Raisyed | 36

3.3K 222 19
                                    

Raisya turun ke tingkat bawah dan pergi menghampiri Syed yang sedang melihat Haru Maru dari jarak jauh, dia mahu memegang kucing itu tetapi dalam masa yang sama dia masih lagi takut. Seketika Raisya tertawa melihat gelagat suami sendiri

"Imsayang" Panggil Raisya dengan nada yang lembut

"Ye amore" Laju Syed menoleh ke belakang dengan dahi yang berkerut tatkala melihat isterinya

Dia memandang Raisya, dia menganalisis pemakaian isterinya lalu dia bercekak pinggang

"Amore nak pergi mana ni?" Tanya Syed dengan kebingungan. Pelik dia dibuatnya ketika melihat isterinya sudah elok bersiap

"Saya nak minta izin keluar sekejap boleh?" Raisya membuat muka simpati. Jari telunjuk dicantum 

"Pergi mana? Amore tak Jawab pun" Syed masih tidak berpuas hati apabila pertanyaan nya tidak terjawab

Raisya mengeluh kecil. Dia mengenggam kuat tangannya, dia tidak mahu memberitahu Syed ke mana dia hendak pergi. Dia tidak mahu Syed terlibat denga Farhan, cukuplah Raisya sahaja yang menguruskan semuanya hari ini juga

Dan selepas itu, akan dia pastikan Farhan tidak akan muncul lagi di dalam hidupnya

"Pergi beli barang sikit" Tipu Raisya sambil tersenyum hambar. Di dalam hati sudah berkali-kali dia berdoa agar Syed tidak mengesyaki apa-apa

"Kenapa tak cakap dekat saya? Amore memang nak keluar seorang je ke?" Syed bertanya lagi sambil mengangkat sebelah keningnya. Seketika Raisya berasa seperti sedang di soal siasat oleh pengawai polis. Seram!

Tidak... Ini lebih seram daripada polis

"Kali ni je Imsayang... Please" Raisya mula memegang kemas tangan suaminya sambil menayangkan senyuman manis. Dia juga menghayunkan perlahan tangan Syed

"Amore nak saya hantarkan tak?" Tidak dapat dia menghalang isterinya jika Raisya memujuknya sebegitu. Blushing terus, tak pasal-pasal satu muka berubah menjadi merah padam

"Tak perlu, Imsayang duduk je dekat rumah jaga Haru Maru" Ujar Raisya. Jika Syed yang menghantarnya nanti kantoi la kemana dia hendak pergi

"Amore nak pergi naik apa?" Raisya mula menggaru kepalanya yang berasaskan tudung. Banyak pula soalan si Syed ni, penat dia menjawab daripada tadi

"Grab kan ada Imsayang" Sedaya upaya Raisya meyakinkan suaminya yang dia boleh keluar sendiri. Come on la, selama ni pun dia selalu pergi mana-mana sendiri. Takkan la lepas kahwin terus tak boleh kan?

Dengan berat hati Syed mengangguk. Raisya pun bersalaman dengan suaminya dan terus melangkah keluar untuk pergi memakai kasut

"Bye Imsayang " Ucap Raisya dengan nada yang ceria ketika sedang melambaikan tangan

"Bye amore, assalamualaikum... Be careful" Pesan Syed

Raisya mengangguk dan keluar dari kawasan rumah. Dia menarik nafas lega apabila sudah berjaya keluar dari rumah tanpa di curigai. Telefon terus dikeluarkan

Sementara menunggu grab, Raisya termenung sambil memikirkan Farhan. Entah apa yang Farhan ingin katakan pun dia tidak tahu, dan Raisya benar-benar ingin tahu tentang perkara yang ingin Farhan katakan

𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐭𝐢 Where stories live. Discover now