Bab 10

40.9K 2.3K 166
                                    

Tan Sri Ibrahim memanggil Raisya yang berada di khemah berdekatan dengan tasik.

"Umi, daddy aku panggil. Kau layan diri tau. Kalau ada apa - apa bagitahu aku. Aku ada dekat sana" tunjuk Raisya. Haish kesian Umi keseorangan.

"Okey Raisya" kata Umi. Raisya melangkah pergi ke Tan Sri Ibrahim.

"Ye daddy, kenapa?" soal Raisya bingung.

"Ini kawan daddy, Tengku Nazim" Tengku Nazim sudah tersenyum. Jadi inilah perempuan yang dipilih oleh anaknya?

"Ouh, hai uncle" Raisya membalas senyuman tersebut.

"Uncle dengar Raisya nak buka company sendiri, betul ke?" soal Tengku Nazim.

"Betullah tu, minat sangat dengan melukis" balas Tan Sri Ibrahim dengan senyuman.

"Kerja dengan uncle jelah Raisya" pelawa Tengku Nazim. Raisya hanya tersenyum.

"Anak teruna kau mana?" soal Tan Sri Ibrahim mengubah topik.

"Entahlah, dia datang sorang-sorang. Aku datang dengan Suraya" Tan Sri Ibrahim hanya mengganguk. Suraya? Macam pernah dengar.

"Daddy , uncle Raisya minta diri dulu ye. Ada hari kita bersembang lagi" pamit Raisya.

"insya'Allah" balas Tengku Nazim tersenyum. Sopan , lemah lembut sebiji seperti yang diceritakan oleh anak terunanya.

Dengan pantas kaki kecil itu mencari kelibat sahabatnya, Umi. Haish mana pula Umi ni?

Ternampak abang-abangnya bersama Faris mereka berjalan ke arahnya. Arhg malu tak habis lagi ni.! Terus dia melarikan diri masuk ke dalam rumah.

"Aik, lari pula si Raisya" kata Raden melihat adiknya berlari masuk ke dalam rumah. Faris yang berada disebelahnya tersenyum lebar. Rayden kepelikan melihat Faris tersenyum sorang-sorang.

"Kau kenapa Faris? Tersengih-sengih. tampar nak?" ucap Rayden. Faris hanya memandang Rayden dingin.

"Weh, tu bukan ke daddy kau Faris?" soal Raden menunjukkan lelaki separuh abad yang berada di sebuah khemah. Faris hanya mengganguk .

Dari jauh dia ternampak Raisya bersama seorang perempuan keluar dari pintu depan berjalan kearah khemah berdekatan dengan tasik kenyawi.

"Weh, aku nak cari Rayyan kejap" ucap Faris sambil menepuk bahu Rayden Dan berlalu pergi

Tiba-tiba dia ternampak Rayyan dan Ghibrael membawa pinggan yang penuh dengan makanan duduk satu meja bersama Raisya dan seorang perempuan yang tidak dikenali.

Dari jauh dia perhatikan mereka, tiba - tiba bahu dia disentuh oleh seseorang. Dia memusing badannya untuk melihat siapa yang menyentuh bahunya. Terkejut dia melihat bahawa Tan Sri Ibrahim yang memegang bahunya.

"Kalau kamu suka dekat anak uncle, cepat -cepat masuk minang. Tadi daddy kamu dah bagitahu hajat kamu pada uncle" ucap Tan Sri Ibrahim sambil tersenyum.

"Uncle tahu kamu lelaki baik, jadi uncle percaya kamu akan jaga anak uncle dengan baik" sambungnya lagi

Faris hanya mendiamkan diri.

"Jadi uncle harap kamu Jaga Raisya sebaik-baiknya. Raisya ni lain dari yang lain. Dia keras kepala. Jadi uncle harap kamu boleh bimbing dia ye" sambung Tan Sri Ibrahim lagi.

"Baik uncle esok saya akan hantar rombongan meminang, kalau boleh saya nak kahwin dengan dia minggu depan" luah Faris gemuruh. Gila tak gemuruh first time nak kahwin kot bukan kali kedua mahupun ketiga.

Takut .

Kang kena reject, mampus.

"Minggu depan? Uncle okey je sebab bulan 5 uncle dengan aunt nak ke France. Tapi kena tanya tuan badan dululah" bagitahu Tan Sri Ibrahim. Faris menghembuskan nafas lega. Tak sangka Tan Sri Ibrahim setuju.

Faris's Where stories live. Discover now