[ C O M P L E T E ]
(BEFORE THIS KNOWN AS PEREMPUAN JIJIK )
Sinopsis
Salahkah diriku ini dilayan dengan baik? Hina sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku ni sebagai anak bekas pelacur?
Hina sangat ke ibuku yang dahulu seorang pelacur? Hinakah ibuku w...
Hi guys. Sorry ganggu tapi saya just nak bagitahu yang saya ada publish cerita baru. Kalau sudi singgah lah baca ya. Btw saya selitkan juga cover cerita itu dan sinopsis dia. So kalau berminat boleh lah baca ya. InsyaAllah saya rajinkan diri publish 3 bab setiap minggu. Jemput baca ya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sinopsis
Isabella Dahlili
Dia hanyalah seorang gadis biasa yang mempunyai impian yang tinggi. Dia berharap suatu hari nanti bakeri milik ayahnya itu akan berkembang maju dan dikenali oleh orang ramai. Dia bukannya seorang gadis yang popular di sekolah kerana dia seorang yang pendiam. Qhaizel Amirul merupakan seniornya dahulu serta crushnya. Tapi dia tahu lelaki itu tidak akan memandang dirinya kerana perbezaan taraf hidup mereka.
Qhaizel Amirul
Nama yang tidak asing lagi di dunia perniagaan. Dia merupakan seorang pemilik syarikat besar yang teramat terkemuka dipersada dunia perniagaan. Malah dia juga merupakan seorang hot bachelor yang sering muncul di buah mulut pada gadis-gadis yang masih belum berpunya. Siapa sahaja tak nak kahwin dengan orang kaya kan? Mestila semua nak . Ketika sekolah dahulu dia sering memerhati Isabella Dahlili secara senyap-senyap. Rakan-rakannya tidak tahu dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu.
Bila Qhaizel Amirul tamat belajar, gadis itu sudah tidak bertemu lagi dengan lelaki itu. Dan kini mereka membawa haluan masing-masing.
Namun takdir telah menemukan mereka semula secara tidak sengaja. Gadis itu muncul di hadapan lelaki itu ketika ada parti hari lahir ibu kepada lelaki itu.
"Isabella? Is that you?"- Qhaizel. "Do I know you?" - Isabella.
Lelaki itu terkejut bila gadis itu tidak mengenali dirinya. Dia hairan kenapa gadis itu tidak mengenali dirinya sedangkan mereka belajar di sekolah yang sama dahulu dan dia tahu Isabella Dahlili menyukai dirinya.
Apakah punca Isabella Dahlili tidak mengenali lelaki itu? Atau dia sekadar berpura-pura sahaja?