....
Wajah kacak itu hanya mendatar apabila melihat sekolah tersebut. Alessandro Highschool, Kuala Lumpur. Terangkat sebelah keningnya. Tangannya diseluk ke dalam kocek seluar. Dia menghela nafas dengan perlahan. Dia membetulkan name tag yang terletak elok di bajunya.
Aryan Darren. Umurnya kini, sudah menginjak 17 tahun. Di sisinya terdapat Adrian Dennis yang sedang bermain telefon. Haih, budak seorang ni asyik-asyik bermain game. Adik mereka berdua iaitu Alisya Dahlia sedang berlari kecil menuju ke arah kawan-kawannya.
Aryan hanya menatap kosong pemergian adik perempuannya.
"Guys.." tegur seseorang mendatar. Terangkat kepada Adrian lalu tersenyum lebar. Wajah Aryan kosong.
"Rafael! Sejak bila kau datang awal ni? Biasanya bapak kau hantar lambat." ujar Adrian dengan gelakan.
Terjongket kening Rafael apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
Aqasha Rafael. Anak lelaki sulung Amsyar Hayder dan Afrin Raihana. Umurnya sudah menginjak 16 tahun. Seorang lelaki yang cool dan berperwatakan santai. Perangai tidak serupa langsung dengan ayahnya.
"Entah, dia ngigau nak hantar aku awal rasanya." Aqasha Rafael hanya mengangkat bahu. Adrian pula sudah ketawa terbahak-bahak.
"Apparition. Dan kini Alvin Farrel yang kacak dan Putra Qaiser yang hodoh lagikan bangang sudah berada di belakang Adrian." ujar satu suara yang berada di belakang Adrian. Sempat lagi dia mengutuk Putra Qaiser. Adrian mengerutkan dahinya.
Putra Qaiser menatap tajam jejaka magik itu.
"Senang hidup kau, boleh teleport sesuka hati.." Adrian membuat muka. Alvin Farrel ketawa kuat.
"Untung jadi anak Aaron Robert." ujar Alvin dengan senyum mengejek. Adrian menumbuk bahu Alvin dengan kuat. Alvin Farrel memuncungkan bibirnya. Kita mengadu dekat papa kita nanti!
Alvin Farrel merupakan anak sulung lelaki Aaron Robert dan Daniella Emma. Umurnya 15 tahun.
Putra Qaiser pula merupakan satu-satunya anak lelaki Putra Sufi dan Wani Qaisara. Dia berumur 15 tahun.
Qaiser bergerak menuju ke arah Aryan Darren yang sedang membeku melihat pemandangan sekolah. Kau tengok sekolah ni buat apa? Kalau lawa takpa juga.
"Darren. Awek kau ada kat kantin." ujar Qaiser dengan nada dingin. Aryan hanya menatap datar wajah jejaka itu lalu mengangguk sedikit. Kakinya hendak melangkah pergi dari situ, namun ada seseorang yang menegahnya.
"Woi bang! Kau nak pergi mana!" laung satu suara iaitu Adrian Dennis. Mata Aryan menikam anak mata adik kembarnya.
"Mati."
"Okey, aku doakan kau supaya kau cepat mati. Amin. Weh korang. Amin kan cepat." ujar Adrian yang sudah menadah tangan.
"Aminnnnn!!!" ujar Alvin dan Dani yang tiba-tiba muncul di situ.
"Bangang kau. Sejak bila kau ada kat sini. Terkejut aku!" marah Alvin kepada Dani. Dani sengih sahaja. Dia membuat jari peace kepada kawannya.
"Sejak tadi. Kau je yang tak perasan." ujar Dani selamba. Alvin membuat muka.
Dani Hayes merupakan anak sulung lelaki Daim Hakimi dan Rose Ariana. Dia berumur 16 tahun.
"Mana adik kau?" soal Alvin. Dani memutarkan bebola matanya ke atas.
"Dia ada kat kelas dia lah. Sibuk je nak dengan adik aku!" kata Dani menjeling. Alvin sengih sahaja.
"Biarlah!"
YOU ARE READING
Mrs. Asyraf Hayden ❛Obsessive Husband With His Wife❜ ⋆ ©
Romance❝ Obsessive husband with his wife ❞ "Sayang.." ASYRAF HAYDEN - Seorang jejaka kacak yang mempunyai mix Itali dan merupakan keturunan Itali. Sejak dari sekolah menengah, dia meminati seorang gadis yang jauh setahun umur darinya. Sudah banyak kali dia...