LIMA bulan pun berlalu dengan pantas seiring waktu berjalan. Sejak Raisya memutuskan untuk melangkah keluar daripada rumahnya, tidak pernah sekali pun dia berpatah balik. Raisya juga sudah tidak lagi berhubung dengan puan Rose dan encik Fakhrul demi ketenangannya
Sepanjang tempoh lima bulan ini juga, Raisya hanya menetap di hotel bajet dan bekerja di convenience store untuk menampung kehidupan. Walaupun gaji yang dia perolehi tidaklah bergitu banyak, Raisya bersyukur
Apa yang penting, ianya datang daripada hasil titik peluh sendiri
"Semua sekali dua puluh lima ringgit" ujar Raisya dengan nada yang ramah. Auranya ketika itu kelihatan sangat mahal seperti seseorang yang susah untuk didekati
Suara Raisya amat memukaukan. Senyumannya pula? Cantik! Namun sayang, Raisya sangatlah jarang malahan sudah tidak lagi menayangkan senyuman manisnya kepada sesiapa pun. Lima bulan, tanpa senyuman. Mustahil tapi itulah kebenarannya
Ting! Ting! Ting!
Raisya yang pada ketika itu sedang sibuk melayani pelanggan, mencuba sedaya upayanya untuk bersabar ketika telefon bimbit miliknya berbunyi tanpa henti
"Terima kasih... Sila datang lagi" ucap Raisya sambil dia menghulurkan beg plastik yang berisi barang kepada pelanggan. Raisya turut menunduk kecil sebagai tanda hormat
Sejurus selepas pelanggan melangkah keluar, Teefon bimbitnya yang kasih berbunyi pun di gapai dengan cepat. Raisya berdecit kecil
"Semak la dia ni" kata Raisya seorang diri ketika memandang semua pesanan yang baru sahaja diterima
Siapa sangka, Raisya sudah pun mempunyai hubungan tanpa status dengan beberapa orang lelaki sepanjang lima bulan ini. Mengapa? Jawapannya mudah. Dia bosan. Dia mahukan perhatian namun dalam masa yang sama dia rimas
Dan apabila rasa rimas timbul, Raisya pasti akan meninggalkan semua lelaki tersebut tanpa teragak-agak. Dia sudah mati rasa, hatinya telah mati sejak ditinggal. Jadi, semua lelaki itu bagaikan satu gurauan bagi Raisya
"Sekejap lagi saya datang"
Raisya merenung lama pesanan itu sambil mengangkat sebelah keningnya
"Datang sini? Jantan ni bengap ke apa? Dia tahu aku tengah kerja kan" gumam Raisya geram. Terasa membara hatinya saat membaca pesanan itu
"Awak, kenapa awak selalu mengelak daripada jumpa saya?"
"Saya ada buat salah ke?"
"Saya dah nak sampai ni.. Saya harap awak sudi jumpa saya"
"Jangan chat aku lagi" ringkas dan laju sahaja Raisya membalas
"Ha? Apa yang awak cakap ni?"
Sebenarnya, dalam diam Raisya mengharapkan salah seorang daripada mereka dapat mengembalikan perasaan yang telah pun mati, tetapi seorang pun tidak mampu menyembuhkan hatinya. Mereka semua hanya mampu membuatkan Raisya berasa serabut sahaja
"Saya ada buat salah ke? Kenapa awak cakap macam tu?"
Makin berkerut dahi Raisya dibuatnya. Geli! Dia geli
"Kita boleh fix, saya betul-betul ada depan tempat kerja awak sekarang"
Raisya segera menoleh ke arah pintu masuk kedai dengan riak wajahnya yang ketat. Dia mengurut pelipis kepala dengan menggunakan tangan kiri tatkala melihat sosok lelaki tersebut
YOU ARE READING
𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 | 𝐂
Roman d'amour𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan Raisya semula di CU mart membuatkan Syed terdetik untuk berkenalan dengan Raisya "Saya betul-betul...