya diseka.

"Awak takut hilang saya?" soal Raisya perlahan. Pelukan itu dileraikan. Iris matanya menikam netra Faris.

"Yes, I'm scared to lose you, darling." Raisya mencium pipi kanan Faris. Lelaki itu terkedu. Arhg! Gila! Raisya sudah gila!

"Thank you for being my beautiful moments," ujar Raisya sambil tersenyum. Dia terharu dengar kata-kata Faris tadi.

"Raisya, my gorgeous angel. I love you so much." Pipi milik wanita itu kian merah. Dia malu.

"I love you too, my rawr husband," balas Raisya perlahan. Cukup dia sahaja mendengarinya namun Faris lebih peka.

Rahang wanita itu dipegang lalu pipi wanita itu menjadi tempat dia melepaskan cium bertalu-talu. Raisya tertawa kecil.

Ting! Ting! Ting!

Faris mendengus kasar. Kacaulah!

Anak kau..

Faris anak kau..

Faris's Where stories live. Discover now