RAISYA merenung diri sendiri didalam cermin. Tak sangka statusnya akan berubah sekejap lagi
"Dah siap ke, Sya?" soal Puan Sri Mariam diluar. Dia tak sabar mahu melihat anak daranya dalam persalinan baju putih itu.
"Sekejap, aunty. Umi nak pakaikan dia tudung," sahut Umi dari dalam bilik. Puan Sri Mariam hanya mengangguk. Dia tidak sabar!
Beberapa minit kemudian, Raisya keluar dari balik.
"Ya Allah, cantiknya anak mama ni," komen Puan Sri Mariam sejurus itu dia memeluk Raisya kemas.
"Alhamdulilah! Mama, majlis start pukul berapa?" soal Raisya perlahan apabila pelukan dileraikan. Risau dihati usah ditanya.
"Dalam pukul 9:30 malam , ada lagi 1jam."
"Boleh tak kalau Raisya tak nak kahwin?" soal Raisya lagi.
"Raisya, kalau taknak kenapa setuju?"
"Raisya takut mama." Tubir matanya sudah lencun dibasahi air mata.
"Takpe mama percaya, Faris boleh jaga Sya dengan elok." Raisya hanya mengganguk.
"Lap air mata tu, nanti tak cantik kawan aku sorang ni," ujar Umi sambil menghulurkan tisu kepada Raisya.
"Dah boleh siap ke? Kalau dah siap jom gerak sekarang..." soal Tan Sri Ibrahim dari belakang. Mereka hanya memandang Raisya untuk persetujuan. Raisya hanya mengganguk.
JAM Rolex dipandang sekilas, lagi 30 minit dia bakal menjadi suami orang. Telefon berdering.
"Sampai hati kau tak bagitahu aku yang kau nak kahwin hari nie, kenapa takut aku kacau bakal isteri kau ke?" Suara ini dia sangat mengenali. Faris sudah mengetap rahang, muka seperti menahan amarah didada.
"Kau nak apa lagi Taufiq?"
"Aku cuma nak tahu dekat mana isteri Afiq, itu je," kata Taufiq selamba ditalian.
"Aliya? Sampai kiamat pun aku tak akan bagitahu dekat mana dia," balas Faris sinis.
"Kau tahukan yang aku bom kereta Afiq? Mestilah kau tahu, Tengku Faris Iskandar-kan. Petik jari semua dapat. Jangan sampai aku letupkan kereta yang bawa bakal isteri kau, Faris," ugut Taufiq. Kau ingat Faris takut ke? Setakat seketul Taufiq Tariq celah gigi Tengku Faris Iskandar je.
"Aku tahu, cuma aku tunggu masa nak balas balik apa kau buat dekat family dia. Anak dia membesar tanpa seorang ayah. Tak apa kau enjoy dulu hidup kau. Takut esok lusa dah masuk kubur." Gelakkan sinis Faris bergema satu bilik.
"Ouh aku ingat Aliya gugur? Jadi dia ada waris? Tak-tak waris dia tak boleh hidup," kata Taufiq bersungguh-sungguh.
"Aku ingat kau tahu, loser," ejek Faris.
"Kau tunggu Faris, tak harini esok. Beware Faris." Kedengaran sinis tapi Faris tidak kesah. Apa nak takut, Taufiq Tariq celah gigi jelah.
Kedengaran seperti pintu dibuka.
"Tengku, dah siap ke?"
"Dah."
"Tadi ada orang suruh bagi sampul nie dekat Tengku."
"Siapa bagi?" soal Faris sambil membetulkan tie dihadapan cermin.
"Saya tak tahu, Tengku. Saya tak nampak sangat muka dia." Faris hanya mengganguk.
"Tolong aku bersiap."
MATA Faris sesekali mengerling Raisya yang berada disebelah. Gemuruh dihati terlalu usah ditanya.
"Aku terima nikah Raisya Maleeka Binti Ibrahim dengan mas kahwin berjumlah RM 3000 tunai," sekali lafaz Raisya sudah sah menjadi isteri kepada Tengku Faris Iskandar.
YOU ARE READING
Faris's
Romance[COMPLETE] The masters series level 1. "How am i supposed to live without you?" Kerana musuh mereka bersatu. Kerana cinta mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana sayang mereka berjanji untuk bersama hingga ke hari tua. Pertemuan mer...